RSS

Elak Nyawa Melayang

Ipoh: Penghuni tiga kediaman di Laluan Meru Indah 5A, Taman Gerbang Meru Indah, di sini, hari ini, diarahkan berpindah susulan kejadian tanah runtuh 5.30 petang semalam.

Runtuhan tanah setinggi kira-kira 30 meter di tebing Sungai Meru, dikhuatiri turut membahayakan 23 unit rumah lain di kawasan taman perumahan berkenaan kerana masih berlaku pergerakan Tanah.

 Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya Norazlina Robak'aee berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 6.10 ‎petang.

"Selepas memeriksa keadaan tanah runtuh itu dan atas nasihat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), pasukan keselamatan kemudian mengarahkan penghuni dari tiga rumah yang terjejas ekoran kejadian itu berpindah untuk tujuan keselamatan.

"Mengikut JPS, tanah runtuh berkenaan dipercayai berlaku akibat hujan lebat selama beberapa jam sebelum kejadian dan aliran air bawah tanah hingga menyebabkan tebing sungai serta jalan d‎i kawasan perumahan terbabit runtuh," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi.

Menurutnya, pihaknya kini menempatkan anggota di kawasan runtuhan terbabit bagi memantau keadaan, selain menunggu laporan dan tindakan lanjut dari pihak JPS dan MBI.



Sumber dari

MyMetro










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...