RSS

Kisah Seram 1


Kisah ini berlaku masa 9 tahun yang lalu. Dah lama dah ceritanya tapi masih segar dalam ingatan..Al-maklumlah kena batang hidung sendiri. Tak ke takut. Selalu dengar cerita dan tengok filem jer.Bagi saya memang seram beb.. Macam ni ceritanya, lebih kurang 9 tahun yang lalu saya dan kawan saya bekerja part time di Tesco Ipoh selepas mengambil kursus lanjutan siswazah menggangur. Yelah dah habis kursus tak kan nak menggangur lagi. Sebab tu lah cari kerja part time dulu. Alhamdulillah kami diterima bekerja sebagai cashier part time  dan sama shift dan kami hanya berjalan kaki pergi dan balik keja kerna kami hanya menyewa bilik di atas rumah kedai yang berhampiran.

Nak di jadikan cerita lepas balik kerja dalam pukul 11 malam, kami balik ke bilik tukar baju. Kemudian kami biasa ke kedai mamak yang selang dua baris belakang bilik sewa kami. Dalam duk chit chat dengan member ni masa nak pergi kedai tu, tetiba2 ada suara orang dekat salah bangunan kosong. Kami dengan mulut celupar nye pun menegur. "Eh ada orang ke kat atas bangunan ni. Selalunya tak de orang pun". Dengan slamber nye kami pun terus ke kedai untuk mengisi perut yang dah berirama zapin ala minang ni. 

Selepas selesai melepaskan hajat perut kami, kami pun pulang. Masa tu dah pukul 12 mlm lebih. Sampai je kat bilik, lepak2 dulu dengar radio untuk melalikan mata. Tiba-tiba (ni yang seram ni) ada bunyi macam orang cakar pintu. kuat sangat. Bising sangat kat depan bilik. Kami pun apa lagi baca pe yang patut, baca pun dah lintang pukang. Yelah dah takut. Lepas tu tetiba senyap. Kemudian kami dengar bunyi bising macam orang lari atas atap dan kemudian hilang. Alhamdulillah mujur tak lama. Lepas tu baru kami teringat yang kami tertegur masa lalu bangunan kosong tadi. 

Sebab tu lah, orang tua cakap jangan tegur kalau ada benda2 pelik ni. Nanti dia ikut balik. Mulut celupar kan dah kena batang hidung sendiri. Ini cerita betul tau, bukan rekaan semata-mata. Lepas tu kalau keluar malam pun kami tapau je bawak balik rumah. Begitulah al-kisahnye.....Seram tak? Seram tak?..hehehe..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...