RSS

Penyembelih kanak-kanak ditemui lemas

Petaling Jaya: Mayat suspek pembunuh kejam membabitkan mangsa kanak-kanak perempuan berusia dua tahun enam bulan kelmarin, ditemui terapung berhampiran sungai tidak jauh dari Plaza Tol Bandar Sunway di sini, kira-kira jam 3 petang semalam.
Mayat lelaki lengkap berpakaian itu ditemui orang awam sebelum ia memaklumkan kepada pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor serta pihak polis.

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, rupa paras dan pakaian mayat lelaki terbabit konsisten dengan imej Kamera Litar Tertutup (CCTV) di pusat membeli-belah terbabit.
Katanya, pemeriksaan awal mendapati tiada pengenalan diri pada tubuh mayat itu berusia sekitar 20-an itu.

MAYAT suspek ditemui timbul di permukaan Sungai Klang petang semalam


“Bentuk fizikal dan pakaian mayat lelaki itu didapati sama dengan gambar CCTV yang berjaya dirakam di pusat membeli-belah berkenaan ketika mangsa diculik suspek.
“Selain daripada itu, mayat suspek sama dengan gambaran diberikan oleh saksi yang mengejar penjenayah terbabit sebelum suspek bertindak terjun ke Sungai Klang,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Menurutnya, mayat suspek akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan pihak polis juga sedang berusaha mengenal pasti identiti suspek melalui semakan rekod cap jari serta mengenalpasti motif pembunuhan kejam itu.

Sehubungan itu, Gan yakin kes bunuh membabitkan kanak-kanak terbabit berjaya diselesaikan polis.

Gan berkata, pihak polis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada orang ramai dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat serta agensi berkaitan yang membantu menyelesaikan siasatan kes itu.

Dalam kejadian jam 9 malam Jumaat lalu, seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya disembelih di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Kereta Api Lama, Jalan Hishammuddin.

Sebelum kejadian, kanak-kanak malang itu yang dikenali Siti Soffea Emelda Abdullah bersama ibunya, seorang gelandangan berada di tingkat empat, Plaza Kotaraya.

Mangsa dipercayai dilarikan oleh suspek ketika ibunya pergi ke tandas sebelum kanak-kanak itu dibawa ke Sungai Klang.

Sumber

MyMetro


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...