RSS

Maut melayang keluar MPV

shah Alam: Seorang remaja terbunuh selepas tercampak keluar dari kenderaan dinaikinya dalam kemalangan ngeri di Kilometer 2.6, Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) menghala ke ibu negara, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa, Syahir Hamidi Suradi, 16, berasal dari Marang, Terengganu, tercampak keluar dari kenderaan pelbagai guna (MPV) model Toyota Alphard yang berlanggar dan menghempap sebuah lagi kenderaan model Nissan Almera. 
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Shah Alam Deputi Superintendan Goh Lee Shen berkata, kejadian berlaku jam 7 malam apabila kedua-dua kenderaan itu yang datang dari Klang bergesel ketika berada di lokasi kejadian. 

“Akibat pergeseran itu, pemandu kedua-dua kenderaan hilang kawalan lalu terbabas sebelum kenderaan dinaiki mangsa merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya itu.
“Kenderaan dinaiki mangsa melambung dan menghempap bahagian hadapan dan bumbung Nissan Almera berkenaan sejurus merempuh pembahagi jalan,” katanya.
KEADAAN dua kenderaan yang terbabit nahas.


sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...