Shah Alam:
Sukarelawan yang berkhidmat di pusat pengumpulan barang sumbangan untuk mangsa
banjir kesal apabila terdapat segelintir individu menjadikan pusat berkenaan
sebagai tempat untuk ‘membuang’ barangan tidak diingini.
Tinjauan di pusat
pengumpulan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) mendapati keadaan
di pusat berkenaan berbau selain dipenuhi barang lama yang sudah rosak.
Pakaian
kebanyakannya sudah rosak malah terdapat pakaian yang tidak dibasuh selain
kasut yang sudah rosak dihantar ke lokasi itu.
Setiausaha Muslim
Care Abdul Razak Mohamed berkata, pihaknya sangat berterima kasih atas
sumbangan orang ramai yang mendermakan pakaian serta kelengkapan lain kepada
mangsa banjir.
“Namun dikesalkan
apabila terdapat segelintir penderma menjadikan pusat pengumpulan sebagai
tempat untuk membuang barang yang mereka tidak gunakan lagi.
“Bukan semua
bersikap demikian namun jika ingin membuat kebajikan lakukanlah dengan ikhlas
seolah-olah mahu memberi hadiah kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika
ditemui di sini semalam.
Pihaknya terpaksa
mengasingkan barangan berkenaan dan ia mengambil masa lama.
Aktivis Muslim Care
Amina Tahir, 25, berkata, dia pernah dimarahi penderma kerana enggan menerima
pakaian terpakai yang didermakan mereka.
ABDUL
Razak menunjukkan pakaian kotor dan rosak yang disumbangkan segelintir individu
sumber dari
myMetro
tu la sedih tengok nak derma pun agak2 la kan sumbangan yg di beri tu biar la ikhlas sepenuh hati..bagi la pakaian yg boleh di guna agak2 xboleh guna buang jer la..ada juga org seperti tu kan..mungkin dia belum terima lg musibahnya..
BalasPadamhadoi la derang ni..niat dah baik tapi agak2 la barang tu klu tak leh dipakai buat ape nak sumbang kat orang...emmm
BalasPadamnak beri tu biar la ikhlas.. tp kalau tak mampu nak beri,tp nak beri yg terpakai, make sre dah bersih bukan yg jenis sedia utk dibuang.
BalasPadambetul tu..kalau lah kita dalam keadaan mereka macam mana lah agaknya..sebelum hantar ke pusat pengumpulan tengok dulu boleh pakai ke x.. ni satu keje plak nak asing yang mane ok ke x ..@nor nazliana
BalasPadamHadoiii,jgnla naya kt org smpi mcmtu skli... Cuba kena kt sndri 'apa ko rasa'.....?
BalasPadam