Assalammualaikum
Hari Isnin lepas
Encik Suami request nak makan nasi lemak…So atas permintaan Encik Suami nak
buatlah hari Khamis (Hari krismas). Tetapi keadaan tak mengizinkan ditunda
kepada hari Sabtu. Kebetulan pulak member2 dia ajak memancing dan Encik Suami
pun suruh buat banyak sikit. Untuk bekalan memancing. So mana-mana yang
teringin nak masak nasi lemak jom tengok resepi kat bawah..Sonang jer..
Bahan Untuk Nasi:
3 cawan beras (untuk
5 orang makan)
1 kotak santan
3 cawan air
3-4 hirisan halia
2-3 helai daun
pandan
1 biji bawang
dihiris
Bahan untuk
Sambal
10 ulas bawang
merah- dikisar
2 ulas bawang
putih-dikisar
1 mangkuk cili
kering dikisar
1 mangkuk ikan bilis
Segenggam ikan bilis
(dikisar bersama cili kering)
3 biji buah keras
Sedikit gula Melaka
(nak guna gula biasa pun boleh)
Sedikit air asam
jawa
Sedikit belacan (tak
nak letak pun tak pe)
Garam
Minyak untuk menumis
Cara masak Nasi
Lemak
1 1. Basuh beras beberapa kali. Masukkan santan,
air, halia, bawang, dan daun pandan yang disimpul
2 2. Masak didalam periuk bertutup. Kalau guna
rice cooker, sentiasa tengok dan kacau supaya nasi masak sekata.
Cara
Masak Sambal
1. Kisar bawang merah bawang putih , buah keras dan
asingkan
2. Kemudian kisar cili kering bersama segenggam
ikan bilis
3. Panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang
merah, bawang putih dan buah keras yang dikisar. Goreng sampai naik bau dan
warna keperangan. Kemudian masukkan cili kering yang dikisar bersama ikan bilis
4. Kacau sehingga naik minyak. Kemudian masukkan
gula Melaka
5. Perasakan dengan garam dan air asam jawa.
6. Masukkan ikan bilis. (saya tak masukkan sebab
nak buat sambal tanpa ikan bilis)
7. Dan sebati, kecilkan api dan mendapat
kepekatan yang disukai. Kalau pekat boleh tambah air. Sambal dimasak agak lama
untuk mendapat sambal yang sedap dan tahan lama..
8. Sedia dihidang bersama timun, kacang, telur
goreng, atau ayam goreng.
9. Sedap dimakan panas-panas..
Inilah hasil nya...nyum..nyum...Ikan bilis saya tak letak. Sebab saya dah kisar dengan cili. Tapi yang nak letak, terpulang pada anda. .selamat mencubal
Boleh cuba nanti...tq for sharing :)
BalasPadam