KEADAAN di Lembah
Sayong Kuala Kangsar yang dinaiki air berikutan paras air meningkat selepas
hujan beberapa jam
Kuala Kangsar:
Peniaga di Dataran Sungai Perak Indah di tebing Sungai Perak di sini, semalam,
dinasihatkan pihak berkuasa supaya berpindah selepas paras air di Sungai Perak
mula naik dan melimpahi jalan di sekitar persisiran sungai itu sehingga ke
paras 0.3 meter.
Tinjauan Harian
Metro mendapati peniaga terutama di Arena Square mula mengosongkan premis
perniagaan mereka selepas menerima arahan daripada pihak berkuasa supaya
berpindah.
Arahan itu
dikeluarkan pihak berkuasa kira-kira jam 3 petang semalam selepas menjangkakan
akan berlakunya gelombang kedua banjir seperti yang berlaku pada 23 Disember
lalu selepas peningkatan mendadak paras air di Sungai Perak.
Peniaga barangan
kraftangan Rosli Abdul Halim,51, berkata, dia yang sedang melakukan kerja
pembaikan di kedainya mendengar pengumuman dibuat dengan meminta kesemua
peniaga berpindah berikutan paras air yang semakin meningkat.
Katanya, air di
Sungai Perak semakin naik sejak awal pagi semalam selepas hujan berterusan
sejak beberapa hari lalu dan kebanyakan peniaga sudah menjangkakan akan
berlakunya gelombang kedua banjir di kawasan itu.
Dapatkan akhbar
Harian Metro untuk berita selanjutnya.
sumber dari
myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan