Chennai
Seorang bayi berusia
enam hari yang dikatakan terbakar tiba-tiba kini diperiksa oleh doktor di
India.
Bayi itu dimasukkan
ke Kolej Perubatan dan Hospital Kilpauk di Chennai selepas didakwa terbakar
sendiri. Dia kini dipantau sepanjang masa oleh petugas perubatan.
Ibu bayi itu, K
Rajeswari berkata, kaki anaknya tiba-tiba terbakar Khamis lalu, enam hari
selepas dilahirkan.
Sekumpulan doktor di
hospital itu, termasuk pakar kanak-kanak, psikiatri dan pakar bedah plastik
menjalankan pemeriksaan terhadak kanak-kanak berkenaan.
Dekan hospital Dr N
Gunasekaran berkata: “Kami sudah mengambil sampel kecederaan untuk ujian
makmal. Keputusannya diketahui beberapa hari lagi.”
Sementara itu,
Rajeswari, 22, berkata, ini bukan kali pertama dia melalui pengalaman itu. Pada
2013, anak sulungnya yang berusia tiga bulan ketika itu, juga terbakar
tiba-tiba.
Dia mendakwa anaknya
mengalami kejadian itu empat kali.
Bagaimanapun, doktor
yang menjalankan pemeriksaan terhadap anak sulung Rajeswari merumuskan, dia
tidak terbakar tiba-tiba.
Mereka sebaliknya
berkata, kanak-kanak itu mungkin didera atau melecur akibat kebakaran yang
tidak disengajakan.
Dalam pada itu,
beberapa saintis berkata, elektrik statik mungkin menjadi punca kejadian
seumpama itu.
SEORANG doktor memeriksa bayi yang
dikatakan terbakar tiba-tiba itu di hospital di Chennai, India
sumber dari
Kesiannya baby tu.
BalasPadam