JUANCELO
terbaring selepas ditikam di kepalanya dalam satu pergaduhan di sebuah bar
Agua Banca (Brazil):
Seorang pemandu teksi dikatakan bernasib baik kerana masih hidup walaupun
ditikam di kepalanya ketika bergaduh di sebuah bar.
Kejadian berlaku
kelmarin, ketika Juancelo Nunes de Oliveira, 39, berparti di bar di Agua Banca.
Dia terbabit dalam
satu pergaduhan menyebabkan dia ditikam tiga kali di dada dan sekali di kepala.
Anehnya, dia hanya
menyedari pisau berkenaan tertusuk menembusi tempurung kepalanya hingga ke
tulang rahang kira-kira tiga jam selepas kejadian.
Dia dihantar ke
sebuah hospital berhampiran tetapi dipindahkan ke sebuah pusat kecemasan di
Teresina, 100 kilometer dari tempat kejadian.
“Pisau itu tertusuk
di kepalanya tetapi dia tidak menyedarinya. Kami percaya dia terkejut dan
mungkin kerana mabuk menyebabkan dia tidak menyedari pisau itu berada dalam
kepalanya,” kata pakar bedah, Dr Gilberto Albuquerque.
Gambar sinar-X
menunjukkan pisau itu menembusi kepalanya dan menjulur di
belakang mata
kirinya.
Menurut Albuquerque,
pisau itu terhenti pada tulang rahang bawah.
“Dia bernasib baik
kerana masih hidup,” kata Albuquerque.
sumber dari
myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan