14 Jan 2015

Tinggal sekejap balik terbakar

ORANG ramai melihat melihat keadaan dua bas persiaran yang terbakar petang semalam. 


Alor Setar: Dua bas persiaran yang diletak di tepi Jalan Lencong Barat, Mergong, di sini, menunggu dibaiki sebuah bengkel, musnah terbakar, yang dipercayai berpunca daripada kebakaran alat pemotong besi yang ditinggalkan dalam salah satu bas berkenaan, kelmarin.

Pemilik bengkel yang mahu dikenali sebagai Ah Chuan, 40-an, berkata ketika kejadian jam 6.30 petang itu, dia dalam perjalanan pulang ke bengkelnya yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian untuk mengambil air bagi menurunkan suhu alat pemotong besi.

Bagaimanapun, apabila kembali ke bengkel, dia mendapati kedua-dua kenderaan berkenaan sedang terbakar lalu menghubungi bomba selepas gagal memadamkan api menggunakan alat pemadam di bengkelnya.

“Saya mendapat arahan daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) supaya mengalihkan kedua-dua bas kerana jalan berkenaan akan dibaik pulih.

“Bagi memudahkan kerja mengalih, saya mahu memotong semua kerusi di dalam bas dua tingkat yang uzur sejak tiga bulan lalu untuk dijadikan alat ganti sebelum dialihkan, manakala sebuah lagi bas dihantar pelanggan Sabtu lalu untuk pemeriksaan,” katanya.

Sumber dari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan