Ampang: Campur air
ketum bersama ubat batuk untuk dapat kesan ‘lalok’ berganda. Itu dilakukan tiga
lelaki tempatan yang dikesan aktif menjual dua jenis cecair berbeza itu kepada
orang ramai.
Suspek berusia 40-an
itu dikesan turut menawarkan air ketum sejuk yang dimasak terlebih dahulu
sebelum disimpan di dalam peti sejuk semalaman.
Kegiatan jenayah itu
bagaimanapun ditumpaskan selepas suspek ditahan ketika sedang leka memasak air
ketum di dapur sebuah premis berhampiran Taman Keramat di sini, kelmarin.
Dalam operasi jam 10
malam itu, suspek berjaya diberkas selepas dipercayai bergerak aktif
mengedarkan air ketum dan ubat batuk di daerah ini.
Ketua Polis Daerah
Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, hasil pemeriksaan polis di
premis itu menemui dua periuk besar berisi air dan daun ketum sedang direbus.
RAMPASAN
air ketum yang dirampas dari sebuah rumah di Taman Keramat.
sumber dari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan