Alor Gajah: Berang
selepas wang RM500 melayang akibat diperdaya berhubung tawaran pengambilan anak
angkat, seorang jurutera lelaki nekad melakukan siasatan bagi mengesan dalang
penipuan itu hingga berjaya membongkar temberang seorang lelaki berusia 25 yang
juga bapa kepada bayi berkenaan.
Hasil siasatan
dilakukan jurutera itu berjaya menjejak ibu kepada bayi lelaki berkenaan
berusia 28 tahun yang mendakwa kekasihnya menggunakan gambar imbasan anaknya
ketika dalam kandungan yang dimuat naik ke laman sosial Facebook bagi
memerangkap pasangan terdesak yang mahukan anak angkat.
Malah, wanita
berkenaan mengaku sebelum dia mencari keluarga angkat untuk menjaga bayi
lelakinya yang selamat dilahirkan di sebuah hospital swasta di negeri ini pada
7 Mei lalu, dia sudah menyerahkan bayi itu kepada pasangan suami isteri
daripada Kuala Lumpur sehari kemudian.
Mangsa yang berusia
29 tahun dan enggan dikenali berkata, dalam kejadian awal Mei lalu, dia melihat
tawaran daripada individu berkenaan ketika melayari Facebook (FB) sebelum terus
menghubungi nombor telefon yang tertera.
TAWARAN
lelaki terbabit yang mendakwa bayi dalam kandungan pasangannya memerlukan
keluarga angkat
Sumber dari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan