Hai uolls sape suke makan tart telur..kite geng..biasa iolls beli je kat kedai..sebab pikir macam remeh je nak buat..tapi xpuas makan..so hasil carian en google maka, terjadilah kejadian membuat tart telur..tak susah rupanya..yang penting sekali kena rajin...so yang mane2 nak resepi boleh tengok kat bawah...mudah, senang and sedap...
Bahan-bahan Shell
1. 250gm Tepung Gandum ( *2 cawan + ½ cawan)
2. 125 gm Butter (* 2 cawan)
3. 55 gm Gula Icing (*separuh cawan)
4. 1 biji telur, dipukul sikit
5. ½ tsp Esen vanilla
Cara-cara buat Shell
1. Pukul mentega dan gula. Tapi tak perlu pukul
lama sangat
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli.
4. Uli hingga menjadi doh yang lembut
5. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh
dalam plastic bag dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
6. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan
tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
7. Bakar pada suhu 170c selama 20 minit atau
sehingga ¾ masak
Filling Tart Telur
1. 1 cawan susu cair
2. 4 biji telur
3. 1 cawan gula
4. 1 cawan air
5. 1 sudu besar tepung kastard
6. ½ sudu kecil esen vanilla
7. Pewarna kuning
Cara-cara
1. Campur semua bahan dan gaul sebati
2. Susun shell atas Loyang
3. Masukkan filing memenuhi shell ( jangan sampai melimpah sudah lah yea)
4.
Bakar
10 minit pada suhu 180c ataupun sehingga filling tu dah tak cair ( jangan
sampai shell hangit sudah.hihihi)
Tadaa…inilah
hasilnya…
good sharing..:)
BalasPadamwah bestnya..
BalasPadamDah lama tak buat tat telur
senang nyer..
BalasPadam