RSS

Belum ada mahu tampil berkenaan isu K-Pop


Kuala Lumpur
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) masih belum menerima sebarang maklum balas daripada beberapa remaja perempuan bertudung yang melakukan aksi tidak senonoh ketika konsert kumpulan K-Pop, B1A4, yang diadakan Sabtu lalu.

Sumber jabatan berkenaan menyatakan bahawa pihaknya masih menunggu beberapa remaja perempuan itu tampil untuk memberi keterangan sekali gus memudahkan siasatan dilaksanakan.

“Sehingga hari ini (semalam), kita masih tidak menerima sebarang maklum balas daripada mereka. Bagaimanapun, kita akan memberi mereka masa selama beberapa hari lagi sebelum tindakan susulan diambil.

“Kami menasihatkan mereka supaya tampil memberi keterangan secepat mungkin dan isu kontroversi konsert itu dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau juga turut mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung beberapa remaja perempuan berkenaan supaya menyalurkannya kepada JAWI sekali gus membantu jabatan berkenaan.

Hujung minggu lalu, tersebar secara meluas di laman sosial sedutan klip video aksi pelukan dan ciuman beberapa remaja Islam bersama-sama anggota kumpulan itu dalam konsert yang berlangsung di KL Live Center.

Video berdurasi tiga minit 21 saat itu menunjukkan empat perempuan yang memakai tudung bukan sahaja merelakan diri dipeluk dan dicium malah membalas pelukan ahli kumpulan berkenaan.

Kelmarin, Pengarah JAWI Paimuzi Yahya menerusi satu laporan akhbar berkata, tindakan susulan seperti memohon waran tangkap melalui perintah mahkamah akan dikeluarkan jika remaja berkenaan tidak memberikan kerjasama dalam tempoh yang ditetapkan.

Beliau dalam laporan itu berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) iaitu perbuatan tidak sopan di tempat awam.



sumber dari


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Unknown berkata...

Hye dtg singgah sini dan click click nuffnang awak.

Berkenaan isu kpoppers ni, kadang kesian pulak dengan diorang..

Btw jom singgah blog sy, ada mini GA Contest yang sy anjurkan :)
http://chenta-shima.blogspot.com/2015/01/mini-ga-by-ema-hasan.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...