RSS

Sah tiada unsur babi

Putrajaya: Dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Cadbury Dairy Milk Hazelnut disahkan tidak mempunyai DNA babi, dan halal dimakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, keputusan itu diperolehi selepas analisa yang dilakukan Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor iaitu makmal yang diakreditasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengesan DNA babi.
"Kedua-dua produk yang dianalisa ini adalah daripada batch yang sama dan diambil terus dari kilang pengeluaran produk di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.

"Berdasarkan keputusan analisa di makmal Jabatan Kimia yang diterima pagi ini iaitu coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut batch 200813 MH1H12 dan batch 200813 MH01H12 dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan batch 221013N1R11 tidak mempunyai DNA babi," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Jamil berkata, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd merangkumi bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan dan peralatan bagi mmastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

Sebarang pertanyaan berhubung isu halal boleh menghubungi pegawai Hub Halal JAKIM di talian 03-88925048 (Nadia Zammil Md Nasir), 03-88925078 (Najibah Abdul Mutalib), 03-88925032 (Mazlina) dan 03-88925031 (Fakaruddin).
Sumber
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

'Pailang' bertudung

Kuala Lumpur: Disepak, dipijak dan diheret atas lantai. Itu nasib seorang pelajar perempuan yang menjadi mangsa belasahan sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.
Video yang tidak diketahui tarikh rakaman dan kini tersebar di laman sosial Facebook (FB) itu menunjukkan mangsa berdiri dikerumuni pelajar lain yang berkata sesuatu yang kurang jelas sebelum bertindak membelasahnya.
Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan yang merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai ‘gengster’ dan ‘kak yong’ dan memanggil dirinya sebagai ‘pailang’ yang bermaksud samseng.
Mangsa yang bertudung ditendang oleh seorang pelajar sebelum ditarik rambut, ditumbuk dan ditendang oleh sekurang-kurangnya empat orang serta diheret atas lantai dengan menarik rambutnya.
Mangsa yang dibelasah selama kira-kira 30 saat tidak melawan dan kedengaran menangis teresak-esak pada penghujung rakaman berkenaan.
Video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit mengundang kemarahan pengguna FB yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.
“Xpe..nanti aku nk repot polis.

Muka dua orang budak ni aku dah buat screen shot...so senang nak cari,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Mustapa Kamal.
Bagaimanapun lokasi kejadian dan sumber video berkenaan masih belum diketahui.
sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JAIS serbu majlis kahwin

Petaling Jaya: Majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa membabitkan seorang pengantin wanita yang beragama Islam, di sini, pagi tadi.

Tinjauan wartawan Harian Metro ke lokasi majlis di Jalan SS 1/25 pada jam 10.30 pagi tadi mendapati kira-kira 50 tetamu sudah tiba di majlis berkenaan sebelum empat pegawai penguatkuasa JAIS tiba untuk melakukan siasatan.
Bagaimanapun, keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama kepada pegawai JAIS di samping kawalan ketat kira-kira 10 pegawai dan anggota polis di luar kawasan majlis tersebut.

Menurut sumber, perkahwinan antara lelaki beragama Hindu dan pasangannya yang dipercayai beragama Islam dijangka dilangsungkan pada 10.30 pagi dan ia terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa mendapat aduan bahawa perkahwinan tersebut melanggar undang-undang.

“Pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang awam bahawa ia (perkahwinan) akan dilangsungkan pada hari ini dan hasil siasatan mendapati maklumat itu tepat dan serbuan telah dijalankan,” kata sumber

LOKASI majlis perkahwinan.
 
 
sumber dari
 
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...