RSS

Kanak-kanak hidup semula disahkan mati.

Zamboanga del Sur: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang terjaga ketika disiapkan untuk dikebumikan, semalam dilapor mati akhirnya.Kanak-kanak dari Zamboanga del Sur di selatan Filipina itu sebelum ini disahkan mati di sebuah hospital Jumaat lalu akibat demam dan keluarganya segera membuat persiapan untuk mengebumikannya. 

Bagaimanapun, kanak-kanak perempuan itu dilapor bernafas semula ketika mayatnya diletakkan di sebuah gereja untuk upacara keagamaan sebelum dikebumikan.

Detik dia bernafas semula itu dan ketika dikeluarkan dari keranda dirakam oleh seorang anggota keluarganya yang hadir pada majlis untuk menyiapkan pengebumiannya itu.
Seorang jiran menyedari kepala kanak-kanak itu bergerak ketika menjenguk mayatnya.

IBU kanak-kanak berkenaan mengangkat anaknya keluar dari keranda selepas dia dilihat bergerak ketika hendak dikebumikan Sabtu lalu.



Selepas dibawa keluar dari keranda, kanak-kanak berkenaan diberi minum dan dibawa ke hospital sebelum pulang bersama-sama ibu bapanya.Bagaimanapun, laporan terbaru semalam menyatakan, umur kanak-kanak itu tidak panjang dan disahkan mati sekali lagi.

Ini bukan kes pertama orang yang diisytiharkan mati hidup semula ketika persiapan dilakukan untuk mengebumikan mereka.Di Zimbabwe, orang ramai bertempiaran lari apabila Brighton Dama Zanthe, 34, dilihat bergerak di dalam kerandanya.

Di Lexington, Mississippi, Walter Williams bangkit ketika mayatnya hendak dikeluarkan dari beg mayat selepas diiystihar mati selepas alat perentak jantungnya terhenti.Di Belem, utara Brazil pula, seorang kanak-kanak berusia dua tahun, Kelvin Santos terjaga dan meminta segelas air ketika keluarganya bersiap untuk mengebumikannya.

Bagaimanapun, dia baring semula dan disahkan mati untuk kali kedua.Seorang pelayan di Mesir pula bangun sejurus sebelum dikebumikan apabila doktor mengisytiharkan dia mati akibat sakit jantung.- AFP

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila Hati Berbicara…



Tiada sesiapa pun yang mampu melawan takdir. Semua ketentuan telah ditentukan Maha Pencipta.
Mungkin kaum lelaki beranggapan
KENAPA yea perempuan suka merajuk..?
KENAPA ye perempuan selalu cemburu..?
KENAPA ye perempuan selalu risaukan sesuatu..?

Dan Jawapan dari seorang insan yang bernama Perempuan…
“Kami MERAJUK  mungkin ada sesuatu yang menyentuh hati, mungkin ada yang terkilan. Kami CEMBURU.. tapi bersebab
RISAU kami juga bersebab. Perasaan yang lahir dari hati nurani kami. Bukan di pinta tapi ianya ANUGERAH dari ALLAH. ALLAH ciptakan kami punya hati yang terlalu HALUS. Punya 9 nafsu dan 1 akal. Bukan tak mampu berfikir, tapi dah fitrah kejadian tidak dapat lari dari hati kami. HATI KAMI mudah tersentuh…

Ketahuilah kaum ADAM,  sekuat mana perempuan pada luarannya, namun ia tetap seorang perempuan. Sekalipun dia mampu menakluki dunia, namun dia tetap perempuan.

DICIPTA ..kami dari tulang susuk kiri seorang insan yang bernama lelaki, bukan untuk
DISAKITI… bukan untuk DILUKAI tapi kami ingin DILINDUNGI..Disisi kamu jugalah kami ingin DIKASIHI.

KENAPA kami merajuk…kami merajuk keranan inginkan PERHATIAN. RAJUK kami tak lama. Andai dipujuk pasti akan terukir sebuah senyuman. RAJUK kami bukan pada sesiapa. RAJUK kami pada SESEORANG YANG BERADA DI HATI.

Wahai kaum ADAM, hargailah seorang perempuan , jagalah hati seorang perempuan. Janganlah nanti hanya ada tangisan kekesalan andai kedua-dua matannya dah tertutup rapat menghadap MAHA PENCIPTA.






Nota: Hanya Nukilan Rasa..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hukum Simpan Gambar Bukan Muhrim?




Hukum menyimpan gambar bukan muhrim ramai yang berpendapat ianya haram kerana jika menaikkan nafsu syahwat dan jika pasangan tidak menutup aurat ternyata ianya haram.Ada juga yang berpendapat,selama mana gambar bukan muhrim kita simpan,selama itulah dosa yang kita dapat dari Allah..Allahualam =)

Sabda Rasulullah s.a.w..


"...antara keelokan Islam seseorang muslim ialah meninggalkan perkara-perkara yang tidak layak dengan dirinya..." (al-Bukhari dan Muslim)

Di bawah ni ada video yang menjelaskan kepada kita tentang hukum menyimpan gambar kekasih..


Carilah ilmu atau rawatlah diri dari belenggu emosi dan bisikan buruk dalam hati kita..

sumber dari

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...