Kuala Lumpur
Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (JAWI) masih belum menerima sebarang maklum balas daripada
beberapa remaja perempuan bertudung yang melakukan aksi tidak senonoh ketika
konsert kumpulan K-Pop, B1A4, yang diadakan Sabtu lalu.
Sumber jabatan
berkenaan menyatakan bahawa pihaknya masih menunggu beberapa remaja perempuan
itu tampil untuk memberi keterangan sekali gus memudahkan siasatan
dilaksanakan.
“Sehingga hari ini
(semalam), kita masih tidak menerima sebarang maklum balas daripada mereka.
Bagaimanapun, kita akan memberi mereka masa selama beberapa hari lagi sebelum
tindakan susulan diambil.
“Kami menasihatkan
mereka supaya tampil memberi keterangan secepat mungkin dan isu kontroversi
konsert itu dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi
semalam.
Beliau juga turut
mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung beberapa remaja
perempuan berkenaan supaya menyalurkannya kepada JAWI sekali gus membantu
jabatan berkenaan.
Hujung minggu lalu,
tersebar secara meluas di laman sosial sedutan klip video aksi pelukan dan
ciuman beberapa remaja Islam bersama-sama anggota kumpulan itu dalam konsert
yang berlangsung di KL Live Center.
Video berdurasi tiga
minit 21 saat itu menunjukkan empat perempuan yang memakai tudung bukan sahaja
merelakan diri dipeluk dan dicium malah membalas pelukan ahli kumpulan
berkenaan.
Kelmarin, Pengarah
JAWI Paimuzi Yahya menerusi satu laporan akhbar berkata, tindakan susulan
seperti memohon waran tangkap melalui perintah mahkamah akan dikeluarkan jika
remaja berkenaan tidak memberikan kerjasama dalam tempoh yang ditetapkan.
Beliau dalam laporan
itu berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah
Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) iaitu perbuatan tidak
sopan di tempat awam.
sumber dari
Hye dtg singgah sini dan click click nuffnang awak.
BalasPadamBerkenaan isu kpoppers ni, kadang kesian pulak dengan diorang..
Btw jom singgah blog sy, ada mini GA Contest yang sy anjurkan :)
http://chenta-shima.blogspot.com/2015/01/mini-ga-by-ema-hasan.html