Tapah:
Sekurang-kurangnya tujuh maut akibat rentung dalam kemalangan membabitkan bas
persiaran di Kilometer 326.3 Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran susur
keluar ke Tapah, di sini, hari ini.
Dalam kejadian
kira-kira 1.15 pagi itu, bas berkenan yang dalam perjalanan dari Kuala Kurau,
dekat sini dan menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang.
Ketua Polis Daerah
Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati bas
berkenaan sebaik tiba di lokasi kejadian dipercayai melanggar satu tayar lori
yang berada di tengah-tengah laluan sebelum terbabas ke parit di kiri jalan dan
terbakar.
"Bas terbabit
melanggar tayar lori sebelum merempuh sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan
dan kemudian terbabas serta terbakar.
"Pemandu kereta
jenis Charade dipercayai memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar
berkenaan, namun tidak sempat melakukannya," katanya ketika ditemui
dilokasi kejadian.
Menurutnya, operasi
menyelamat mangsa dilakukan pasukan bomba dan setakat ini menemui tujuh mangsa
yang rentung, namun jumlah sebenar mangsa yang maut belum dapat dipastikan.
"Berdasarkan
maklumat awal yang diperoleh daripada penumpang yang terselamat, bas berkenaan
dinaiki 30 orang, setakat ini tujuh didapati maut dan 15 cedera dihantar ke
hospital untuk rawatan, manakala tujuh lagi cedera ringan.
"Kita masih
menyiasat dan mengesan sama ada benar terdapat satu lagi mangsa," katanya.
TUJUH
maut dalam kemalangan. FOTO Muhammad Apendy Issahak
Sumber dari
Takzia kpd ahli keluarga mangsa... berkenaan tayar tu sampai sekarang tak faham kenapa bila tayar lori besar yg pancit mesti tinggalkan kesan tayar pecah...
BalasPadam