Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
AJL 29 ‘Kemenangan untuk Hip Hop’
Labels:
Hiburan
Kuala Lumpur: Lagu
Apa Khabar menjadi juara bagi Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) yang diadakan
secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
Lagu yang
dinyanyikan oleh Joe Flizzow dan SonaOne itu melayakkan mereka membawa pulang
wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.
“Kemenangan ini
untuk hip hop,” kata Joe Flizzow ketika memberi ucapan selepas diumum pemenang.
Manakala, naib juara
dimenangi oleh lagu Masih Aku Cinta dendangan Shila Amzah dengan membawa pulang
RM35,000 dan trofi serta tempat ketiga dimenangi oleh lagu Di Pintu Syurga
nyanyian Dayang Nurfaizah dengan membawa pulang RM20,000 dan trofi.
Sementara itu Vokal
Terbaik dan Persembahan Terbaik dimenangi oleh Dayang dan Mojo bersama pemuzik
cacat penglihatan Caliph Buskers di mana masing-masing membawa pulang RM12,000.
Selain itu, antara
lagu yang dipersembahkan pada AJL29 kali ini ialah Malaikat (Hazama),
Percayalah (Indah Ruhaila), Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Gadis Jolobu (Waris
& Datuk Hattan), Romancinta (Mojo), Rentak Laguku (Bunkface & Amy
Search), Gilalah (Stacy) dan Lelaki (Najwa Mahiaddin).
Bertemakan Gema
Dalam Muzik, anugerah yang disiarkan secara langsung di TV3 itu dihoskan oleh
AG Hotfm dan Scha Al-Yahya.
Turut membuat
persembahan menghiburkan penonton ialah Datuk M Nasir, semua protege Mentor,
kumpulan Headwind, Tomok dan Ronnie.
Lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow
(kiri) dan Sonaone muncul juara Anugerah Juara Lagu ke-29. –
sumber dari
Read User's Comments(2)
"Zahira" slot Samarinda terbaru di TV3
Labels:
Hiburan
Slot Samarinda di
TV3 mempersembahkan drama bersiri terbaru berjudul Zahira yang menampilkan
barisan pelakon popular masa kini seperti Adi Putra, Zara Zya, Bea Balqis,
Ryzal Jaafar dan Fazreen Rafi.
'Cinta itu buta' dan
sebab itulah Zahira tidak pernah mengendahkan nasihat daripada sahabatnya Amira
supaya berhati-hati dengan kekasihnya. Bagi Zahira, Sufian merupakan
keutamaannya di samping ibu angkat yang telah menjaganya sejak kecil iaitu Mak
Ani. Selain impian Zahira ingin mengahwini Sufian, dia juga bercita-cita untuk
mendapat pekerjaan dan membantu mengurangkan beban Mak Ani dengan membayar
hutang keluarga mereka.
Selepas tamat
pengajian, Zahira dan Sufian berusaha mencari pekerjaan. Suatu hari, Zahira
ditawarkan pekerjaan di syarikat kejuruteraan Datuk Othman iaitu Intellect Sdn
Bhd dan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
Sehari sebelum
temuduga itu, Zahira telah berkongsi perisian yang diciptanya kepada Sufian.
Ini membuatkan Sufian merasa cemburu dan mencuri ciptaan tersebut tanpa
pengetahuan Zahira.
Keesokan harinya
sewaktu ditemuduga, pihak pengurusan memaklumkan bahawa Zahira sememangnya
memiliki ciri-ciri pekerja yang mereka cari. Akan tetapi, seorang lagi calon
yang ditemuduga sudah membentangkan idea sama yang dikemukakan Zahira. Zahira
bertambah hairan memandangkan perisian yang diciptanya itu sememangnya baru dan
tidak terdapat di pasaran lagi.
Apabila ditanya
siapakah calon tersebut, Zahira amat terkejut apabila mendengar nama Sufian.
Ini membuatkan Zahira benar-benar kecewa. Apatah lagi apabila mendapat tahu
Sufian diterima bekerja di sana dan kini Zahira pula yang menganggur. Setelah
berjaya, Sufian mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.
Kekecewaan itu
menambahkan lagi semangat Zahira untuk mendapat pekerjaan kerana terutamanya
dengan sokongan kawan baiknya Amira dan Mak Ani. Tanpa berfikir panjang, Zahira
mencuba nasib dalam bidang perhotelan. Pada hari sesi temuduga itu, Zahira
terlambat dan tidak berjaya bertemu dengan penemuduga iaitu Syed Iqbal Hakim,
seorang yang mementingkan disiplin.
Syed Iqbal telah
memberitahu pengurus hotelnya agar jangan terima sesiapa yang lambat
termasuklah Zahira. Perwatakan Zahira yang ceria dan sangat pandai mengambil
hati pengurus hotel membuatkan dia diterima bekerja tanpa pengetahuan Syed
Iqbal.
Bagaimana perjalanan
kehidupan Zahira setelah bekerja di hotel dan berpisah dengan Sufian? Saksikan
episod Zahira seterusnya menerusi slot Samarinda pada setiap Rabu dan Khamis,
jam 10.00 malam hanya di TV3!
Sumber dari
Sari Yanti Sah Cerai, Tebus Talak RM10,000
Labels:
Hiburan
mahkamah Rendah
Syariah Petaling diberitahu bahawa pasangan pelakon Sari Yanti dan suaminya,
Mohd. Edy Casmadi Che Hussain telah bercerai secara tebus talak sebanyak
RM10,000 di Mahkamah Syariah Seremban, Khamis lalu.
Peguam syarie,
Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Edy Casmadi memberitahu perkara itu
kepada Hakim Syarie, Abd. Halim Abu Samah ketika perbicaraan kes nusyuz pelakon
itu.
Memetik
laporan Utusan Online, Fakhrul Azman turut memohon perbicaraan nusyuz itu
ditangguhkan bagi membolehkan kedua-dua pihak mencari penyelesaian secara baik
berhubung kes itu.
Sebelum ini
Sari Yanti memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban,
Negeri Sembilan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003
pada 25 Februari lalu.
Manakala, Edy
Casmadi kemudiannya memfailkan permohonan nusyuz ke atas artis tersebut pada 7
Mac lalu di bawah Seksyen 60(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003.
Untuk rekod,
pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2009 dan dikurniakan dua
anak lelaki, Barr Al-ly, 4, dan Basit Al-Haq, 2.
sumber dari
http://mediahiburan.karangkraf.com/
Terkini-Awie tidak mengaku cedera isteri
Labels:
Hiburan
Ampang : Penyanyi rock terkenal, Awie mengaku
tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan
menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, Rozana Misbun di Ukay Perdana,
Hulu Kelang, di sini, 2 Jun lalu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman,
46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret
Ayuni Izzaty Sulaiman.Vokalis kumpulan Wings itu
yang memakai jaket hitam hadir ke mahkamah dengan jaminan polis ditemani
beberapa rakannya, termasuk ahli kumpulan rock terbabit, Joe dan Eddy.
AWIE tiba di Mahkamah Majistret
Ampang. FOTO Mior Azlan Mior Kamarulbaid
Mengikut pertuduhan, dia didakwa
melakukan kesalahan itu terhadap Rozana, 36, hingga menyebabkan wanita terbabit
cedera, jam 1.30 petang pada 2 Jun lalu di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari,
UK Perdana, Hulu Kelang, di sini.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa
mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara
maksimum tujuh tahun penjara dan denda, jika disabit kesalahan.
Izreen Azminda sah bercerai
Labels:
Hiburan
Kuala Lumpur: “Ya, semua sudah selesai pagi semalam (kelmarin). Tak ada sebab kami nak bermusuh lepas ini,” kata pelakon Izreen Azminda Aznam mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan Muhammad Riza Baharuddin, pagi kelmarin.
Izreen, 29, yang dihubungi semalam berkata, keputusan itu sekali gus meleraikan segala spekulasi dan konflik yang timbul berhubung keretakan rumah tangganya sebelum ini.
Katanya, dia dan bekas suaminya akan terus bersahabat baik demi kebajikan anak mereka, Adrian Umar, 10 bulan.
“Semuanya berjalan dengan baik dan lancar semalam (kelmarin). Rasanya ini adalah keputusan terbaik untuk kami berdua.
“Semuanya berjalan dengan baik dan lancar semalam (kelmarin). Rasanya ini adalah keputusan terbaik untuk kami berdua.
“Yang penting kami akan terus berkawan baik sebab rasanya berkawan itu lebih baik daripada hidup bersama. Saya akur dengan ketentuan ini,” katanya.
Perbicaraan kes cerai mereka berlangsung dalam keadaan tenang di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, pagi kelmarin tanpa liputan wakil media.
Media sebelum ini menyebut perceraian pasangan itu berlaku di lokasi penggambaran drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan di Pulau Pinang pada hujung Mei lalu dipercayai bermula daripada pertengkaran mereka.
Izreen mengeluarkan kenyataan mengesahkan mereka sudah tidak mempunyai sebarang ikatan, namun enggan mengulas lanjut.
Bagaimanapun, Muhammad Riza berkata, mereka belum bercerai seperti dilaporkan tetapi sebaliknya dia baru saja memfailkan permohonan cerai di sini pada 14 Mei lalu.
Pasangan itu berkahwin pada 31 Ogos 2012 di Alor Setar, Kedah dan mempunyai anak lelaki yang kini berusia 10 bulan.
Izreen berkata, keputusan untuk berkawan dengan bekas suami diambil demi kebaikan anak mereka.
“Kami tak mahu bermusuhan dan akan terus berkawan macam biasa. Saya juga tak sekat dia untuk ambil atau jenguk anak pada bila-bila masa saja.
Dalam pada itu, Izreen berkata, kegagalan rumah tangga bagaimanapun tidak akan menutup pintu hatinya untuk mengenali lelaki lain pada masa akan datang.
“Tak adalah sampai saya takut menjalin hubungan atau mengenali lelaki lain pada masa akan datang. Cuma buat masa ini, saya tak nak fikirkan dulu.” katanya'
sumber
myMetro
Langgan:
Catatan (Atom)







