RSS
Memaparkan catatan dengan label Kisah Seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Seram. Papar semua catatan

Kisah Seram 4 - Macam Terlanggar Sesuatu





Kisah ini berlaku semasa dalam perjalanan balik dari Ipoh ke Dungun, Terengganu. Masa tu saya masih belajar kat Uitm. Bila cuti semester je semestinya saya balik. Giler kentang kalau saya tak balik kampung. Tempat jatuh lagi dikenang inikan tempat bermain apatah lagi kena rotan.hehehe..

Ok, berbalik kepada cerita yang saya nak ceritakan. Biasanya saya akan ambik bas malam, sebab tak terasa sangat sebab sepanjang malam boleh tidur tapi bukan lena sangat pun. Kalau terjaga pun kalau driver bas benti kat hentian rehat. 

Dalam duk melayan mimpi yang indah-indah...tetiba driver berhentikan bas. Tersedar saya dari mimpi yang indah..chewah..Saya tengok jam lebih kurang dalam pukul 2 pagi. keadaan keliling gelap. Saya tak berapa pasti kat mana masa tu. Dalam hati "apesal plak bas ni benti. Rosak ke. Hah sudah tengah2 mlm cam ni plak rosak. Naye cam ni". Tetiba saya terdengar driver bas gtau yang dia macam terlanggar sesuatu. Dalam kepala otak ni dah pikir lain dah..Mesti "benda" tu ni. Sebab driver turun tengok tak de pe2 kat bawah bas. Memang sahlah.

Alhamdullilah lah, tak de pe2 perkara buruk yang berlaku. Yelah kadang2 "benda" camtu boleh buat kita hilang kawalan. Kami pun sambung perjalanan. Dan akhirnya saya selamat sampai ke Dungun dalam pukul 7 pagi setelah 8 jam duk dalam bas. 

Macam tu lah al-kisahnya..So peringatan untuk saya dan anda, berhati-hatilah. Dugaan dan "rintangan" sentiasa ada semasa memandu. Berdoalah semoga kita selamat sampai ke destinasi yang dituju. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah seram 3 - Hantu loncat-loncat Lah Pulak




Once upon a time..chewah bahasa omputih plak..Ate bior betol oghang parit cakap omputih..cer cite..cer cite..hehehe..Cam ni cite nye..Ini berlaku dekat arwah mak sedara saya 2 bulan sebelum dia meninggal. Masa tu saya masih di sekolah menengah. Umah arwah sebelah dengan umah saya dan umah dia siap di buat. Electric pun tak masuk lagi tapi dia sekali sekala tido kat umah tuh. Nak di jadikan citer tapak umah tu sebelum tu hutan. Penuh dengan pokok buluh.

Pada suatu malam..jeng..jeng (teruskan membaca kalau anda rasa berani)..arwah duk luar, depan umah sebab panas. Al-maklumlah electrik tak masuk lagi. Cuaca plak memang panas. Tengah duk berkipas-kipas ngan surat kabar kat luar tiba-tiba dia terpandag suatu "benda putih" kat bawah pokok durian depan umah dia. Lingkungan dalam 50 meter. Masa tu arwah gtau, mgkin kain pe yang sangkut. Yelah rabun tak nampak sangat. Dengan tak semena-mena "benda" tu terlompat-lompat..Kalau dah lompat2 ni pe lagi, POCONG lah wei..Cepat2 arwah lari masuk dalam. Nak kunci pintu, xboleh lak plak..Mungkin menggeletar tak boleh nak tutup.

Lepas dua hari kena kacau tu, husben dia panggil someone, ustaz rasenya untuk tengok2 kawasan rumah tuh..Habis je ustaz tu baca doa, ada satu "benda" lari atas atap umah saya dan terus hilang. Bunyi macam nak tercabut atap. Lepas tu tak da lagi kejadian yang macam tuh..

Begitulah cerita nye..agak-agak korang seram tak?..Bagi saya dengar pun berdiri bulu roma...korang ada cerita2 seram,kongsilah dengan saya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah seram 2- Hantu main tolak-tolak


Pengalaman yang ni saya rasa masa kerja kat sebuah pasaraya di Batu Caves. Nama pasaraya tu biarlah  rahsia. Macam tajuk lagu Siti Nurhaliza tu.  Nanti takut plak orang nak datang kerja. Betul tak?. Masa tu saya kerja shift malam dan jadi duty manager untuk closing store. Dahlah badan xsihat, demam plak tuh. Tapi mengenangkan xda sape nak ganti ku gagahi jua walaupun tak larat. Tapi en husben dah standby tunggu kat bawah sebab kena escort saya lik rumah. Sayang bini lah katekan..chewah..

Jam menunjukkan pukul 10.45pm waktu closing. Saya tunggu chief cashier untuk wat settlement dan kira duit. Dalam keadaan pening2 lalat saya lentok2 lah dulu kepala kat meja sebelah sementara tunggu diorang siap.

Tiba-tiba...jeng..jeng...jengg...belum masuk entiti seram lagi. Tiba-tiba saya nak muntah..Berlari saya ke toilet. Toilet plak kat stor simpan barang. Kang termuntah kat meja. Saya plak yang susah..Masa nak hampir dekat pintu toilet, saya dengar ada orang hempas pintu..Dalam hati "sape plak ni..rasenya takda orang". Tapi memikirkan saya nak muntah, pergi lah jgk. Lepas selesai, saya memberanikan diri tolak pintu toilet. Sebab keinginan ingin tahu membuak2. Tapi memang terbukti tak da orang.Pe lagi cabut lah..

Memang sebelum ni ada staff pernah nampak "benda yang berambung panjang" kat stor tuh. Mungkin "guard tak berbayar" kot. Tapi nasib baiklah saya tak nampak benda2 camtuh, cuma dengar bunyi jer. Kalau nampak tak tau lah nak buat pe. Mau nye pengsan. Dahlah badan lemah...Lepas siap closing, terus balik. Dekat umah baru citer kat husben..

Begitulah cerita nye...walaupun seram nye macam suam2 kuku tapi bagi saya tahap keseraman tu tetap ada....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Seram 1


Kisah ini berlaku masa 9 tahun yang lalu. Dah lama dah ceritanya tapi masih segar dalam ingatan..Al-maklumlah kena batang hidung sendiri. Tak ke takut. Selalu dengar cerita dan tengok filem jer.Bagi saya memang seram beb.. Macam ni ceritanya, lebih kurang 9 tahun yang lalu saya dan kawan saya bekerja part time di Tesco Ipoh selepas mengambil kursus lanjutan siswazah menggangur. Yelah dah habis kursus tak kan nak menggangur lagi. Sebab tu lah cari kerja part time dulu. Alhamdulillah kami diterima bekerja sebagai cashier part time  dan sama shift dan kami hanya berjalan kaki pergi dan balik keja kerna kami hanya menyewa bilik di atas rumah kedai yang berhampiran.

Nak di jadikan cerita lepas balik kerja dalam pukul 11 malam, kami balik ke bilik tukar baju. Kemudian kami biasa ke kedai mamak yang selang dua baris belakang bilik sewa kami. Dalam duk chit chat dengan member ni masa nak pergi kedai tu, tetiba2 ada suara orang dekat salah bangunan kosong. Kami dengan mulut celupar nye pun menegur. "Eh ada orang ke kat atas bangunan ni. Selalunya tak de orang pun". Dengan slamber nye kami pun terus ke kedai untuk mengisi perut yang dah berirama zapin ala minang ni. 

Selepas selesai melepaskan hajat perut kami, kami pun pulang. Masa tu dah pukul 12 mlm lebih. Sampai je kat bilik, lepak2 dulu dengar radio untuk melalikan mata. Tiba-tiba (ni yang seram ni) ada bunyi macam orang cakar pintu. kuat sangat. Bising sangat kat depan bilik. Kami pun apa lagi baca pe yang patut, baca pun dah lintang pukang. Yelah dah takut. Lepas tu tetiba senyap. Kemudian kami dengar bunyi bising macam orang lari atas atap dan kemudian hilang. Alhamdulillah mujur tak lama. Lepas tu baru kami teringat yang kami tertegur masa lalu bangunan kosong tadi. 

Sebab tu lah, orang tua cakap jangan tegur kalau ada benda2 pelik ni. Nanti dia ikut balik. Mulut celupar kan dah kena batang hidung sendiri. Ini cerita betul tau, bukan rekaan semata-mata. Lepas tu kalau keluar malam pun kami tapau je bawak balik rumah. Begitulah al-kisahnye.....Seram tak? Seram tak?..hehehe..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...