Memaparkan catatan dengan label dunia artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dunia artis. Papar semua catatan
Diana fail penceraian
Labels:
dunia artis
Kuala Lumpur:
Pelakon dan penyanyi Diana Rafar mengesahkan tindakannya memfailkan perceraian
terhadap aktor Zamarul Hisham di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dekat sini,
1 petang tadi.
Diana atau Adiana
Abdul Rafar, 33, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai butiran dan sebab
tindakannya itu.
“Maaf, saya tidak
mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami buat masa ini. Saya reda dengan apa
yang terjadi,” katanya secara ringkas.
Harian Metro pada 8
Januari lalu melaporkan rumah tangga Diana dan Zamarul Hisham Mohamed, 45,
mengalami pergolakan kebelakangan ini.
Sumber memberitahu
ia dipercayai berlaku disebabkan kewujudan orang ketiga.
Difahamkan, konflik
perkahwinan mereka dikatakan berpunca daripada penyanyi lelaki era 90-an, Oja
atau nama sebenarnya Daninas Huza Daud, 36.
sumber dari
Read User's Comments(0)
Barang syirik dalam rumah
Labels:
dunia artis
Kuala Lumpur:
Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam diberitahu, penyanyi rock, Awie menemui
pelbagai barangan berunsur syirik, khurafat dan tahyul di beberapa lokasi
kediamannya dan mengesyaki barangan itu kepunyaan isterinya Rozana Misbun, 37.
Peguam syarie, Datuk
Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Awie berhujah antara barangan yang dijumpai
adalah darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil dan
kemaluan lelaki yang diperbuat daripada emas tulen serta patung logam termasuk
tangkal yang dibungkus dalam kain hitam dan kuning.
Menurut Zaidi, Awie
mendakwa menemui pelbagai barangan terbabit disorok bawah tilam, di dalam
almari pakaian, ditanam dalam pasu bunga serta disembunyikan dalam rak barangan
perhiasan rumah.
Dia berkata demikian
pada hujahan lisan ketika sebutan kes permohonan ubah perintah sebelah pihak
(ex-parte) hak penjagaan anak pasangan itu di hadapan Hakim Syarie Mohd Amran
Mat Zain.
Tambahnya, ia antara
alasan Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Osman, 47, memfailkan permohonan
hak penjagaan sementara tiga anak mereka, Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad
Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, pada 22 Julai 2014.
Dalam hujahnya juga,
Mohd Zaidi berkata, antara alasan lain yang menyebabkan dia mengemukakan
permohonan itu adalah Rozana mengaku menggunakan botox untuk mengubah wajahnya
dan memasang susuk pada wajah untuk kelihatan cantik.
sumber dari
Meriah macam majlis kahwin
Labels:
dunia artis
Biarpun hanya
mengadakan majlis berendoi puteri mereka, Nur Latifah Chantiq Hanania yang
berusia 48 hari dan turut meraikan ulang tahun putera ketiga mereka, Ahmad
Haziq Hanania yang berusia dua tahun, majlis kenduri anjuran Johan Raja Lawak
dan isterinya, Ozlyn berlangsung meriah seolah-olah ia adalah majlis
perkahwinan.
Paling menarik
perhatian, di ruang dalam lokasi berlangsungnya majlis itu di Villa Casa
Heliconia, Kuala Lumpur Sabtu lalu, terdapat pelamin cantik berwarna putih yang
menjadi tumpuan ramai jemputan sama ada untuk bergambar mahupun merakamkan
kenangan bersama pasangan ini.
Bukan saja
menyediakan makanan yang lazat, pasangan ini turut mengundang Sharifah Shahira
dan Azmir Cuit sebagai pengacara bagi memeriahkan majlis dua dalam satu itu.
Paling menarik,
Johan sanggup berhabisan membawa persembahan badut serta permainan lain bagi
memeriahkan majlis itu sekali gus menceriakan tiga anak lelakinya serta
kanak-kanak lain yang hadir.
Bahkan acara cabutan
bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah berupa basikal, kipas angin serta
kereta mainan turut diadakan bagi menambah kemeriahan majlis.
Mengenali pasangan
ini, boleh dikatakan mereka tidak lokek mengadakan majlis kenduri kesyukuran
bagi berkongsi rezeki yang diperoleh dengan orang lain. Saban tahun mereka
tidak ketinggalan menganjurkan majlis begini.
Apatah lagi tahun
lalu, Johan mencapai kejayaan cemerlang dalam kariernya. Selain sukses dengan
tugasnya sebagai penyampai radio ERA, artis bernama sebenar Mohd Yazid Lim
Mohamad Aziz, 32, ini turut menyerlah apabila muncul juara Super Spontan 2014
dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan kereta Toyota Camry.
Tambah mengujakan
apabila isteri tercinta, Ozlyn melahirkan Nur Latifah Chantiq Hanania pada 25
November lalu sekali gus mengakhiri penantian mereka yang begitu inginkan
cahaya mata perempuan.
Majlis ini
dimeriahkan dengan kehadiran rakan artis antaranya Fasha Sandha bersama
suaminya Jejai (Rizal Ashram) yang turut membawa dua anak mereka; Amyza Aznan
bersama suaminya, Khairil Izhar dan anak mereka; Ezad Lazim dan isterinya, Nor
Azeana serta anak mereka dan Azza Elite.
Tidak ketinggalan
Raja Azura serta pasangan Johan dalam segmen Johara ERA iaitu Ray.
Walaupun nampak
penat, Johan tetap melayan permintaan tetamu yang ingin bergambar dengannya.
Baginya, dia puas kerana majlis yang dirancang dalam tempoh dua minggu itu
berjalan lancar.
"Majlis ini
adalah pembuka 2015 kerana kami akan buat kenduri empat kali setahun. Kali ini
kami pilih tema keceriaan kerana mahu menggembirakan Ahmad Haziq yang konsepnya
Ozlyn pilih.
"Dia juga
cetuskan idea konsep bersanding dan saya sokong kerana dengan cara ini hubungan
kami akan jadi lebih akrab. Memang setiap kali buat majlis, kami akan
melakukannya secara besar-besaran. Bukanlah kami nak menunjuk-nunjuk tetapi
hanya bertujuan meraikan tetamu termasuk anak yatim yang turut dijemput.
"Saya anggap
mereka seperti anak saya sendiri. Setakat ini saya ada empat rumah anak yatim
yang dijadikan anak angkat dan saya akan jemput mereka ikut giliran,"
katanya yang turut menyumbang kelengkapan persekolahan kepada 30 anak yatim
yang datang.
Majlis itu
berlangsung dua sesi apabila jemputan sesi berendoi dikhaskan untuk keluarga
dan rakan terdekat manakala sambutan ulang tahun kelahiran dibuka untuk semua
tetamu termasuk peminat.
"Saya bersyukur
kerana majlis berendoi disempurnakan oleh pak cik saya sendiri yang juga imam
di Masjid Kampung Pandan dan saya gembira kerana nenek dan mak cik saya dari
sebelah emak yang berketurunan Cina turut hadir ke majlis ini menjadikannya
sangat bermakna.
"Peminat yang
hadir pula terdiri daripada ahli kelab peminat saya dan Jozan. Mereka beruntung
kerana dapat melihat wajah bayi saya. Ini kali pertama saya dedahkan Nur
Latifah kepada mereka," katanya.Selesa sebagai
penyampai radio
Berbicara mengenai
kerjaya, Johan mengakui komitmennya kini sebagai penyampai ERA.
"Buat masa ini
saya nak berehat daripada ambil tawaran lain. Kerja sebagai penyampai radio pun
mencabar kerana saya perlu berada di konti awal pagi.
Saya hanya ambil
tawaran yang tak memerlukan saya menghabiskan banyak masa di luar kerana saya
kena baÂnyak berehat," katanya.
Diusik soalan
mengenai pasangannya, Zizan yang kini bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2014
bersama Tauke dan Yus dalam kumpulan Virus, Johan ketawa sambil memberi
pendapat peribadi.
"Saya lihat
Virus belum ada keserasian sehinggalah pada persembahan minggu kesembilan baru
ada perubahan. Mereka ada idea dan konsep lawak tapi keserasian belum muncul
sepenuhnya. Apapun saya percaya mereka mampu buat yang terbaik dan layak ke
pentas akhir," katanya.
sumber dari
Zizan Razak akui banyak silap dengan Emma Maembong
Labels:
dunia artis
KUALA LUMPUR:
Akhirnya Zizan bersuara mengenai punca perpisahannya dengan Emma Maembong yang
mencuri perhatian ramai beberapa hari lalu.
Emma sebelum ini
mengakui banyak memendam rasa dan makan hati dengan sikap Zizan.
Percintaan mereka
selama dua tahun akhirnya berakhir kerana Emma tidak mampu lagi bertolerasi
dengan Zizan. Zizan turut menjelaskan punca perpisahan mereka bukan semata-mata
kerana keinginannya untuk membeli kereta sport tetapi berbalik kepada sikap
dirinya sendiri.
Zizan yang dihubungi
sebentar tadi menjelaskan apa yang terjadi berpunca daripada kekhilafan
sikapnya sendiri.
"Saya banyak
buat silap dengannya dan ada kala terabai perhatian hingga membuatkan dia
memendam rasa. Kesibukan kerja membuatkan saya ada kalanya tak dapat berjumpa
dengannya. Biasalah wanita memang nak perhatian.
"Sebab itu juga
Islam letak kuasa perceraian kepada lelaki bernama suami. Jadi ia jelas
menggambarkan situasi kami. Cuma kami belum berkahwin. Tapi saya mahu minta
maaf banyak banyak kepada dia kerana kesilapan semua berpunca dari diri ini.
"Saya berharap
untuk kembali kepadanya. Insya-Allah akan cuba memenangi hatinya semula. Dan
saya berharap orang di luar sana termasuk peminat mendoakan hubungan kami
kembali bersatu," katanya.
Tambah Zizan lagi
salah satu sikap Emma yang membuatkan beliau tertawan ialah sikap
kesederhanaan.
"Saya puji
sikapnya itu. Kami sebenarnya ada berborak dan saya menyatakan keinginan untuk
membeli kereta sporty. Tetapi dia tak suka saya membazir dan bermewah. Saya ini
memang bab kereta akan tewas," katanya
sumber dari
Langgan:
Catatan (Atom)






