RSS
Memaparkan catatan dengan label pelik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelik. Papar semua catatan

Budak tangan gergasi

India: Seorang budak membingungkan doktor di India apabila tangannya membesar seperti tangan gergasi.Tangan Kaleem, lapan, setiap satu seberat lapan kilogram dan berukuran 13 inci dari pangkal tapak tangan hingga ke hujung jari hantunya.

Kerana keadaan tangannya itu, Kaleem tidak dapat melakukan banyak perkara asas, termasuk mengikat tali kasut dan sering dibuli serta dipinggirkan rakan sebaya.
“Saya tidak ke sekolah kerana guru berkata, murid lain takut melihat tangan saya. Saya dibuli kerana kecacatan saya. Ada yang memukul saya. “Saya sukar memakai baju, membutangnya dan juga memakai seluar. Tetapi saya tidak mahu doktor membedah tangan saya, kecuali ketika saya tidak sedar,” katanya.

Ibu bapanya yang hanya berpendapatan RM100 sebulan, berusaha membantu anak mereka, tetapi sehingga ini tidak berjaya.

Ibunya, Haleema, 27, berkata, dia menyedari kecacatan Kaleem apabila melahirkannya, namun tidak mampu membantu.
“Tangannya begitu besar, jarinya pula panjang. Mulanya, ia kecil saja, tetapi kemudian membesar dan jarinya terus memanjang,” kata Haleema.

Bapa Kaleem, Shamim, 45, juga bimbang anaknya mungkin tidak dapat berdikari.
“Dia tidak boleh makan sendiri kerana tangannya tidak boleh bengkok. Kami yang kena menyuapnya,” kata Shamim.

Dia menyalahkan dirinya kerana tidak mempunyai wang untuk membolehkan Kaleem menjalani rawatan.
Menurut Shamim, anaknya yang lain tidak menghadapi masalah itu.


Kaleem menunjukkan tangannya yang semakin membesar.


“Kami mahu membawanya ke hospital, tetapi wang begitu sukar diperoleh. Nak makan juga susah hingga isteri saya kadang-kala terpaksa mengemis,” katanya.

Shamim juga berkata, dia cuba menghantar Kaleem ke sekolah, namun disuruh menulis perjanjian bahawa sekolah tidak bertanggungjawab jika murid lain membuli atau mentertawakan Kaleem.

Seorang pengarah hospital tempatan berkata, kecuali masalah tangan itu, kesihatan Kaleem baik “Jantung dan paru-parunya berfungsi seperti biasa. Yang dibimbangkan, apabila tangannya terus membesar, ia akan memberi tekanan kepada sistem jantung dan menjejaskan kesihatannya,” kata Dr Ratan.


Sementara itu, ketua Intitut Kajian Memorial Fortis, sebuah hospital moden di Gurgaon berhampiran Delhi, Dr Krishan Chugh berkata, dia yakin penyakit Kaleem boleh diubati sekiranya menjalani pemeriksaan dan ujian perubatan terlebih dulu. - Agensi

sumber dari
mymetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seni janggut tiada bandingan

New York: Setiap kisah janggut yang cantik, sudah tentu ada seorang wanita hebat di sebaliknya.Isaiah Webb, pekerja di syarikat Sony di San Fransisco, kini menjadi terkenal kerana janggutnya yang menakjubkan.

Setiap Isnin, Webb akan menyiarkan gambar janggutnya yang digubah menjadi bentuk luar bias“Isteri saya meminati fesyen, dan dia menyukai janggut,” katanya kepada Huffington Post.Antara gambar yang disiarkan Webb yang paling mendapat perhatian adalah janggutnya yang berbentuk mangkuk.

Dengan cita rasa hebat isteri Webb dalam fesyen, ia menjadikan minat luar biasa suaminya berbaloi sehingga mereka berdua terpilih menjadi satu karektor dalam buku terbaru Ripley's Believe It Or Not!, ‘Reality Shock!’ yang akan diterbitkan pada 9 September depan. Webb mula berjanggut ketika dia berusia 11 tahun.


SATU lagi bentuk yang dibuat daripada janggut Webb.


WEBB makan mi daripada janggutnya.


Empat tahun lalu, janggutnya itu sudah cukup panjang untuk dijadikan pelbagai bentuk.“Kami tidak sangka ia akan menarik perhatian orang ramai. “Ia amat menyeronokkan dan kami mengambil keputusan membentuknya sekerap mungkin,” kata Webb.

Tetapi akhirnya mereka kehabisan idea untuk mencipta rekaan baru dan mula meminta pendapat peminat.Kini, Webb mula menceburkan diri dalam perniagaan penjagaan rambut. Dia bakal mengeluarkan sikat khas yang diciptanya untuk mereka yang berjanggut panjang.

“Ia mempunyai berus khusus yang boleh menguraikan janggut yang bergulung. Anda boleh menyikat janggut anda walaupun ia basah,” katanya.Menurutnya, ini bukan satu-satunya impiannya.

Webb berkata, dia benar-benar mahu membawa pendedahan meluas terhadap pertandingan janggut di Amerika Syarikat. - Agensi

sumber dari
myMetro


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Badan seorang kanak-kanak ditumbuhi bulu seperti kucing...

Beijing: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun kini digelar budak kucing selepas badannya dipenuhi bulu lembut hitam.Namun, itu bukan satu-satunya masalah Zhao Xinrui.

Sejak menunjukkan tanda-tanda mengalami keadaan kulit pelik itu tahun lalu, dia ditinggalkan ibunya.
Keadaan tidak dapat dijelaskan pakar perubatan itu bermula dengan tompokan kecil rambut halus berwarna gelap pada belakang badannya.

Lama kelamaan tompokan itu memenuhi hampir seluruh belakang serta punggungnya dan kini menunjukkan tanda naik ke muka, lengan dan bahunya.

Menurut keluarga Zhao, masalah kulit itu menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk di perkampungan mereka di Changshan berhampiran bandar Luzhou di wilayah Sichuan.
Bagaimanapun, guru Zhao membantu memastikan dia tetap diterima rakan sekolahnya apabila mereka memberitahu tompokan itu cuma tahi lalat.

Sementara itu Zhao pula sentiasa memastikan badannya ditutup untuk mengelak diejek.
Neneknya Henghui berkata, mereka pada mulanya dimaklumkan doktor bahawa tompokan itu tanda lahir.

BADAN Xinrui dipenuhi bulu hitam dan lembut seperti kucing.

“Mereka tetap menegaskan ia tanda lahir walaupun selepas mula merebak. Kini hampir separuh badannya dipenuhi ‘tanda lahir’ itu,” katanya.

Ayah Zhao, Lai, 45, berkata, mereka merayu sesiapa saja yang mampu memberi bantuan perubatan untuk mengawal pertumbuhan tompokan itu.
“Kasihan anak saya. Luluh hati kami melihat penderitaannya. Kami dimaklumkan dia tidak boleh dibedah sehingga berusia lima tahun.

“Kini dia sudah cukup besar, namun kami pula tiada wang walaupun kami menabung sejak tahun lalu,” katanya. Menurutnya, walaupun ditinggal isteri, dia berazam untuk membesarkan anaknya itu dengan bantuan ibu bapanya.

sumber dari
myMetro


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sadisnya-Budak cicak

Seorang kanak-kanak digelar ‘budak cicak’ kerana mempunyai penyakit kulit yang jarang ditemui.

Zhasulan Korganbek, lima, mengalami penyakit ichthyosis yang teruk hingga menyebabkan sebahagian kulit tubuhnya menjadi keperangan dan bersisik kelabu Keadaan itu turut melarat ke bahagian telinga dan mukanya.

Ia akan bertambah teruk dan mungkin baik, bergantung kepada cuaca.
Walaupun media menggelarnya budak cicak, sebenarnya ichthyosis berasal dari perkataan Yunani kuno yang bermakna ‘ikan’ kerana persamaan kulit mati dan menggelupas seperti sisik ikan.

Zhasulan mewarisi penyakit itu daripada ibunya, Ulbibi, pembawa gen tidak normal.
Namun, Ulbibi tidak menunjukkan sebarang kecacatan kulit walaupun terdapat kira-kira 50 peratus risiko ia diturunkan kepada anaknya.

Nasib malang Zhasulan dijangka tidak akan berpanjangan kerana bantuan yang dihulurkan oleh orang ramai akan membolehkannya mendapatkan rawatan di luar negara.

Rawatan itu dijangka membolehkannya menjalani kehidupan normal.



sumber dari
myMetro


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...