"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut dan siasatan berhubung kejadian masih dijalankan,"katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Maut dihempap kayu
Labels:
Berita
Bidor : Seorang warga emas yang menunggang basikal maut selepas muatan
kayu dari sebuah lori tiba-tiba menghempapnya dalam kejadian di kilometer 65.7
Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini pagi tadi.
Dalam kejadian jam 7.45 pagi, mangsa Tan Lee Meng, 64, dalam perjalanan
dari Tapah menuju ke Sungkai. Ketua Polis Daerah
Tapah, Superintendan Som Sak Dinkeliaw ketika dihubungi mengesahkan kejadian
berkata akibat kejadian itu mangsa meninggal dunia ditempat kejadian selepas
mengalami cedera parah.
Menurutnya, siasatan mendapati apabila tiba ditempat kejadian selepas melalui
jalan selekoh tiba-tiba lori dari arah sama membawa muatan kayu bergegaji
terbalik ke kiri jalan dan menghempap mangsa.
"Mangsa yang
cedera parah maut ditempat kejadian.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut dan siasatan berhubung kejadian masih dijalankan,"katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
sumber dari
myMetro
Read User's Comments(1)
Jutawan soya gigit jari kerugian RM760,000
Labels:
macam macam
Kuala Lumpur: Dijanjikan kemewahan dan bakal bergelar jutawan jika
menjadi pelabur dalam perniagaan kilang memproses air soya dan jus buah-buahan
menyebabkan seorang wanita kerugian RM760,000 apabila wang pelaburannya lesap
dilarikan sepasang suami isteri.
Lebih malang
berpuluh cek yang diterima mangsa, Pang Ping Foong, 47, kononnya sebagai
komisen selepas melabur juga gagal ditunaikan menyebabkan mangsa kini buntu,
tambahan pula wang pelaburan yang dibuat itu adalah hasil simpanan dan pinjaman
daripada saudara-mara.
MANGSA melihat laporan polis yang dibuat.
Difahamkan, mangsa
adalah antara 50 pelabur yang ditipu pasangan suami isteri berusia 44 tahun dan
33 tahun terbabit dengan nilai kerugian keseluruhan dianggarkan mencecah RM3
juta.
Sebelum ini, kilang memproses air soya dan buah-buahan itu beroperasi di Salak Selatan, tetapi ia sudah ditutup, manakala pemiliknya pula lesap serta gagal dikesan.
Sebelum ini, kilang memproses air soya dan buah-buahan itu beroperasi di Salak Selatan, tetapi ia sudah ditutup, manakala pemiliknya pula lesap serta gagal dikesan.
Pang berkata, dia
mengenali pasangan suami isteri berkenaan pada Ogos 2012 selepas diperkenalkan
oleh rakan yang mengajaknya untuk menjadi pelabur dalam syarikat milik pasangan
berkenaan.
sumber dari
myMetro
Anda inginkan kelainan. Rambut ‘petak’ untuk muda
Labels:
macam macam
Taipei: Seorang lelaki pertengahan usia menjadi tumpuan kerana gaya
rambutnya yang berbentuk empat segi tepat.Lelaki yang hanya
dikenali dengan nama keluarganya, Wu, dikatakan berbuat demikian kerana mahu
dilihat muda oleh gadis yang sebelum ini menolak cintanya.
Wu, 54, saintis
makmal perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Taiwan dan berpendapatan
kira-kira TWD70,000 (RM7,507) sebulan, masih bujang.Menurutnya, dia mengenakan gaya rambut itu kerana mahu kelihatan seperti lelaki
berusia 20 atau 30-an tahun dengan harapan gadis yang dulu menolak cintanya
akan terpikat.
Untuk menggayakan
rambut itu bukan mudah.
RAMBUT unik Wu daripada pelbagai sudut.
Wu berkata, dia memerlukan dua botol gel dan menghabiskan dua jam untuk membentuk gaya rambutnya itu dan hanya boleh menyikat sekali setiap 15 hari. Lelaki berkenaan yang menggunakan khidmat kereta api untuk berulang-alik ke tempat kerja, menarik perhatian orang ramai hingga ada yang menggelarnya ‘Lelaki Berkepala Empat Segi.’-Agensi
sumber dari
myMetro
Langgan:
Catatan (Atom)







