Memaparkan catatan dengan label macam macam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label macam macam. Papar semua catatan
16 polis ditahan
Labels:
macam macam
Alor Setar: Enam
belas anggota polis pelbagai pangkat sudah ditahan kerana disyaki terbabit
dalam kegiatan penyeludupan pelarian etnik Rohingya dan warga Bangladesh di
kawasan sempadan Malaysia-Thailand sehingga hari ini.
Penahanan mereka
semua disahkan Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi
Korporat) Datin Asmawati Ahmad ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Menurutnya, empat
anggota polis itu ditahan sendiri Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala 12 lagi
ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Semua yang
ditahan terdiri daripada pelbagai pangkat," katanya.
Ketua Polis Negara,
Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dalam satu kenyataannya berkata, dua
anggota polis berpangkat koperal dan lans koperal ditahan pihaknya selepas
dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan manusia di kawasan sempadan.
"Mereka yang
bertugas di balai polis di kawasan sempadan tanah air dipercayai berperanan
memberi laluan kepada penyeludup untuk menyeludup pelarian dari sempadan
Thailand ke Malaysia," katanya.
Harian Metro hari
ini melaporkan, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi sebagai
berkata, PDRM menahan empat anggota polis kerana disyaki terbabit dalam
sindiket penyeludupan manakala lapan lagi ditahan SPRM.
"Mereka ditahan
ketika operasi pemerdagangan manusia Ops Pintas dari Mac lalu hingga
sekarang," katanya turut memberitahu 43 penyeludup juga ditahan sepanjang
tempoh berkenaan.
sumber dari
Read User's Comments(2)
Isteri diulit Mat Afrika
Labels:
macam macam
Kuala Lumpur: Luluh
hati seorang lelaki sejurus menangkap isterinya sedang bersekedudukan bersama
seorang lelaki ‘Mat Afrika’ di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang di
sini, kelmarin.
Dalam kejadian
kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kontraktor dilapor
menyerbu bilik hotel bersama dua anak saudara dan diiringi anggota polis.
Menurut sumber,
lelaki berusia 50-an itu mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap dan sering
datang ke ibu kota untuk bertemu lelaki warga Nigeria itu.
“Susulan itu lelaki
berusia 50-an terbabit mengatur jerat dengan berpura-pura mahu pergi ke selatan
tanah air atas urusan perniagaan.
“Lelaki itu
bagaimanapun menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum mengekori
isterinya itu yang didapati meninggalkan rumah,” katanya.
Menurutnya, lelaki
terbabit kemudiannya mengekori wanita itu sehingga ke ibu kota.
Sumber itu berkata,
lelaki terbabit yang yakin isterinya mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di
Bukit Bintang, di sini, bergegas ke balai polis berhampiran meminta bantuan
pihak berkuasa untuk melakukan serbuan.
“Telahan lelaki itu
terhadap kecurangan isterinya ternyata tepat apabila serbuan mendapati wanita
itu sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria.
“Malah ketika
ditemui, wanita itu dilapor dalam keadaan tidak berpakaian lengkap,” katanya.
Sehubungan itu,
lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk
tindakan lanjut.
Dalam laporannya,
lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan menegaskan wanita terbabit masih
isterinya.
Sementara itu,
sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut
Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997).
sumber dari
myMetro
Pencuri kereta hisap puting bayi diburu
Labels:
macam macam
Oklahoma City: Polis di bandar raya ini melancarkan operasi
memburu seorang lelaki penghisap puting kerana mencuri kereta.
Suspek yang digelar ‘Binky Bandit’ (gambar) didakwa merompak dan
mencuri kereta minggu lalu.
Rakaman video berhampiran tempat kejadian menunjukkan lelaki itu
menghisap puting.
Walaupun gambar itu agak menggelikan hati, jurucakap Jabatan
Polis Oklahoma City mengingatkan penduduk bahawa lelaki terbabit penjenayah
berbahaya.
Sarjan Jennifer Wardlow berkata, suspek mungkin kelihatan
keanak-anakan tetapi jenayahnya serius.
“Mangsa pertama tidak cedera tetapi mangsa kedua mungkin tidak
bernasib baik,” katanya.
Dalam kejadian minggu lalu, lelaki kulit hitam itu dipercayai
penagih dadah berusia 18 tahun, merompak mangsa dan merampas kunci kereta
sebelum melarikan kenderaan mangsa. - AFP
sumber dari
myMetro
Cacing biak dalam badan peminat sashimi
Labels:
macam macam
Guangzhou: Ia antara
makanan sushi yang paling mahal dan tidak boleh dinafikan memang sedap.
Tetapi minat seorang
lelaki terhadap sashimi hampir membunuhnya selepas cacing pita membiak dalam
tubuhnya.
Pada awalnya, lelaki
warga China itu mengadu kepada doktor dia sakit perut dan gatal kulit.
Hasil ujian imbasan
mendapati dalam badannya dipenuhi cacing itu akibat terlalu banyak makan
shashimi - kepingan ikan mentah.
Doktor percaya
sebahagian sashimi yang dimakannya itu sudah tercemar.
UJIAN imbasan
mendapati cacing pita membiak di dalam badan lelaki kesan daripada makan
sashimi yang tercemar.
Jangkitan seperti
ini timbul selepas pesakit makan larva diphyllobothrium yang hidup dalam ikan
seperti salmon. Walaupun ikan diperap, ia masih boleh memindahkan cacing ke
pesakit.
Kes seperti ini
sering berlaku di kawasan mundur yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah,
namun ia masih boleh berlaku di negara maju.
Dr Yin dari Hospital
Guangzhou berkata, jangkitan seperti ini mengancam nyawa apabila ia sampai dan
membiak hingga ke otak. - Agensi
sumber dari
myMetro
Penangan cinta minum racun rumpai
Labels:
macam macam
Tampin: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga ditemui tidak
sedarkan diri di belakang sekolahnya dipercayai selepas meminum sejenis racun
rumpai, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa berusia 15
tahun dipercayai meminum racun rumpai di belakang sekolah berkenaan sebelum
rebah.
Menurut sumber, pelajar itu yang dipercayai baru putus cinta
dikatakan gagal mengawal perasaan dan meminum racun yang dibawa ke sekolah
secara diam-diam.
“Selepas minum pagi di sebuah warung berdekatan, mangsa terus
menuju ke belakang bangunan sekolah dan mengeluarkan botol racun daripada beg
lalu meminumnya sebelum dia rebah dalam keadaan mulut berbuih.
MANGSA tidak sedarkan diri selepas dipercayai minum racun dirawat di Hospital Tampin.
“Pelajar itu bagaimanapun bernasib baik kerana ditemui rakan
yang terus memaklumkan kepada pihak sekolah sebelum dia dikejarkan ke hospital
untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
MANGSA tidak sedarkan diri selepas dipercayai minum racun
dirawat di Hospital Tampin
Remaja Perempuan China kemaruk tayang ketiak berbulu
Labels:
macam macam
Beijing: Kegilaan terbaru melanda ramai wanita China apabila mereka
berlumba-lumba menayangkan ketiak selekeh dan berbulu kerana tidak dicukur.
Gambar ketiak
masing-masing kini dilaporkan memenuhi laman sesawang Weibo yang berfungsi
seperti Twitter di China bagi menyahut cabaran untuk peraduan selfie bulu
ketiak terbaik.
Peraduan yang
diumumkan melalui Internet pada 17 Julai lalu itu berjaya menarik lebih 28.5
juta orang yang mula menyumbang ribuan gambar dalam tempoh hanya lima hari.
Penganjur peraduan Gadis Yang Tidak Mencukur Bulu Ketiak itu berkata, ia bertujuan mewujudkan sikap positif di kalangan wanita terhadap persepsi kecantikan di mata masyarakat.“Wanita perlu mempunyai keyakinan diri sama ada anda bercukur atau tidak,” katanya di laman sesawang itu.
Walaupun peraduan tidak menawarkan sebarang hadiah berakhir pada 22 Julai lalu, namun ramai wanita daripada terus memuat naik gambar ketiak mereka dengan hashtag berkenaan.
Sebelum ini ada negara lain menggalakkan wanita berkongsi gambar bulu ketiak, bulu kaki dan sebagainya. - Agensi
sumber dari
myMetro
Lembu ‘sumpit’ dalam kereta
Labels:
macam macam
Pasir Puteh: Tiga sahabat termasuk seorang remaja perempuan berusia 16
tahun yang terbabit dalam sindiket mencuri lembu dengan menggunakan sumpit
sebagai senjata pelali diberkas dalam serbuan di Kampung Lot 23, Cherang Ruku,
di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam serbuan jam
5.30 pagi itu, dua lelaki berusia 25 dan 29 tahun berasal dari Jengka, Pahang
ditangkap bersama remaja bawah umur itu ketika baru tiba di pekarangan rumah
berkenaan selepas selesai mencuri empat lembu di Kuala Krai.
Ketua Polis Daerah
Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, intipan dilakukan selama
setengah jam di rumah berkenaan sebelum Proton Iswara dipandu suspek berusia 29
tahun bersama remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu tiba di rumah
berkenaan.
DUA lembu ditemui dalam keadaan
terikat yang dalam keadaan separuh sedar.
Katanya, sebaik seorang pegawai memperkenalkan diri, suspek cuba melarikan diri dengan terus masuk ke rumah sebelum bersembunyi di sebalik almari, namun dapat diberkas.
“Hasil pemeriksaan
lanjut, dua lembu ditemui dalam keadaan terikat yang dalam keadaan separuh
sedar akibat disumpit ubat pelali terperosok di tempat duduk belakang.
sumber dari
myMetro
Ramai berebut kutip ikan ‘babi’.
Labels:
macam macam
Ipoh: “Saya nampak ribuan ikan patin di sekitar kawasan dalam dan luar
kolam itu sebaik kolam berkenaan pecah dan ketika kejadian berlaku, ramai orang
berebut-rebut mengutip ikan itu termasuk masyarakat beragama Islam,” kata
Mohamad Khirul Adnan Hamid, 26, individu yang memuat naik maklumat serta gambar
yang menampakkan tulang haiwan dipercayai babi di laman blog peribadinya dalam
kejadian kolam ikan patin pecah di Lahat, di sini, Ahad lalu.
Menurutnya, dia
mendapat maklumat mengenai kerosakan paip pecah yang menyebabkan air melimpah
hingga tebing kolam terbabit runtuh kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu, selepas
dimaklumkan oleh seorang rakannya.Katanya, ketika
kejadian, orang ramai dilihat mengerumuni kolam itu selepas kesemua ikan
ternakan mula kelihatan di luar dan permukaan dasar kolam.
“Saya difahamkan saliran kolam itu mengalami masalah sehingga menyebabkan air di situ susut hingga menampakkan permukaan dasar tanah. Akibatnya, kesemua ikan di dalam kolam itu jelas kelihatan sekali gus menjadi tumpuan orang ramai.
“Malah, satu saluran
turut pecah menyebabkan sebahagian ikan di situ berlambak ke luar kolam,”
katanya.
Menurutnya, ketika di tempat kejadian, dia juga sempat menasihatkan orang awam khususnya yang beragama Islam supaya tidak mengambil ikan patin itu untuk makan kerana berdasarkan pemerhatiannya, rangka tulang haiwan yang bersepah di dasar kolam itu dipercayai rangka babi.
NORAISHAH (tiga
dari kanan) bersama empat pegawainya meninjau kolam ikan patin berhampiran
kawasan Lahat selepas dipercayai menggunakan babi sebagai makanan ikan.
SEBAHAGIAN
serpihan tulang khinzir yang dijumpai di dasar kolam.
sumber dari
myMetro
Guru Dah Macam Samseng.
Labels:
macam macam
Kuala Lumpur: Umpama
hilang akal apabila guru lelaki yang mengajar murid Pendidikan Khas di Sekolah
Kebangsaan Bandar Mentakab, Pahang, naik angin terhadap anak muridnya hanya
kerana mahu melihat tugasan melukis yang diberikan kepada mereka.
Video kini tersebar
di laman sosial Facebook (FB) itu menunjukkan guru terbabit sedang memarahi
anak muridnya dengan suara menengking sambil diperhatikan guru lain yang berada
berhampirannya."Cakaplah mana
lukisan itu...mana...aku nak tengok!!!...melukis tak nak, keluar! sini
melukis," kata guru itu menerusi paparan video yang menarik perhatian
lebih 9,000 pengguna FB, sehingga tengah hari ini.
Dalam video
berdurasi dua minit 15 saat itu, guru terbabit dipercayai turut menengking dan
cuba mengasari guru besar sekolah berkenaan yang cuba menegur sikapnya.Namun, guru lelaki
itu terus berkata sesuatu yang kurang jelas seakan cuba melakukan provokasi
terhadap guru besar dan hanya terdapat ungkapan 'pengecut' daripada guru lelaki
terbabit.
Video yang
dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit itu mengundang kemarahan pengguna
FB yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan
mengambil tindakan sewajarnya."Macam ni
perangai pendidik...cakap terjerit-pekit...sepatutnya tunjukkanlah sikap yang
baik di depan murid ni tak perangai buruk yang dipamerkan, memalukan kaum
pendidik saja," luah seorang pengguna dikenali sebagai Hamid Yahya.
Seorang lagi pengguna
FB dikenali sebagai Daniel Shahputra berkata, video memaparkan sikap dan
tindakan guru itu perlu di bawa kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut."Paparan video
ini menjadi bukti... guru ini perlu dibantu... andai tidak, boleh membahayakan
keselamatan pelajar dan pihak sekolah," katanya.
Sementara itu,
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang, Rosdi Ismail berkata sudah
maklum mengenai perkara berkenaan dan sedang melakukan siasatan.“Pihak kami sudah
menerima laporan mengenai tindakan guru terbabit dan kami sedang menyiasat sama
ada insiden itu benar-benar berlaku atau sebaliknya.
"Jika laporan
yang kami terima mengesahkan guru berkenaan bertindak kasar terhadap murid dan
guru besar sekolah itu seperti didakwa dalam video berkenaan, kami akan
mengambil tindakan tatatertib yang bersesuaian terhadap guru itu," katanya
ketika dihubungi, di sini, semalam.Katanya, segala
keputusan untuk mengambil tindakan kami pertimbangkan selepas mendapat
keputusan pihak jawatankuasa tatatertib bagi tindakan selanjutnya.
"Sehingga ini,
kami turut memberi perhatian sepenuhnya terhadap semua pihak yang terbabit
termasuk kakitangan dan murid sekolah berkenaan,” katanya.
sumber dari
myMetro
Bikin Gempar Pelajar 15 tahun cuba bunuh diri
Labels:
macam macam
Marudi: Suasana di
perkarangan sebuah sekolah menengah di sini, kecoh apabila seorang pelajar
perempuan berusia 15 tahun secara tiba-tiba berdiri atas beranda bangunan
sekolah tiga tingkat dalam cubaan membunuh diri di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku pada
kira-kira jam 6 petang apabila pelajar tingkatan tiga itu dikatakan nekad mahu
terjun selepas dipercayai mengalami masalah dengan keluarga angkatnya.Sumber
berkata, kejadian disedari seorang guru lelaki sebelum bertindak menghubungi
polis.
“Walaupun beberapa
kali dipujuk namun pelajar terbabit tidak mempedulikan sebaliknya menyatakan
hasrat untuk terjun.“Pihak sekolah tiada pilihan terpaksa menghubungi pasukan
keselamatan bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku.
sumber dari
myMetro
Kembar Siam Tak sabar cipta rekod
Labels:
macam macam
Beavercreek (Ohio): Pasangan kembar siam dari
Ohio kini menghitung hari untuk dinobatkan sebagai pasangan kembar siam yang
hidup paling lama.Donnie dan Ronnie Galyon akan berusia 62 tahun, lapan bulan
dan tujuh hari pada hari ini, sekali gus mengatasi usia Eng dan Chang Bunker,
kembar siam terkenal abad ke-19.
Adik
pasangan itu, Jim Galyon berkata, kedua-dua abangnya sering bercakap mengenai perkara
itu.Dia sudah merancang untuk mengadakan sambutan paling meriah untuk meraikan
kejayaan abangnya itu.
“Mereka
sudah sekian lama menghitung hari, termasuk menanda kalendar, untuk meraikan
saat bersejarah ini,” katanya ketika ditemui.Menurutnya,
apa yang mereka inginkan ialah pengiktirafan daripada Buku Rekod Dunia Guinness
dan segala-galanya akan menjadi kenyataan pada bulan Oktober depan apabila
mereka berusia 63 tahun, mengatasi rekod pasangan kembar siam yang berasal dari
Itali, Giacomo and Giovanni Battista Tocci.
Ronnie
ketika ditemu bual pemberita baru-baru ini berkata, sudah menjadi impian mereka
sejak kecil lagi untuk mengatasi rekod berkenaan di samping tidak sabar untuk
melihatnya menjadi realiti.Kembar berkenaan yang bercantum pada bahagian badan
kini tinggal bersama adiknya Jim dan isteri di Beavercreek.
Pasangan
berkenaan menjaga kedua-dua abangnya sejak empat tahun lalu.Malah, penduduk
tempatan turut sama membantu mengubah suai kediaman untuk memudahkan kehidupan
keluarga itu.Donnie dan Ronnie pernah menyertai pertunjukan sarkas sebelum
bersara pada 1991 dan kini banyak menghabiskan masa di atas katil khas.- Agensi
PASANGAN
kembar siam yang berusia 62 tahun berjalan untuk mengambil air minuman.
DONNIE
(kiri) dan Ronnie Galyon duduk di atas kerusi khas di kediaman mereka di
Beavercreek, Ohio.
sumber dari
myMetro
Kafe pontianak. Ada berani nak pergi?
Labels:
macam macam
Liaoning: Serangan pontianak kini menular ke China! Kali ini membabitkan
kegilaan yang dibawa sebuah kafe di bandar Benxi yang mengenengahkan tema ala
pontianak yang di inspirasikan daripada siri drama ‘The Vampire Diaries’.
Pengunjung kafe ini
berpeluang memuaskan ‘ketagihan darah’ mereka dengan minuman yang mempunyai
warna seakan darah dan lebih ironi lagi ia disajikan dalam beg darah.Menurut laporan
media, pelayan di kafe berkenaan berpakaian seperti doktor dan jururawat dalam
menyajikan minuman berwarna merah seperti wain merah, kola ceri dan jus anggur
hitam di dalam yang direka menyerupai beg darah.
Ia disajikan di dalam bilik dengan dinding batu-bata menyerupai bilik bawah tanah yang dihuni drakula, lengkap dengan sebuah keranda, buku dan muzik berkaitan pontianak bagi menaikkan suasana di kafe berkenaan.Minuman seperti kopi, air mineral dan jus buah yang mempunyai warna lain akan dimasukkan pewarna merah sebelum disajikan bersama beg khas berkenaan.
Setiap beg berkenaan juga ditandakan dengan empat kumpulan darah, membolehkan
pelanggan memeriksa ‘jenis darah’ mereka.Pembukaan kafe dengan tema pelik itu mendapat sambutan hangat dalam kalangan
pengunjung.-Agensi
PELAYAN kafe berpakaian seperti
doktor dan jururawat ketika menghidangkan minuman kepada pelanggan.
PELANGGAN teruja menikmati ‘darah’
yang disajikan.
SETIAP minuman disajikan dalam
bungkusan yang direka menyerupai beg darah.
sumber dari
myMetro
Gila Cekik mati suami kekasih
Labels:
macam macam
Sabak Bernam:
Seorang lelaki sanggup membunuh suami kenalan wanitanya semata-mata selepas
hubungannya dengan isteri mangsa terbongkar.Malah, mayat mangsa yang dibunuh
dengan cara dicekik itu dibuang ke dalam parit cetek di Jalan Haji Omar,
Kampung Banting, di sini 23 Jun lalu.
Mayat mangsa ditemui
anaknya sendiri yang kebetulan melalui jalan berkenaan untuk ke kedai, jam 8.30
pagi keesokan harinya.Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar
Mohamad berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 44 tahun keluar dari
rumahnya kira-kira jam 9 malam dipercayai untuk berjumpa suspek yang menjalin
hubungan sulit dengan isterinya.
NOOR Mushar (dua dari kanan) menunjukkan kereta dipercayai tempat mangsa dicekik sampai mati.
Menurutnya, mangsa
yang bekerja sebagai juruelektrik menaiki kereta suspek yang berusia 41 tahun
dan dipandu seorang lelaki lain ke satu lokasi yang tidak diketahui.
sumber dari
myMetro
Jutawan soya gigit jari kerugian RM760,000
Labels:
macam macam
Kuala Lumpur: Dijanjikan kemewahan dan bakal bergelar jutawan jika
menjadi pelabur dalam perniagaan kilang memproses air soya dan jus buah-buahan
menyebabkan seorang wanita kerugian RM760,000 apabila wang pelaburannya lesap
dilarikan sepasang suami isteri.
Lebih malang
berpuluh cek yang diterima mangsa, Pang Ping Foong, 47, kononnya sebagai
komisen selepas melabur juga gagal ditunaikan menyebabkan mangsa kini buntu,
tambahan pula wang pelaburan yang dibuat itu adalah hasil simpanan dan pinjaman
daripada saudara-mara.
MANGSA melihat laporan polis yang dibuat.
Difahamkan, mangsa
adalah antara 50 pelabur yang ditipu pasangan suami isteri berusia 44 tahun dan
33 tahun terbabit dengan nilai kerugian keseluruhan dianggarkan mencecah RM3
juta.
Sebelum ini, kilang memproses air soya dan buah-buahan itu beroperasi di Salak Selatan, tetapi ia sudah ditutup, manakala pemiliknya pula lesap serta gagal dikesan.
Sebelum ini, kilang memproses air soya dan buah-buahan itu beroperasi di Salak Selatan, tetapi ia sudah ditutup, manakala pemiliknya pula lesap serta gagal dikesan.
Pang berkata, dia
mengenali pasangan suami isteri berkenaan pada Ogos 2012 selepas diperkenalkan
oleh rakan yang mengajaknya untuk menjadi pelabur dalam syarikat milik pasangan
berkenaan.
sumber dari
myMetro
Anda inginkan kelainan. Rambut ‘petak’ untuk muda
Labels:
macam macam
Taipei: Seorang lelaki pertengahan usia menjadi tumpuan kerana gaya
rambutnya yang berbentuk empat segi tepat.Lelaki yang hanya
dikenali dengan nama keluarganya, Wu, dikatakan berbuat demikian kerana mahu
dilihat muda oleh gadis yang sebelum ini menolak cintanya.
Wu, 54, saintis
makmal perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Taiwan dan berpendapatan
kira-kira TWD70,000 (RM7,507) sebulan, masih bujang.Menurutnya, dia mengenakan gaya rambut itu kerana mahu kelihatan seperti lelaki
berusia 20 atau 30-an tahun dengan harapan gadis yang dulu menolak cintanya
akan terpikat.
Untuk menggayakan
rambut itu bukan mudah.
RAMBUT unik Wu daripada pelbagai sudut.
Wu berkata, dia memerlukan dua botol gel dan menghabiskan dua jam untuk membentuk gaya rambutnya itu dan hanya boleh menyikat sekali setiap 15 hari. Lelaki berkenaan yang menggunakan khidmat kereta api untuk berulang-alik ke tempat kerja, menarik perhatian orang ramai hingga ada yang menggelarnya ‘Lelaki Berkepala Empat Segi.’-Agensi
sumber dari
myMetro
Ngeri- Gadis Tertusuk batang besi
Labels:
macam macam
Patna (India): Seorang gadis berusia 17 tahun terselamat walaupun selepas
anggota tubuhnya tertusuk besi setelah jatuh dari bumbung sebuah bangunan yang
masih dalam pembinaan.Tiga
batang besi tertusuk menembusi badannya mengakibatkan mangsa cedera teruk.
Dia bagaimanapun
tidak cemas dan terselamat walaupun dengan besi menembusi perut dan pahanya dan
terpaksa menahan sakit selama hampir 12 jam.Lovely yang berasal dari kampung
Basantpur di daerah Saran mengalami kemalangan itu selepas jatuh pada tiang
simen ketika hendak tidur.
TIGA batang besi menusuk badan Lovely.
Kejadian dikatakan
berlaku ketika ramai tetamu berada di rumahnya kerana menghadiri satu majlis
perkahwinan.Anggota keluarganya memotong batang besi berkenaan dan membawa
mangsa ke Hospital Ruban di Patna.
Pakar bedah berjaya mengeluarkan besi dari badan mangsa selepas pembedahan selama lima jam. Keadaan Lovely kini dilapor stabil.“Kami berjaya menyelamatkannya kerana dia menunjukkan keberaniannya dan tidak sedikitpun cemas. Ia sangat menakjubkan,” kata Dr KN Sinha.
Menurut doktor berkenaan, sebelum diselamatkan, mangsa dalam keadaan serius.“Dia selamat kerana keberaniannya. Ramai pesakit lain akan panik,” tambahnya.-Agensi
Pakar bedah berjaya mengeluarkan besi dari badan mangsa selepas pembedahan selama lima jam. Keadaan Lovely kini dilapor stabil.“Kami berjaya menyelamatkannya kerana dia menunjukkan keberaniannya dan tidak sedikitpun cemas. Ia sangat menakjubkan,” kata Dr KN Sinha.
Menurut doktor berkenaan, sebelum diselamatkan, mangsa dalam keadaan serius.“Dia selamat kerana keberaniannya. Ramai pesakit lain akan panik,” tambahnya.-Agensi
sumber dari
myMetro
http://www.hmetro.com.my/
Dah tua tapi Miang tak sedar diri
Labels:
macam macam
Apalah nak jadi dengan dunia sekarang..Budak-budak pun dijadikan mangsa pemuas nafsu. Tiada kebebasan untuk budak-budak sekarang.
Slim River : Seorang pelajar perempuan berusia sembilan tahun menempuh
detik cemas apabila diculik disebuah stesen bas sebelum dicabul di kawasan
kubur Cina Jalan Slim Lama, di sini, oleh seorang lelaki dalam kejadian petang
semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu mangsa yang berada seorang
diri berhampiran stesen bas itu didekati suspek berusia 57 tahun lalu
berpura-pura bertanya kepada mangsa sama ada mahu membeli buku, sebelum
mengajak kanak-kanak itu menaiki keretanya.
KENDERAAN dipercayai milik suspek yang ditahan polis.
Suspek kemudian
memberhentikan kenderaannya berhampiran kawasan kubur berkenaan lalu cuba
pegang dan cium mangsa sebelum meninggalkannya.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nayan berkata, mangsa dijumpai oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nayan berkata, mangsa dijumpai oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan.
Menurutnya, mangsa
ditemui dalam keadaan ketakutan dibawa oleh orang awam ke Balai Polis Slim
River untuk tindakan lanjut.
"Bapa mangsa yang dimaklumkan mengenai kejadian oleh seorang lagi anak perempuannya yang melihat mangsa menaiki kereta suspek bertindak melaporkan kejadian di Balai Polis Slim River.
"Berikutan kejadian, suspek yang disyaki memandu sebuah kereta Proton Wira Aeroback terbabit berjaya dikesan dan ditahan dalam satu sekatan polis kira-kira jam 3 petang," katanya.
Menurutnya suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan 354 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan mencabul.
Sumber dari
myMetro
Jerung gergaji sesat ke Sibu
Labels:
macam macam
Sibu: Sekumpulan nelayan dari Pulau Bruit gempar dengan penemuan seekor
jerung gergaji seberat 300 kilogram ketika memukat ikan di sekitar pesisir
pantai pulau berkenaan, kelmarin.
PENDUDUK membantu menunda jerung gergaji ke pantai untuk dilepaskan.
Ikan sepanjang lima
meter itu ditemui seorang nelayan Azmi Muji, 27, bersama dua rakannya pada jam
6 petang kira-kira tiga batu nautika dari kawasan pantai. Azmi berkata, dalam
kejadian petang itu, bot kecil yang mereka naiki bergoyang kuat berbanding
biasa seolah-olah dilanggar objek besar.
Katanya, selepas membuat pemeriksaan, dia terkejut apabila mendapati seekor jerung gergaji tersangkut pada pukatnya.“Saya panik melihat cahaya bersinar pada pukat dengan bahagian kepala ikan itu amat besar dan kelihatan seperti gergaji.
“Jerung itu masih hidup dan saiznya terlalu besar tetapi dalam keadaan lemah. Kami cuba menaikkannya ke dalam bot tetapi gagal,” katanya, semalam. Menurutnya, selepas usaha menaikkan jerung berkenaan gagal, dia kembali ke darat dan meminta bantuan penduduk untuk melepaskan jerung itu daripada pukatnya.
“Saya tiada pilihan selain terpaksa menghubungi penduduk kampung bagi membantu menunda jerung berkenaan ke pantai. “Kami mengambil masa lebih dua jam untuk menarik ikan berkenaan ke pantai Bruit,” katanya.
Jerung gergaji (sawsharks) atau nama saintifiknya Pristiophoriformes adalah spesies jerung di perairan laut dalam tidak kurang dari 40 meter dan hanya boleh ditemui di perairan Jepun, Afrika dan Australia.
sumber dari
myMetro
Panda oh Panda, Nama Baru Telah diberi..
Labels:
macam macam
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan Xing Xing, yang bermaksud
makmur dan Liang Liang yang bermakna cantik, sebagai nama tempatan bagi panda
gergasi jantan Fu Wa dan betina Feng Yi yang dipinjamkan oleh China.
Perdana Menteri berkata, nama itu dipilih berdasarkan ‘Pertandingan
Menamakan Pasangan Giant Panda’ anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar pada 2012.
“Kita tahu pasangan
panda gergasi ini ada nama China tapi kita cadang memberi nama Malaysia
terutama bila mereka akan berada di sini untuk tempoh 10 tahun akan datang.
“Saya harap pasangan panda ini tidak keliru sebab mereka sekarang ada dua nama iaitu nama China dan nama Malaysia,” seloroh Najib ketika berucap merasmikan Pusat Konservasi Panda Gergasi dan sambutan ulang tahun ke-50 Zoo Negara di Hulu Klang, dekat sini, semalam.
“Saya harap pasangan panda ini tidak keliru sebab mereka sekarang ada dua nama iaitu nama China dan nama Malaysia,” seloroh Najib ketika berucap merasmikan Pusat Konservasi Panda Gergasi dan sambutan ulang tahun ke-50 Zoo Negara di Hulu Klang, dekat sini, semalam.
urut hadir,
isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Menurutnya, pasangan panda itu perlu diberi dengan nama yang lebih menggambarkan identiti tempatan bagi menarik minat orang ramai menyaksikan haiwan itu dan mengunjungi Zoo Negara.
PANDA betina, Liang Liang.
NAJIB melihat Rosmah memberi makan kepada panda jantan, Xing Xing.
Pasangan panda gergasi yang menjadi simbol hubungan diplomatik 40 tahun antara Malaysia dan China itu tiba di negara ini pada 21 Mei lalu dan akan berada di sini untuk sedekad menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.
Melalui program perjanjian ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.
Kedua-dua haiwan masing-masing berusia tujuh tahun itu dikuarantin kira-kira sebulan di tempat khas yang siap dibina di Zoo Negara.
Najib menarik perhatian bahawa projek konservasi panda itu adalah kerjasama dua hala antara Malaysia dan China dan ia merupakan penghormatan buat Malaysia selain mencerminkan hubungan erat kedua-dua negara.
“Saya difahamkan sehingga kini, China menghantar hanya 23 ekor panda ke 14 buah negara sahaja. Justeru, sudah pasti penghantaran ini menjadi simbol persahabatan yang kukuh bagi kedua-dua negara sejak zaman dahulu lagi,” katanya.
Mengenai pembinaan pusat konservasi panda gergasi itu yang menelan belanja RM25 juta, Najib berkata, ia wajar memandangkan jumlah perdagangan antara Malaysia dan China yang berjumlah AS$200 juta pada 1974 meningkat kepada lebih AS$106 bilion tahun lalu.
sumber dari
myMetro
Wanita Di Rogol dan Digantung Pada Pokok
Labels:
macam macam
Islamabad: Seorang wanita dirogol secara bergilir-gilir, dibunuh dan
mayatnya digantung pada pokok, dalam satu kes yang hampir sama dengan kejadian
pemerkosaan dan pembunuhan dua gadis di India bulan lalu.
Polis di Pakistan
berkata, Muzammil Bibi, 21, diserang tiga lelaki di sebuah ladang di kawasan
Layyah di wilayah Punjab.
Seorang daripada
mereka, teman lelakinya yang dikenalinya enam bulan lalu Muhammad Saqib,
mengaku merogol dan membunuhnya.
Saqib dikatakan cuba memaksa Muzammil, anak pasangan suami isteri yang buta, melakukan seks dengan dua rakannya.
Saqib dikatakan cuba memaksa Muzammil, anak pasangan suami isteri yang buta, melakukan seks dengan dua rakannya.
Menurut polis,
apabila mangsa enggan, mereka bergaduh.
Kejadian dikatakan berlaku Khamis lalu, tetapi dilapor kepada polis keesokannya selepas penduduk tempatan menemui mayat mangsa tergantung pada pokok.
Jurucakap polis, Ghazi Salahudin berkata, Muzammil, anak sulung daripada lapan beradik digantung selepas diperkosa supaya dia dilihat seperti membunuh diri.
Menurut polis, Saqib berkenalan dengan mangsa enam bulan lalu selepas mengunjungi rumahnya selaku pembantu pemborong sayur.
Sehari sebelum pembunuhan itu, Saqib membawa Muzammil ke kedai tempat dia bekerja.
Dia membawanya ke atas loteng bangunan kedai itu, tempat dua rakannya menunggu.
Apabila Saqib memujuknya supaya mengadakan seks dengan ketiga-tiga mereka, Muzammil melawan.
Mangsa kemudian dirogol secara bergilir-gilir sebelum dibunuh.
Dalam kejadian serupa di utara India bulan lalu, dua gadis berusia belasan tahun ditemui tergantung pada sebatang pokok selepas dirogol secara bergilir-gilir.
Tiga lelaki ditangkap sementara dua anggota polis ditahan kerana cuba menyembunyikan jenayah itu. - Agensi
Langgan:
Catatan (Atom)







