Buang sumbangan untuk mangsa banjir
Labels:
banjir 2014
TIMBUNAN pakaian yang didakwa dibuang di
sebuah taman perumahan Pantai Dalam
Kuala Lumpur:
Penduduk sebuah taman perumahan di Pantai Dalam di sini, kesal dengan tindakan
satu organisasi yang bertindak membuang pakaian disumbangkan orang ramai kepada
mangsa banjir.
Penduduk mendakwa
hampir semua pakaian yang boleh memuatkan sebuah lori itu dibuang di kawasan
pembuangan sampah taman perumahan berkenaan.
Seorang penduduk
yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 38, berkata, mereka sangat kecewa dengan
tindakan organisasi itu yang tidak menghargai usaha murni penduduk.
Menurutnya, mereka
berusaha mendapatkan penjelasan pihak organisasi itu, namun jawapan diberikan
agak mengelirukan.
“Pihak pengurusan sumbangan
itu mendakwa semua pakaian yang dibuang itu sudah koyak dan tidak sesuai
dihantar ke pusat banjir.
“Namun, apabila
diperiksa, semua baju itu masih elok dan bersih tanpa sebarang kesan koyak
ataupun rosak. Kami sangat kecewa atas tindakan pelik itu,” katanya ketika
ditemui, semalam.
Menurutnya, mereka
bersimpati dengan keadaan dialami mangsa di negeri dilanda musibah banjir yang
kebanyakannya tinggal sehelai sepinggang.
“Ramai penduduk yang
menghantar pakaian, barangan makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir
atas rasa simpati mendalam.
“Tetapi, tindakan
mereka ini seolah-olah tidak berperikemanusiaan terhadap insan yang sangat
memerlukan sumbangan itu,” katanya lagi.
Seorang lagi
penduduk Ayu, 41, berkata, beberapa pekerja daripada badan organisasi itu
dilihat mengutip semula pakaian yang dibuang sebelum ini selepas penduduk
melahirkan rasa tidak puas hati.
Menurutnya, penduduk
risau sekiranya baju itu sebaliknya akan dibuang di lokasi lain.
“Kita memberi
sumbangan secara ikhlas dan diharap apa yang diberikan itu sampai kepada orang
yang memerlukan,” tegasnya.
sumber dari
myMetro
-
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
ada juga terbaca... sedihkan...
boleh pula mcm tu..sedih betul..
Catat Ulasan