Tinggal sekejap balik terbakar
Labels:
Berita
ORANG ramai
melihat melihat keadaan dua bas persiaran yang terbakar petang semalam.
Alor Setar: Dua bas
persiaran yang diletak di tepi Jalan Lencong Barat, Mergong, di sini, menunggu
dibaiki sebuah bengkel, musnah terbakar, yang dipercayai berpunca daripada
kebakaran alat pemotong besi yang ditinggalkan dalam salah satu bas berkenaan,
kelmarin.
Pemilik bengkel yang
mahu dikenali sebagai Ah Chuan, 40-an, berkata ketika kejadian jam 6.30 petang
itu, dia dalam perjalanan pulang ke bengkelnya yang terletak kira-kira 50 meter
dari lokasi kejadian untuk mengambil air bagi menurunkan suhu alat pemotong besi.
Bagaimanapun,
apabila kembali ke bengkel, dia mendapati kedua-dua kenderaan berkenaan sedang
terbakar lalu menghubungi bomba selepas gagal memadamkan api menggunakan alat
pemadam di bengkelnya.
“Saya mendapat
arahan daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) supaya mengalihkan kedua-dua
bas kerana jalan berkenaan akan dibaik pulih.
“Bagi memudahkan
kerja mengalih, saya mahu memotong semua kerusi di dalam bas dua tingkat yang
uzur sejak tiga bulan lalu untuk dijadikan alat ganti sebelum dialihkan, manakala
sebuah lagi bas dihantar pelanggan Sabtu lalu untuk pemeriksaan,” katanya.
Sumber dari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan