RSS
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Resepi Tart Telur Terlajak Senang....


Hai uolls sape suke makan tart telur..kite geng..biasa iolls beli je kat kedai..sebab pikir macam remeh je nak buat..tapi xpuas makan..so hasil carian en google maka, terjadilah kejadian membuat tart telur..tak susah rupanya..yang penting sekali kena rajin...so yang mane2 nak resepi boleh tengok kat bawah...mudah, senang and sedap...


Bahan-bahan Shell

    1.    250gm Tepung Gandum ( *2 cawan + ½ cawan)
    2.    125 gm Butter (* 2 cawan)
    3.    55 gm Gula Icing (*separuh cawan)
    4.    1 biji telur, dipukul sikit
    5.    ½ tsp Esen vanilla

Cara-cara buat Shell

    1.    Pukul mentega dan gula. Tapi tak perlu pukul lama sangat
    2.    Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi
    3.    Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli.
    4.    Uli hingga menjadi doh yang lembut
    5.    Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastic bag dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
    6.    Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
    7.    Bakar pada suhu 170c selama 20 minit atau sehingga ¾ masak

Filling Tart Telur

    1.    1 cawan susu cair
    2.    4 biji telur
    3.    1 cawan gula
    4.    1 cawan air
    5.    1 sudu besar tepung kastard
    6.    ½ sudu kecil esen vanilla
    7.    Pewarna kuning

Cara-cara

    1.    Campur semua bahan dan gaul sebati
    2.    Susun shell atas Loyang
    3.    Masukkan filing memenuhi shell ( jangan sampai melimpah sudah lah yea)
    4.   Bakar 10 minit pada suhu 180c ataupun sehingga filling tu dah tak cair ( jangan sampai shell hangit sudah.hihihi)



 Tadaa…inilah hasilnya…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Puding Roti Karamel


BAHAN-BAHAN

4 KEPING ROTI

1 TIN SUSU CAIR

2 BIJI TELUR

½  CAWAN GULA PASIR

1 SUDU ESEN VANILLA

¼ AIR MASAK


CARA-CARA PENYEDIAAN

LANGKAH 1

1.       Carik-carikkan 4 keping roti hingga menjadi cebisan kecil

2.      Masukkan ½ tin susu cair ke dalam bekas Loyang yang berisi roti putih

3.       Tekan-tekan roti tadi dan biarkan terendam selama lebih kurang 15 minit

LANGKAH 2

1.       Masukkan 3 sudu gula ke dalam bekas Loyang yang diletakkan keatas dapur memasak (guna api sederhana kecil supaya gula tak cepat hangus)..kacau perlahan-lahan sampai cair dan bertukar warna keperangan.

2.      Angkat Loyang ratakan gula dan sejukkan gula tadi.

3.       Masukkan 2 biji , 2 sudu gula pasir, 1 sudu esen vanilla

4.       Roti yang telah siap direndam dan ¼ cawan air masak ke dalam mesin blender dan   blend sampai hancur.

5.       Letakkan Loyang yang berisi gula hangus ke dalam periuk pengukus yang telah siap sedia dipenuhi air.

6.       Tuang bahan yang diblender ke dalam Loyang berisi gula hangus dan kukus selama 30-40 minit.

7.      Dah masak boleh dihidang..sedap di makan sejuk..





inilah hasilnya....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasi Lemak Mudah Dimasak Sedap Dimakan

Assalammualaikum

Hari Isnin lepas Encik Suami request nak makan nasi lemak…So atas permintaan Encik Suami nak buatlah hari Khamis (Hari krismas). Tetapi keadaan tak mengizinkan ditunda kepada hari Sabtu. Kebetulan pulak member2 dia ajak memancing dan Encik Suami pun suruh buat banyak sikit. Untuk bekalan memancing. So mana-mana yang teringin nak masak nasi lemak jom tengok resepi kat bawah..Sonang jer..

Bahan Untuk Nasi:

3 cawan beras (untuk 5 orang makan)
1 kotak santan
3 cawan air
3-4 hirisan halia
2-3 helai daun pandan
1 biji bawang dihiris

Bahan untuk Sambal
10 ulas bawang merah- dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
1 mangkuk cili kering dikisar
1 mangkuk ikan bilis
Segenggam ikan bilis (dikisar bersama cili kering)
3 biji buah keras
Sedikit gula Melaka (nak guna gula biasa pun boleh)
Sedikit air asam jawa
Sedikit belacan (tak nak letak pun tak pe)
Garam
Minyak untuk menumis

Cara masak Nasi Lemak

1         1. Basuh beras beberapa kali. Masukkan santan, air, halia, bawang, dan daun                pandan yang disimpul
2        2.  Masak didalam periuk bertutup. Kalau guna rice cooker, sentiasa tengok dan  kacau supaya nasi masak sekata.          

Cara Masak Sambal
1.    Kisar bawang merah bawang putih , buah keras dan asingkan
2.    Kemudian kisar cili kering bersama segenggam ikan bilis
3.    Panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan buah keras yang dikisar. Goreng sampai naik bau dan warna keperangan. Kemudian masukkan cili kering yang dikisar bersama ikan bilis
4.    Kacau sehingga naik minyak. Kemudian masukkan gula Melaka
5.    Perasakan dengan garam dan air asam jawa.
6.    Masukkan ikan bilis. (saya tak masukkan sebab nak buat sambal tanpa ikan bilis)
7.    Dan sebati, kecilkan api dan mendapat kepekatan yang disukai. Kalau pekat boleh tambah air. Sambal dimasak agak lama untuk mendapat sambal yang sedap dan tahan lama..
8.    Sedia dihidang bersama timun, kacang, telur goreng, atau ayam goreng.
9.    Sedap dimakan panas-panas..



Inilah hasil nya...nyum..nyum...Ikan bilis saya tak letak. Sebab saya dah kisar dengan cili. Tapi yang nak letak, terpulang pada anda.  .selamat mencubal


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayam Goreng Berempah



AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan2
½ ekor ayam saiz besar
1 ½ sudu kecil garam
1 sudu besar penuh gula pasir
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
4 batang serai
1 inci kunyit hidup (boleh ganti 1 sudu kecik serbuk kunyit)
1 sudu besar rempah ketumbar biji
½ sudu besar rempah jintan manis biji
½ sudu kecil rempah jintan putih biji
1 sudu serbuk cili (untuk yang suka rasa pedas)

Cara2 menyediakan.

1. Ayam dipotong beberapa bahagian dan cuci bersih dan toskan
2. Kisar untuk bahan-bahan kisar diatas. Jangan masuk banyak air. Agak2 boleh blend je. Nanti terlebih air tak sedap plak.
3. Perapkan ayam dan semua bahan2 kisar dan bahan2 perasa & gaul sebati.  Perapkan selama 30 minit hingga satu jam.
4. Panaskan minyak untuk menggoreng. Masukkan ayam dan segala dengan bahan rempah.
5. Sambung menggoreng lagi ayam dan masukkan semua rempah2 yang dikisar tadi untuk mendapatkan / menghasilkan serdak yang lebih banyak. 
6. Dah masak, hidangkan bersama serdak2 yang digoreng. Sedap di makan dengan nasi lemak, nasi putih, atau nasi ayam. Memang terangkat lah..hehehehe...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rendang Ayam Mudah



Berlalu lah sudah Ramadhan
Sebulan Berpuasa
Kini Syawal kita Rayakan
Dengan rasa gembira…  
 (ni bukan pantun uolls tapi lagu raya yea..Cam ne raya uolls. Mesti tengah sibuk open house lagi ni . Raya kan sebulan kan..hehhehe. Kat open house biasa uolls cari menu apa..Lemang?Ketupat? Laksa?Rendang? atau tak kisah..Yelah tak  kisah lah menu apa2 kan. Tuan rumah dan jemput, makan je. Rezeki  jangan di tolak..tak gitu..Yang sebenar2 nya saya nak berkongsi resepi rendang yang mudah, senang, dan ringkas gitu..Nak tau ke. Jom baca kat bawah..Tak try tak tau uolls…



Bahan-bahan
1 ekor ayam
4 biji bawang besar (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
4 batang serai (kisar)
15 tangkai cili kering (kalau suka pedas tambah lagi) (kisar)
Sedikit serbuk kunyit
3 sudu kerisik
2 cawan santan/2 kotak santan (200ml)
Daun kunyit
Garam
Gula
1 keping asam keping


Cara-cara memasak
1.    Potong dan bersihkan ayam
2.    Bawang besar, bawang putih, halia, serai, cili kering dikisar.
  3.    Sediakan kuali dan masukkan bahan yang dikisar tadi. Masukkan sedikit serbuk kunyit supaya Nampak kekuningan. Kalau nak letak kunyit hidup pun tak pe. Boleh kisar sekali dengan bahan kisar.
4.     Dah agak kering sedikit masukkan ayam.
       5. Kacau ayam sehingga sebati. Kemudian masukkan santan dan kacau perlahan-lahan
6.    Bila dah kering sedikit masukkan kerisik, asam keping
7.    Perasakan dengan garam dan gula
8.    Dah agak kering dan pecah minyak boleh tutup api.
      9.    Boleh lah di gaul dengan hirisan kecil daun kunyit. Saya suka hiris-hiris sebab nanti bau rendang wangi je. Tak letak pun tak pe..(ikut suka)



Tadaaa..ini lah rupa ayam rendang saya…..Makan ngan nasi je..Kalau nak makan dengan nasi impit ke, ketupat pun boleh…Selamat mencuba…




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Telur Bistik Mudah

Apalah nak masak hari ni yea..masak ayam lah..hmm..jemulah plak asyik ayam je..Ikan lah..dalam peti ais ikan tak beli lah plak..dalam kepala (masak telur pun sodap ni..lama tak makan nasi dengan telur). Tapi bukan telur goreng biasa tau..Telur goreng special sikit. Alah orang panggil telur bistik..Nak tau resepi jom tengok kat bawah. Very the easy uolls. Campak2 je siap.. Tapi campak dalam kuali lah..Jangan campak luar kuali.

Bahan-bahan
2 biji telur(terpulang nak buat berapa. saya makan ngan husben je)
Isi ayam di potong dadu
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 biji cili padi (potong kecil-kecil) (kalau suka pedas boleh tambah)
1 batang carrot (nak letak sayur campur pun tak pe.saya guna apa yang ada je kat umah)
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Sedikit sos tiram
Sedikit minyak untuk menggoreng
Garam, gula.

Cara-cara memasak
1.      Pecahkan telur dan pukul telur.
2.        Panaskan minyak goreng telur. Dah masak angkat letak dalam piring.
3.     Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar, bawang putih. Bila dah garing masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
4.    Masukkan carrot, cili padi dan ayam.
5.    Perasakan dengan garam dan gula sedikit.
6.    Dah masak bolehlah dicurahkan je atas atas telur tadi
7.    Siap dan boleh lah di makan dengan nasi panas.

Senangkan uollls. Tak nak cuba ke..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Nasi Tomato Terlajak Sedap dan Ayam Masak Merah Kebabom


Apa yea nak masak untuk berbuka yea..Pikir punya pikir maka tercetuslah idea untuk memasak nasi tomato. Bahan-bahan tak lah susah mana. Bahan-bahan nya kebanyakan ada kat umah..Masak pun tak susah mana pun. Just simple and sedap uolls..Nak tengok resepi jom tengok kat bawah.

Bahan-bahan untuk 2 orang makan (Sebab saya ngan En Suami je makan..hehehe)
1.   2 cawan beras (dibersihkan)

2.   Butter sikit je dalam 2 sudu besar. Boleh juga guna minyak sapi. Tapi kat umah   saya ada butter je.

3.   Rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, bunga pelaga)

4.   Bawang besar 2 biji, bawang putih 2 biji, halia seinci (hiris nipis-nipis je)

5.   Tomato puri (beli yang kecik je dalam 100g)

6.   Susu sejat 200ml (depends lah nak guna boleh tak nak guna pun boleh)

7.    Stock ayam (saya guna kiub ayam je) dan sedikit garam.



Cara-Cara:

1.   Cairkan butter. Tumis kan rempah tumis. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris dan goreng sampai naik bau.

2.   Kecikkan api, tuang tomato puri. Kacau lagi bagi mesraa....Biarkan mendidih kejap then masukkan beras. Kacau rata dalam 2 minit.

3.   Masukkan susu sejat dan kiub ayam. Kemudian masukkan air 2 cawan. Tapi terpulang beras apa yang korang guna yea. Agak-agak lah yea.

4.   Kemudian perasakan lah dengan garam. Kawal api dan biar beras sampai masak.

5.   Dah masak angkat dan hiaslah sesuka hati korang. Nak letak bawang goreng pun boleh. Memandangkan stock bawang goreng tak de, so kosong jelah nasi tomato saya.
 
Ok tak lengkapkan kalau nasi tomato tanpa lauk. So saya melengkapkan nasi tomato saya dengan ayam masak merah dengan acar timun. Pergggh...tangkap leleh kawan-kawan. Baru masyuk Uolls...Resepi saya mudah je. Tapi sedap (angkat bakul sendiri..hehehe). Jom tengok resepi nya.


Ayam Masak merah

Bahan-bahan

1.    Ayam 400g

2.    Bawang merah 2 biji, bawang putih 3 biji, 1 inci halia (dikisar)

3.    Cili kering 10 biji  dikisar (masak dulu baru blender. Nak kurangkan pedas)

4.    1 batang serai

5.    Garam

6.    Gula

7.    Minyak untuk mengoreng ayam dan bahan tumisan


Cara-Cara

1.    Basuh ayam dan toskan

2.    Gaulkan dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng ayam ¾ masak. Jangan sampai garing tau. Nanti kurang sedap.

3.    Dah masak ketepikan.

4.    Panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan yang dikisar. Kacau sehingga cili pecah minyak. Jangan sampai hangit tau. Nanti tak sedap. Kemudian masukkan serai.

5.    Perasakan dengan gula dan garam

6.    Kemudian masukkan ayam dan gaul sebati.

7.    Kalau nak cantik boleh lah letak bawang yang dihiris bulat-bulat. Tapi tak letak pun tak pe.

8.    Siap dan boleh dihidang.

Acar Timun

Bahan-bahan

1.    1 biji timun

2.    1 bji carrot

3.    1 biji bawang besar (dihiris)

4.    Garam

5.    Gula

6.    Sedikit cuka

7.    3 biji cili padi (dipotong kecil)
 
Cara-cara

1.    Potong timun dan carrot kecil-kecil memanjang. Nak potong bulat-bulat pun boleh.

2.    Gaulkan bersama bawang, cuka, cili padi dan sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula.

3.    Siap dan sedia dihidang.
 
 Inilah hasil nasi tomato Terlajak Sedap bersama Ayam Masak Merah Kebabom.
 

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RESEPI SEBULAN BERBUKA TAK PAYAH PENING-PENING.


Assalammualaikum...
Ramadhan hampir dekat. Tinggal beberapa hari je lagi untuk kita mengerjakan ibadah puasa. Cam ne dah pikir menu2 nak berbuka puasa. Mesti pening nak pikir pe nak masak. Nak senang pergi je bazar je. Macam-macam juadah tersedia untuk dibeli. Tapi kalau hari-hari ke bazar, ongkos pun boleh kering..tak gitu..Pe kata jenguk-jenguk resepi di bawah, mana tau ada boleh dijadikan list berbuka untuk sebulan. 

RESEPI SEBULAN BERBUKA TAK PAYAH PENING-PENING. 
*nak senang lagi print tampal kat dinding dapur
 
Menu:
1. Ayam Panggang Bermadu
 
2. Udang Masak Serai Wangi
 
3. Ikan Siakap Kukus
 
4. Ikan Masak Berlada
 
5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis
 
6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina
 
7. Pajeri Nenas
 
8. Mee Hailam
 
9. Ketam Bertelur
 
10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
 
11. Nehari (Kari Kambing Kashmir)
 
12. Ikan Tiga Rasa
 
13. Ikan Pari Lemas!!!!
 
14. Tandoori Kurau
 
15. Tom Yam
 
16. Nasi Ayam Hakka
 
17. Mee Rebus
 
18. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
 
19. Ayam Golek Seri Pahang
 
20. Kari Kepala Ikan
 
21. Black Pepper Steak
 
22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
 
23. Asam Pedas Tumis (Melaka)
 
24. Soto Ayam
 
25. Nasi Paprik
 
26. Nasi Dagang
 
27. Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
 
28. Gulai nenas ikan kering orang utara
 
29. Ayam Bercili masak ketumbar
 
30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
________________________________________
Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan:
 
1kg kepak ayam
 
1 senduk besar minyak bijan
 
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi )
 
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)
 
sedikit garam secukup rasa
Cara memasak:
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....
 
atas
________________________________________
Udang Masak Serai Wangi
 
Bahan-bahan:
 
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
 
4 batang serai
 
100 gm cili kering
 
100 gm bawang merah
 
100 gm cili merah
 
70 gm bawang putih
 
70 gm halia muda
 
3 sudu besar pati asam jawa
 
30 gm belacan bakar
 
100 gm pati santan
 
Garam dan gula secukup rasa
 
Cara memasak:
 
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
 
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
 
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
 
4. Masukkan pati santan dan udang.
 
5. Masak hingga naik bau.
 
atas
________________________________________
Ikan Siakap Kukus
 
Bahan-bahan:
 
1 ekor ikan siakap sederhana besar
 
3 sudu besar sos tiram
 
2 susu besar sos cili
 
2 susu besar sos tomato
 
1 sudu gula
 
4cm halia - dimayang
 
3 ulas bawang putih - dimayang
 
3 ulas bawang besar - dimayang
 
3 tangkai daun sup(saderi)
 
1/2 biji limau nipis
 
garam secukup rasa
 
Cara memasak:
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
 
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
 
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
 
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.
 
atas
________________________________________
Ikan Masak Berlada
 
Bahan-bahan:
 
3 ~ 4 ekor ikan sembilang
 
10 biji cili merah - dikisar
 
2 batang serai - dititik
 
1 ulas bawang besar - dimayang kasar
 
2 ulas bawang putih - ditumbuk
 
1 inci halia - ditumbuk
 
air limau kasturi
 
sedikit garam dan gula secukup rasa
 
Cara memasak:
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
 
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
 
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
 
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.
 
atas
________________________________________
Ikan Kerapu Masak Asam Manis
 
Bahan-bahan A:
 
1 ekor ikan kerapu
 
120gram tepung jagung
 
1 biji telur ayam
 
Sedikit minyak
 
(untuk goreng)
 
Garam secukup rasa
 
Bahan-bahan B:
 
5 ulas bawang merah - dikisar
 
5 ulas bawang putih - dikisar
 
3cm halia
 
1 batang serai - dititik
 
1 helai daun pandan
 
3 sudu cili sos
 
1 sudu cili giling
 
Sedikit kunyit hidup
 
3 sudu tomato sos
 
3 cawan air
 
Sedikit cuka masak
 
Garam secukup rasa
 
Cara memasak:
1. Gaulkan bahan-bahan $b!f (ba $b!g (b dan goreng hingga rangup.
 
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.
 
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
 
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
 
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.
Untuk hiasan:
 
Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.
atas
________________________________________
Ayam Masak Cendawan Ala Cina
 
Bahan-bahan:
 
1/2 ekor ayam
 
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
1 inci halia - dihiris
 
1 biji bawang besar - dihiris
 
6 ulas bawang putih - dicincang
 
4 ~ 5 tangkai cili padi
 
Sedikit kicap lemak manis
 
Sedikit sos tiram
 
Cara memasak:
1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
 
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
 
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
 
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
 
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
 
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).
atas
________________________________________
Pajeri Nenas
 
Bahan-bahan:
 
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
 
Sedikit serbuk kunyit
 
4 biji bawang merah ]
 
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang
 
Biji sawi
 
gula sikit
 
garam secukup rasa
 
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
 
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air
 
Cara memasak:
1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit.
 
2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
 
3. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).
atas
________________________________________
Mee Hailam
 
Bahan-bahan:
 
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
 
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
 
rencah ayam/udang/sotong
 
sos tiram
 
garam secukup rasa
 
6 biji cili api
 
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
 
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)
 
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dan cili api.
 
2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
 
3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
 
4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
 
5. Masukkan sayur2 an dan mee.
 
atas
________________________________________
Ketam Bertelur
 
Bahan-bahan:
 
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
 
3 sudu sos tiram
 
3 sudu sos cili
 
3 sudu cili yang dah diblend
 
7 ulas bawang merah
 
1 ulas bawang putih yang agak besar
 
sepotong halia
 
sebiji telur
 
garam
 
sedikit gula
 
sedikit minyak untuk menumis
 
bawang besar
 
Cara memasak:
1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
 
2. Masukkan secawan air
 
3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
 
4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
 
5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul,
 
6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.
 
atas
________________________________________
Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
 
Bahan -bahan:
 
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
 
Sesame oil/Minyak bijan
 
Serbuk lada hitam
 
Fish sauce/Sos ikan
 
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
 
Sos tiram
 
Cara memasak:
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
 
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).
 
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.
 
atas
________________________________________
Nehari (Kari Kambing Kashmir)
 
Bahan-bahan:
 
1 camca besar garam masala
 
4 ulas bawang putih dicincang halus
 
2 cm halia dicincang halus sedikit garam
 
2 camca kecil serbuk cili
 
1 camca besar serbuk ketumbar
 
1/2 camca kecil serbuk buah pala
 
1 camca besar serbuk jintan kasar
 
1 camca besar paparika
 
4 labu bawang besar dihiris nipis
 
1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )
 
150ml Tairu
 
2 camca besar tomato puri
 
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
 
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus
 
2 biji cili hijau dihiris
 
Minyak Vesawit untuk menggoreng
 
Air secukupnya
 
Garam secukup rasa
 
Cara memasak:
1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.
 
2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.
 
3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.
 
atas
________________________________________
Ikan Tiga Rasa
 
Bahan-bahan
 
1 ekor ikan siakap / kerapu
 
sedikit bawang putih (ditumbuk)
 
1 inci halia
 
2 biji tomato (agak masak)
 
6 biji cili merah
 
10 biji cili padi
 
2 sudu sos tiram
 
2 sudu sos cili
 
1 sudu sos tomato
 
sedikit gula, garam
 
bhn utk dikisar
 
Cara memasak:
1. Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan.
 
2. Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar
 
3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air
 
4. Tuang atas ikan
 
atas
________________________________________
Ikan Pari Lemas!!!!
 
Bahan A:
 
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)
 
- di basuh bersih
 
- sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.
 
- letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)
 
Bahan B:
 
5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
 
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus
 
2 batang serai di mayang halus
 
1 helai daun limau purut di koyak empat
 
25 biji cili padi di mayang halus
 
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
 
1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
 
3 sudu besar minyak masak
 
2 sudu besar sos minyak ikan
 
sedikit ajinamoto
 
1/2 sudu kecil garam
 
1/4 sudu kecil gula
 
Bahan C:
 
10 biji limau kasturi
 
Cara memasak:
 
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit
 
atas
________________________________________
Tandoori Kurau
 
Bahan-bahan:
 
3 keping ikan kurau
 
1 biji liamu purut
 
1 sudu besar halia (dicincang halus)
 
2 biji bawang putih (dicincang halus)
 
5 sudu besar yoghurt
 
1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar
 
10 gm jintan halus
 
Setangkai daun ketumbar (dipotong halus)
 
Garam dan lada hitam secukup rasa
 
2 sudu besar minyak sapi
 
Cara:
1. Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk.
 
2. Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam.
 
3. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit.
 
4. Hidangkan bersama roti atau nasi.
 
atas
________________________________________
Tom Yam
 
Bahan-bahan:
 
Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil)
 
Daging - 250 gm (dipotong kecil)
 
Udang - terpulang pada tukang masak
 
Bahan A –
 
Blenderkan Halia
 
3 inci Bawang merah
 
6 ulas Cili api
 
20 biji (seeloknya yg dah masak berwarna merah)
 
Bahan-bahan lain
 
Minyak masak - 1/5 cawan
 
Serai - 6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh
Lobak merah - 2 btg (dipotong)
 
Bunga kubis - 150 gram
 
Putik jagung - 2 bungkus
 
Tomato - 3 biji (potong 4)
 
Bawang besar - 3 biji (potong 4)
 
Daun limau purut - 3 atau 4 helai
 
Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan)
 
Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu
 
Air
 
Garam
 
Bahan perasa - jika berminat
 
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A).
 
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu !
 
4. ditambah, hanya utk menyempokkan daging.
5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu.
 
6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak.
 
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati).
 
8. Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api.
 
9. Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam.....
 
atas
________________________________________
Nasi Ayam Hakka
 
Bahan-bahan:
 
1 ekor ayam segar
 
Kicap cair (Cap Camel)
 
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji
 
Bawang putih 3 biji
 
1 ketul kecil halia
 
Beras 2 tin susu
 
1 sudu besar garam
 
1 sudu kecil Ajinamoto
 
Sedikit lada putih
 
Cara memasak:
1. Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
 
2. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
 
3. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
 
4. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
 
5. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
 
6. Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
 
7. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.
atas
________________________________________
Mee Rebus
 
Bahan-bahan:
 
1 paket mee kuning - celur
 
Bahan sayuran:
 
50 sen Taugeh - celur
 
Sedikit daun sup - hiris nipis
 
Sedikit daun bawang - hiris nipis
 
Bawang goreng
 
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
 
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
 
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
 
Telur rebus - belah dua
 
Bahan-bahan kuah:
 
Sedikit minyak untuk menumis
 
4 sudu cili kering yang di kisar
 
3 biji bawang merah - kisar
 
3 sudu lengkuas yang di kisar
 
4 batang serai dikisar halus
 
2 biji bawang putih - kisar
 
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
 
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
 
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
 
3 sudu gula atau secukup rasa
 
garam secukup rasa
 
Sedikit ajinomoto
 
4 sudu sos tomato
 
Air - agak-agaklah
 
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
 
2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
 
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
 
4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.....
atas
________________________________________
Gulai Tempoyak Ikan Kembung 
Bahan-bahan:
 
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
 
1 ikat taugeh kasar
 
1 cawan tempoyak
 
1 batang serai 10 biji cili padi
 
Serbuk kunyit
 
Garam
 
Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
 
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
 
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
atas
 
________________________________________
Ayam Golek Seri Pahang
 
Bahan-Bahan:
 
1 ekor ayam (dibersihkan)
 
300 gm bawng merah (dikisar halus)
 
5 cm halia (dititik)
 
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur
 
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)
 
Garam dan gula secukup rasa
 
Cara memasak:
1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
 
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.
 
4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman,
 
atas
 
________________________________________
Kari Kepala Ikan
 
Bahan-bahan:
 
1 kg kepala ikan
 
50 gm bawang merah
 
30 gm halia (dikisar)
 
30 gm bawang putih (dikisar)
 
50 gm cili kering (dikisar)
 
50 gm ketumbar
 
40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas
 
10 gm serbuk lada putih
 
40 gm serbuk kunyit
 
1 liter santan kelapa
 
20 gm garam
 
10 biji kacang bendi
 
6 biji terung
 
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.
 
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.
 
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak.
 
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.
atas
 
________________________________________
Black Pepper Steak
 
Bahan-bahan:
 
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
 
5 ulas bawang merah
 
2 ulas bawang putih
 
1/2 inci halia
 
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
 
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
 
1/2 cawan kicap manis
 
1 cawan air
 
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
 
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
 
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
 
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
 
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
 
2 sudu besar minyak masak
 
Cara memasak:
1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
 
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
 
3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
 
4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
 
5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
 
6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
 
7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
8. Siap untuk dihidang.
Tips:
 
Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.
 
atas
________________________________________
Gulai Tempoyak Ikan Kembung
 
Bahan-bahan:
 
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
 
1 ikat taugeh kasar
 
1 cawan tempoyak
 
1 batang serai 10 biji cili padi
 
Serbuk kunyit
 
Garam
 
Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
 
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
 
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
 
atas
________________________________________
Asam Pedas Tumis (Melaka)
 
Bahan-bahan:
 
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang
 
7/8 ulas bawang merah
 
2 ulas bawang putih
 
sebesar ibu jari kaki belacan
 
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
 
air asam jawa
 
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap)
 
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)
 
sedikit halba
 
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
 
garam secukup rasa
 
perasa ajinomoto jika suka.
 
Cara memasak:
1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.
 
2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga.
 
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.
 
5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.
 
6. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik.
 
7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
 
8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
 
9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
 
10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.
 
11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.
Tips :
 
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap...
 
atas
________________________________________
Soto Ayam
 
Bahan A
 
1 ekor ayam di potong ikut suka
 
3 biji bawang besar (potong 4)
 
5 ulas bawang putih (di ketuk je)
 
2 inci halia (di mayang)
 
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah)
 
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)
 
Cara memasak:
1. Semua bahan A nie hendaklah direbus
 
2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.
Bahan B
 
10 bijik bawang merah
 
Cara memasak:
1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat
 
2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu.
 
3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.
Bahan c
 
Daun sup dan daun Bawang
 
Di potong dan masukkan dalam sup tu.
 
Sambal kicap
 
Bahan-bahan:
 
20 bijik cili api
 
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)
2 ulas bawang putih
 
kicap
 
sikit gula
 
Cara:
1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat
 
2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
 
3. Sedia untuk dimakan .
atas
________________________________________
NASI PAPRIK
 
Bahan-bahan:
 
5 pinggan nasi putih panas
 
1/2 kilo isi ayam/daging
 
6 biji cili api, dihiris
 
3 ulas bawang merah, dimayang halus
 
2 ulas bawang putih, dimayang
 
1/2 btg serai dihiris
 
5 sudu sos cili
 
2 sudu sos tomato
 
1 sudu sos tiram
 
3 btg kacang panjang dipotong
 
2 sudu bawang goreng
 
Garam secukup rasa
 
sedikit minyak masak
 
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.
 
2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.
atas
 
________________________________________
Nasi Dagang
 
Bahan-bahan:
 
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
 
2 cawan santan pekat
 
4 cawan santan cair
 
2 sudu besar halba
 
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
 
6 ulas bawang putih, mayang halus
 
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
 
Garam dan gula secukup rasa.
 
Cara memasak:
1. Didihkan air didalam periuk kukusan
 
2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
 
3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
 
4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
 
5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
 
6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
 
7. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang
 
Bahan A
 
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
 
5 keping asam gelugor
 
2 inci halia, ditumbuk kasar
 
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
 
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
 
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
 
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)
 
Bahan B
 
Santan pekat dari satu biji kelapa
 
3 keping asam gelugor
 
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
 
4 ulas bawang putih, ditumbuk
 
1 inci halia, ditumbuk
 
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
 
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
 
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
 
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
 
Garam secukup rasa
 
Minyak untuk menumis
 
Cara memasak:
 
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
 
Pijarkan minyak di dalam periuk
 
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
 
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
 
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
 
Masukkan santan pekat dan asam gelugor
 
Bila mendidih masukkan gula merah
 
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
 
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang
 
Bahan-bahan:
 
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
 
4 sudu makan gula kabung (manisan)
 
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja
 
Cara memasak:
 
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.
 
atas
________________________________________
Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
 
Bahan-bahan:
 
1 kg mee kuning
 
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
 
1 labu bawang putih (diketuk)
 
5 biji bawang merah
 
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
 
½ cawan udang hidup
 
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
 
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
 
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
 
¾ - 1 cawan gula pasir
 
3 - 4 cawan air rebusan daging
 
1 sudu makan sos tiram
 
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
 
Garam secukup rasa
 
Minyak untuk menumis
 
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
 
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
 
NOTE:
 
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
 
Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
 
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
 
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
 
4. Masukkan sos tiram
 
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
 
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
 
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
 
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
 
5. Hidangkan.
atas
________________________________________
Gulai nenas ikan kering orang utara
 
Bahan-bahan:
 
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering
 
1 biji nenas
 
Isi / tulang ikan talang kering
 
Santan
 
garam
 
bawang merah
 
daun kari
 
minyak untuk menumis
 
Cara memasak :
1. Ikan talang direndam.
 
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.
 
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
 
4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.
 
5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
 
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.
7. Siap dan boleh dimakan.
 
atas
________________________________________
Ayam Bercili masak ketumbar
 
Bahan-bahan:
 
1/2 kg ayam
 
Serbuk kunyit gaulkan
 
Sedikit garam
 
6 biji bawang kecil
 
3 ulas bawang putihditumbuk lumat
 
sedikit halia
 
4 sudu besar biji ketumbar
 
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus
 
4 sudu besar cili mesin/cili boh
 
2 asam keping
 
Cara memasak:
1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
 
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya).
 
3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak.
 
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).
 
5. Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan
 
atas
________________________________________
Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
 
Bahan-bahan:
 
1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
 
30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
 
1 inci kunyit hidup
 
2-3 batang serai (dititik)
 
santan (dr sebiji kelapa)
 
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)
Cara memasak:
1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya..
 
2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
 
3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
 
5. Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure)
 
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..
Nota:
 
Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.

sumber dari

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...