RSS

16 polis ditahan

Alor Setar: Enam belas anggota polis pelbagai pangkat sudah ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan pelarian etnik Rohingya dan warga Bangladesh di kawasan sempadan Malaysia-Thailand sehingga hari ini.

Penahanan mereka semua disahkan Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Datin Asmawati Ahmad ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menurutnya, empat anggota polis itu ditahan sendiri Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala 12 lagi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Semua yang ditahan terdiri daripada pelbagai pangkat," katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dalam satu kenyataannya berkata, dua anggota polis berpangkat koperal dan lans koperal ditahan pihaknya selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan manusia di kawasan sempadan.

"Mereka yang bertugas di balai polis di kawasan sempadan tanah air dipercayai berperanan memberi laluan kepada penyeludup untuk menyeludup pelarian dari sempadan Thailand ke Malaysia," katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi sebagai berkata, PDRM menahan empat anggota polis kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan manakala lapan lagi ditahan SPRM.


"Mereka ditahan ketika operasi pemerdagangan manusia Ops Pintas dari Mac lalu hingga sekarang," katanya turut memberitahu 43 penyeludup juga ditahan sepanjang tempoh berkenaan.



sumber dari

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Yana Yani berkata...

salam. ada baca juga pasal ni, menyedihkan betul kan?
anyway, saya membalas kunjungan n done follow sini juga #285
Diari Seorang Mama

Kak Vit berkata...

eish eish,, tatau nak kata apa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...