RSS

Makbul Doa Seorang Ibu



Assalammualaikum

Islam menuntut kita untuk berbuat baik kepada ibu bapa kita. Ia merupakan perintah Allah SWT yang wajib kita tunaikan. Sebagai seorang anak, kita diperintahkan agar sentiasa melakukan kebaikan terhadap mereka seperti bersikap lemah lembut, berbudi bahasa, tidak berlaku kasar dan sentiasa menghargai jasa serta pengorbanan yang telah diberikan. 

Berbalik kepada makbul seorang ibu ni, saya merasakan pengorbanan mak saya dalam kehidupan saya memang tak ternilai harganya. Menjaga saya dari kecil hingga lah dewasa dan Alhamdulillah berjaya melanjutkan pelajaran, walaupun di peringkat Diploma. Mungkin itulah salah satu doanya..

Tahun lepas, Alhamdulillah mak dapat surat untuk mengerjakan Haji. Segala kelengkapan untuk pergi ke Tanah Suci saya dan kakak saya uruskan. Itu yang mampu kami berikan. Sungguh teruja sekali mak saya, bila dapat tahu dapat pergi menjejak kaki ke Tanah Suci.

1 bulan selepas mak balik dari mengerjakan haji, saya berhenti kerja disebabkan tekanan yang tak boleh nak menanggungnye lagi. Itupun selepas saya berbincang dengan suami saya. 2 minggu duduk di rumah pada awalnya memang seronok, tapi lepas tu mulalah bosan. Jadi saya pun cuba tanya kawan2 ada tak kerja kosong. Tapi bukanlah terdesak sangat. 

Satu hari, selepas balik dari pasar malam, husben pergi peti surat. Kemudian dia bagi tahu ada surat untuk saya. Saya pun buka lah. Selepas buka dalam percaya tak percaya, saya di tawarkan pekerjaan dalam kerajaan. orang kate keje gomen. Yelah lebih kurang 5 tahun lepas pergi interview baru sekarang dapat. Perasaan tak tahu lah nak di gambarkan macam mana, suka, gembira, rase nak nangis pun ada. 

Husben pun bagitahu, mungkin doa mak dah termakbul. Dalam diam saya mengucap syukur dan berterima kepada mak saya. Hebatkan doa seorang mak. Selagi mak kita hidup, hargailah dia. Tidak terputus doa seorang ibu selagi nyawa di kandung badan..

Memandangkan begitu banyak jasa dan pengorbanan oleh ibu, maka selayaknyalah ibu diberi penghormatan yang begitu tinggi, ini tepat sekali dengan sabda Nabi Muhammad SAW:

"اَلْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ."

Maksudnya: "Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah seram 3 - Hantu loncat-loncat Lah Pulak




Once upon a time..chewah bahasa omputih plak..Ate bior betol oghang parit cakap omputih..cer cite..cer cite..hehehe..Cam ni cite nye..Ini berlaku dekat arwah mak sedara saya 2 bulan sebelum dia meninggal. Masa tu saya masih di sekolah menengah. Umah arwah sebelah dengan umah saya dan umah dia siap di buat. Electric pun tak masuk lagi tapi dia sekali sekala tido kat umah tuh. Nak di jadikan citer tapak umah tu sebelum tu hutan. Penuh dengan pokok buluh.

Pada suatu malam..jeng..jeng (teruskan membaca kalau anda rasa berani)..arwah duk luar, depan umah sebab panas. Al-maklumlah electrik tak masuk lagi. Cuaca plak memang panas. Tengah duk berkipas-kipas ngan surat kabar kat luar tiba-tiba dia terpandag suatu "benda putih" kat bawah pokok durian depan umah dia. Lingkungan dalam 50 meter. Masa tu arwah gtau, mgkin kain pe yang sangkut. Yelah rabun tak nampak sangat. Dengan tak semena-mena "benda" tu terlompat-lompat..Kalau dah lompat2 ni pe lagi, POCONG lah wei..Cepat2 arwah lari masuk dalam. Nak kunci pintu, xboleh lak plak..Mungkin menggeletar tak boleh nak tutup.

Lepas dua hari kena kacau tu, husben dia panggil someone, ustaz rasenya untuk tengok2 kawasan rumah tuh..Habis je ustaz tu baca doa, ada satu "benda" lari atas atap umah saya dan terus hilang. Bunyi macam nak tercabut atap. Lepas tu tak da lagi kejadian yang macam tuh..

Begitulah cerita nye..agak-agak korang seram tak?..Bagi saya dengar pun berdiri bulu roma...korang ada cerita2 seram,kongsilah dengan saya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa

Assalammualaikum

Jom kita memasak

Bahan Ikan

1. Seekor ikan siakap
2. Minyak masak (untuk goreng ikan)
3. Sedikit tepung jagung (lumur pada ikan)
4. Knorr Pasti Sedap (lumur pada ikan)

Bahan-Bahan untuk Sos

1. 1 tin cube nenas 280g- xkisah brand apa
2. 6 biji bawang merah- di potong dadu
3. 2 biji bawang putih- dicincang halus
4. 8 biji cili padi- dihiris halus
5. 1 biji tomato- dipotong dadu
6. 1 inci halia
7. 2 batang serai
8. 5 sudu besar sos cili
9. 5 sudu besar sos ikan
10. 3 sudu besar sos tomato
11. 2 sudu besar sos tiram
12. Garam secukup rasa
13. Gula secukup rasa
14. Minyak untuk menumis

Bahan Hiasan

Beberapa helai daun purut di hiris halus
Daun Dup/Daun Bawang

Cara memasak (Ikan)

1. Basuh ikan bersih2. Kemudian lumur dengan Knorr Pasti Sedap dan tepung jagung.
2. Panas kan minyak secukupnya di dalam kuali. 
3. Masukkan ikan apabila minyak betul2 panas
4. Angkat dan toskan

Cara memasak (Sos)

1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah,      bawang putih, cili padi, halia, serai.
2. Bila dah naik bau, masukkan air nenas sedikit bersama  nenas.
3. kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos ikan dan  sos tiram
4. Masukkan tomato 
5. Perasakan dengan garam dan gula
6. Dah siap tuangkan kat atas ikan
7. Hiaskan dengan daun limau purut/daun bawang/daun sup

Mudah kan?
Simple kan?
Selalu makan kat kedai je, Sesekali boleh lah masak kat rumah. 
Selamat memasak...


Inilah hasil ikan siakap tiga rasa saya...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...