RSS

Ayam Goreng Berempah



AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan2
½ ekor ayam saiz besar
1 ½ sudu kecil garam
1 sudu besar penuh gula pasir
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
4 batang serai
1 inci kunyit hidup (boleh ganti 1 sudu kecik serbuk kunyit)
1 sudu besar rempah ketumbar biji
½ sudu besar rempah jintan manis biji
½ sudu kecil rempah jintan putih biji
1 sudu serbuk cili (untuk yang suka rasa pedas)

Cara2 menyediakan.

1. Ayam dipotong beberapa bahagian dan cuci bersih dan toskan
2. Kisar untuk bahan-bahan kisar diatas. Jangan masuk banyak air. Agak2 boleh blend je. Nanti terlebih air tak sedap plak.
3. Perapkan ayam dan semua bahan2 kisar dan bahan2 perasa & gaul sebati.  Perapkan selama 30 minit hingga satu jam.
4. Panaskan minyak untuk menggoreng. Masukkan ayam dan segala dengan bahan rempah.
5. Sambung menggoreng lagi ayam dan masukkan semua rempah2 yang dikisar tadi untuk mendapatkan / menghasilkan serdak yang lebih banyak. 
6. Dah masak, hidangkan bersama serdak2 yang digoreng. Sedap di makan dengan nasi lemak, nasi putih, atau nasi ayam. Memang terangkat lah..hehehehe...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat pulang dan tenanglah jenazah mangsa nahas MH17 di bumi Malaysia


Pengesan radar pesawat menunjukkan perjalanan penerbangan MASKargo MH6129  yang membawa 20 jenazah mangsa nahas MH17 pulang ke Malaysia - Twitter

AMSTERDAM:Kepulangan yang telah lama dinantikan. Sebaik sahaja dua pegawai Kedutaan Malaysia dan wakil Malaysia Airlines (MAS) membuat proses pemeriksaan akhir, 20 jenazah mangsa nahas MH17 akhirnya diterbangkan pulang ke tanah air pada 3.40 petang Khamis (9.40 malam waktu Malaysia).

Mereka sepatutnya pulang pada 17 Julai lepas dan tiba pada 18 Julai ke Malaysia, namun tiada siapa menyangka pesawat MH17 itu akan ditembak jatuh.

Penerbangan membawa 298 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.

Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, petugas media Malaysia dan tempatan tiba di sebuah bangunan untuk dibawa menaiki sebuah bas ke terminal kargo yang menempatkan pesawat khas membawa balik 20 jenazah.

Petugas media tiba kira-kira pukul 2 petang dan dibawa menghampiri pesawat khas MAS Boeing 747 itu sebelum pintu pesawat dibuka.

Kelihatan beberapa keranda telah disusun dan difahamkan kesemua 20 jenazah dalam 17 keranda dan tiga bekas abu itu telah mula diangkut satu per satu sejak awal pagi Khamis.

Proses pemeriksaan akhir jenazah bermula sejurus selepas 2 petang dilakukan Naib Presiden Operasi MAS Datuk Baharom Mohd Yatim, Setiausaha Kedua Pejabat Kedutaan Malaysia di Belanda, Halmah Hassan dan Kaunselor Kedutaan Malaysia di Finland, Devrin Jeck untuk tujuan formaliti proses.

Media Malaysia dan tempatan tidak dibenarkan mendekati pintu masuk pesawat khas itu dan hanya dapat melihat dari jarak 50 meter sahaja.

Kelihatan keranda yang dibalut dengan Jalur Gemilang itu disusun satu per satu, tidak bertindih dalam tiga barisan dengan sedikit jarak antara antara satu sama lain.

Cuaca sejuk mencecah 16 darjah Celcius dengan angin kuat tidak menghalang petugas media merakamkan detik bersejarah itu walaupun cuma dibenarkan berada di kawasan itu kira-kira 10 minit sahaja.

Terdapat kira-kira 20 petugas keselamatan yang dibantu pegawai lapangan terbang yang sangat mesra ketika proses rakaman pemeriksaan akhir pesawat itu dilakukan.

Sebaik sahaja selesai pemeriksaan, kelihatan wakil MAS dan pegawai kedutaan diserahkan beberapa kertas untuk tujuan formaliti proses sebelum mereka beredar dan keluar dari pesawat itu.

Tidak lama selepas itu, kumpulan anak kapal pesawat itu dilihat tiba dengan sebuah van sebelum menaiki pesawat itu.

Petugas media kemudian diarah meninggalkan kawasan itu memandangkan proses persediaan teknikal pelepasan pesawat akan bermula.

Pesawat itu dikendalikan Kapten Misman Leham bersama dua pembantu juruterbang iaitu Kapten Bakri Othman dan Kapten Zaim Khalid selain pegawai penerbangan Yap Yoon Kong.

Kira-kira pukul 3.40 petang Khamis (9.40 malam di Malaysia),  pesawat akhirnya berlepas meninggalkan lapangan terbang yang dipenuhi ratusan pesawat antarabangsa itu ke Malaysia.

Seorang wakil MAS yang enggan dikenali memberitahu pesawat khas itu tidak akan menggunakan laluan seperti pesawat MH17 sebelum ini dan dijangka akan menggunakan laluan lain namun enggan mendedahkannya demi tujuan keselamatan.

Perjalanan terus tanpa henti itu akan mengambil masa kira-kira 12 jam menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


sumber dari'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Segmen Raya 2014 By Bella Din

Assalammualaikum
Jom kita ramai-ramai join segmen ni…Lagi ramai lagi syiok..hehehe..Sama-sama kita support kawan kita ni. Boleh mengeratkan silaturrahim..


klik banner untuk join

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

"1st GiveAway : Selamat Hari Lahir Aselawati"

klik banner untuk join
Tamat 22 Ogos 2014

Cepat-cepat join...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budak tangan gergasi

India: Seorang budak membingungkan doktor di India apabila tangannya membesar seperti tangan gergasi.Tangan Kaleem, lapan, setiap satu seberat lapan kilogram dan berukuran 13 inci dari pangkal tapak tangan hingga ke hujung jari hantunya.

Kerana keadaan tangannya itu, Kaleem tidak dapat melakukan banyak perkara asas, termasuk mengikat tali kasut dan sering dibuli serta dipinggirkan rakan sebaya.
“Saya tidak ke sekolah kerana guru berkata, murid lain takut melihat tangan saya. Saya dibuli kerana kecacatan saya. Ada yang memukul saya. “Saya sukar memakai baju, membutangnya dan juga memakai seluar. Tetapi saya tidak mahu doktor membedah tangan saya, kecuali ketika saya tidak sedar,” katanya.

Ibu bapanya yang hanya berpendapatan RM100 sebulan, berusaha membantu anak mereka, tetapi sehingga ini tidak berjaya.

Ibunya, Haleema, 27, berkata, dia menyedari kecacatan Kaleem apabila melahirkannya, namun tidak mampu membantu.
“Tangannya begitu besar, jarinya pula panjang. Mulanya, ia kecil saja, tetapi kemudian membesar dan jarinya terus memanjang,” kata Haleema.

Bapa Kaleem, Shamim, 45, juga bimbang anaknya mungkin tidak dapat berdikari.
“Dia tidak boleh makan sendiri kerana tangannya tidak boleh bengkok. Kami yang kena menyuapnya,” kata Shamim.

Dia menyalahkan dirinya kerana tidak mempunyai wang untuk membolehkan Kaleem menjalani rawatan.
Menurut Shamim, anaknya yang lain tidak menghadapi masalah itu.


Kaleem menunjukkan tangannya yang semakin membesar.


“Kami mahu membawanya ke hospital, tetapi wang begitu sukar diperoleh. Nak makan juga susah hingga isteri saya kadang-kala terpaksa mengemis,” katanya.

Shamim juga berkata, dia cuba menghantar Kaleem ke sekolah, namun disuruh menulis perjanjian bahawa sekolah tidak bertanggungjawab jika murid lain membuli atau mentertawakan Kaleem.

Seorang pengarah hospital tempatan berkata, kecuali masalah tangan itu, kesihatan Kaleem baik “Jantung dan paru-parunya berfungsi seperti biasa. Yang dibimbangkan, apabila tangannya terus membesar, ia akan memberi tekanan kepada sistem jantung dan menjejaskan kesihatannya,” kata Dr Ratan.


Sementara itu, ketua Intitut Kajian Memorial Fortis, sebuah hospital moden di Gurgaon berhampiran Delhi, Dr Krishan Chugh berkata, dia yakin penyakit Kaleem boleh diubati sekiranya menjalani pemeriksaan dan ujian perubatan terlebih dulu. - Agensi

sumber dari
mymetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dalam Hati.....


Terluka di badan kita boleh Nampak tapi terluka di hati siapa yang tahu kan..Sedalam luka di badan mungkin boleh sembuh tapi luka di hati? Hanya insan yang terluka yang tahu..Walaupun luka di hati boleh sembuh tapi “parutnya” tetap  ada..

sumber : google

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dhiya's First Giveaway


Klik banner untuk join
tamat pada 31 Ogos 2014

Saya follower ke 312

Jom kawan-kawan kita memeriahkan segmen ini..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ahli Keluarga Mangsa MH17 Pitam

The Hague: Suasana penuh pilu menyelubungi upacara sembahyang dan pembakaran lima mayat penumpang serta anak kapal pesawat penerbangan MH17 warga Malaysia beragama Buddha di pusat pengurusan mayat di Monuta di sini apabila ahli keluarga mangsa menangis dan pitam akibat kesedihan.

Upacara khas itu yang bermula jam 8.30 pagi, semalam waktu tempatan dihadiri lebih 40 ahli keluarga mangsa yang dibawa menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong. 
Kesedihan jelas dilihat apabila ahli keluarga mangsa tidak henti meratap sedih sepanjang satu jam upacara itu dilakukan. 


DUA rakyat Malaysia mangsa nahas MH17 dibawa ke pusat pembakaran di Zoetermeer di Monuta Innemee, S-Gravenhage, semalam.

Lima keranda berisi mayat mangsa terlebih dahulu disusun di hadapan dewan khas sebelum upacara keagamaan dimulakan.


Upacara mengikut kepercayaan agama Buddha itu dilakukan kumpulan sami dari lima persatuan Buddha tempatan dari Malaysia selain dihadiri sami khas dari Thailand dan Tibet.

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP


klik banner untuk join

Jom ramai-ramai kita memeriahkan segmen ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rendang Ayam Mudah



Berlalu lah sudah Ramadhan
Sebulan Berpuasa
Kini Syawal kita Rayakan
Dengan rasa gembira…  
 (ni bukan pantun uolls tapi lagu raya yea..Cam ne raya uolls. Mesti tengah sibuk open house lagi ni . Raya kan sebulan kan..hehhehe. Kat open house biasa uolls cari menu apa..Lemang?Ketupat? Laksa?Rendang? atau tak kisah..Yelah tak  kisah lah menu apa2 kan. Tuan rumah dan jemput, makan je. Rezeki  jangan di tolak..tak gitu..Yang sebenar2 nya saya nak berkongsi resepi rendang yang mudah, senang, dan ringkas gitu..Nak tau ke. Jom baca kat bawah..Tak try tak tau uolls…



Bahan-bahan
1 ekor ayam
4 biji bawang besar (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
4 batang serai (kisar)
15 tangkai cili kering (kalau suka pedas tambah lagi) (kisar)
Sedikit serbuk kunyit
3 sudu kerisik
2 cawan santan/2 kotak santan (200ml)
Daun kunyit
Garam
Gula
1 keping asam keping


Cara-cara memasak
1.    Potong dan bersihkan ayam
2.    Bawang besar, bawang putih, halia, serai, cili kering dikisar.
  3.    Sediakan kuali dan masukkan bahan yang dikisar tadi. Masukkan sedikit serbuk kunyit supaya Nampak kekuningan. Kalau nak letak kunyit hidup pun tak pe. Boleh kisar sekali dengan bahan kisar.
4.     Dah agak kering sedikit masukkan ayam.
       5. Kacau ayam sehingga sebati. Kemudian masukkan santan dan kacau perlahan-lahan
6.    Bila dah kering sedikit masukkan kerisik, asam keping
7.    Perasakan dengan garam dan gula
8.    Dah agak kering dan pecah minyak boleh tutup api.
      9.    Boleh lah di gaul dengan hirisan kecil daun kunyit. Saya suka hiris-hiris sebab nanti bau rendang wangi je. Tak letak pun tak pe..(ikut suka)



Tadaaa..ini lah rupa ayam rendang saya…..Makan ngan nasi je..Kalau nak makan dengan nasi impit ke, ketupat pun boleh…Selamat mencuba…




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Telur Bistik Mudah

Apalah nak masak hari ni yea..masak ayam lah..hmm..jemulah plak asyik ayam je..Ikan lah..dalam peti ais ikan tak beli lah plak..dalam kepala (masak telur pun sodap ni..lama tak makan nasi dengan telur). Tapi bukan telur goreng biasa tau..Telur goreng special sikit. Alah orang panggil telur bistik..Nak tau resepi jom tengok kat bawah. Very the easy uolls. Campak2 je siap.. Tapi campak dalam kuali lah..Jangan campak luar kuali.

Bahan-bahan
2 biji telur(terpulang nak buat berapa. saya makan ngan husben je)
Isi ayam di potong dadu
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 biji cili padi (potong kecil-kecil) (kalau suka pedas boleh tambah)
1 batang carrot (nak letak sayur campur pun tak pe.saya guna apa yang ada je kat umah)
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Sedikit sos tiram
Sedikit minyak untuk menggoreng
Garam, gula.

Cara-cara memasak
1.      Pecahkan telur dan pukul telur.
2.        Panaskan minyak goreng telur. Dah masak angkat letak dalam piring.
3.     Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar, bawang putih. Bila dah garing masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
4.    Masukkan carrot, cili padi dan ayam.
5.    Perasakan dengan garam dan gula sedikit.
6.    Dah masak bolehlah dicurahkan je atas atas telur tadi
7.    Siap dan boleh lah di makan dengan nasi panas.

Senangkan uollls. Tak nak cuba ke..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEGMEN BLOGWALKING BY MOMMYLIZZ


klik banner untuk join

Jom kita ramai-ramai memeriahkan segmen ini.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rabaan mabuk RM20

Petaling Jaya: Sebuah pusat hiburan dikesan mengaut keuntungan lumayan dengan menggalakkan pelanggan memeluk serta meraba deretan wanita pelayan pelanggan (GRO) ditawarkan asalkan mereka membeli minuman keras.Kegiatan maksiat dianjurkan premis terletak di Dataran Mentari, Bandar Sunway di sini, menyebabkan premis itu menjadi tarikan golongan lelaki tempatan hampir setiap malam berikutan mereka hanya perlu berbelanja serendah RM20.

Aktiviti tidak bermoral itu bagaimanapun dibongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Asisten Superintendan Mohd Shukri Abdullah melakukan serbuan di premis itu jam 11 malam kelmarin.

Mohd Shukri berkata, seramai 11 pelanggan lelaki didapati sedang berfoya-foya ketika serbuan mengejut itu dilakukan. “Siasatan lanjut mendapati premis yang tidak mempunyai lesen itu menyediakan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing sebagai tarikan utama.

“Polis berjaya menahan 12 GRO warga asing berusia lingkungan 20 hingga 36 tahun. Seramai 10 daripadanya GRO itu adalah wanita warga Thailand manakala dua lagi berasal dari Filipina dan Indonesia,” katanya.

SEBAHAGIAN GRO warga asing yang diberkas anggota polis.


Menurutnya, semua GRO berpakaian menjolok mata itu ditahan ketika sedang leka melayan pelanggan sambil mengambil minuman keras.
“Pihak polis turut merampas wang tunai sebanyak RM99 serta dua keping bil tunai. Kami difahamkan terdapat pelanggan membuat bayaran menggunakan perkhidmatan kad kredit untuk menyewa GRO terbabit.

“Ada kemungkinan GRO terbabit turut menawarkan perkhidmatan seks di luar premis itu,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas peralatan audio di premis berkenaan kerana beroperasi tanpa memiliki lesen sah.

“Seorang pekerja lelaki warga Indonesia berusia 20-an yang baru dua bulan bekerja ditahan kerana tidak memiliki pasport.

“Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sungai Way di sana, untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

sumber dari 
myMetro


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3rd GIVEAWAY: PINAFORE SKIRT

TERIMAKASIH KASUT KACA 15.
SEMOGA MURAH REZEKI SAYA DI BULAN SYAWAL INI. AMIN..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Segmen Bloglist August irrayyan.com


Jom kita join ramai-ramai....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kekejaman Zionis rompak RM10 juta

Ramallah: Ketika rejim Zionis melakukan kempen tangkapan besar-besaran di Tebing Barat, kononnya untuk mencari pembunuh tiga remaja Israel, tentera dan polis Israel sekurang-kurangnya membuat 18 serbuan sehari ke dalam rumah rakyat Palestin, badan amal dan pusat perniagaan.

Menurut laporan Pemerhati Hak Asasi Manusia Euro-Mid, tentera dan polis Israel mencuri wang tunai dan harta rakyat Palestin bernilai kira-kira RM10 juta keseluruhannya. “Jika tentera Israel telah benar-benar mencari remaja yang hilang, mengapakah banyak harta peribadi dirampas mereka? 

"Penduduk di Tebing Barat terdiri daripada golongan yang susah dan miskin, jumlah harta dan wang tunai yang dicuri bertujuan untuk melumpuhkan kemampuan setiap individu," Kata Pegawai Perundangan Euro-Mid, Ihsan Adel.
Berdasarkan siasatan yang dibuat oleh Euro-Mid, sebanyak RM950,000 wang tunai dicuri tentera dan polis Israel sepanjang pemeriksaan dibuat.


Pemeriksaan sebanyak 387 kali itu juga melibatkan kecurian kereta, komputer, telefon bimbit, barang kemas serta menyita harta benda dari kawasan perumahan, klinik, agensi media dan pusat penukaran matawang asing dianggarkan bernilai RM8.6 juta.

Tindakan rejim Zionis mencuri wang dan harta kepunyaan orang awam Palestin dan pertubuhan sivik adalah melanggar artikel 27 dan 33 Konvensyen Geneva Keempat, yang mana melarang penjarahan dan tindakan balas terhadap orang awam dan barangan milik mereka.

Badan antarabangsa digesa membuat siasatan menuntut kerajaan Israel dan meminta rakyat Palestin memfailkan tuntutan balik barang-barang mereka atau pembayaran balik yang mencukupi dengan segera. - Agensi

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dibelasah dek telefon bimbit

Kuala Lumpur: Seorang lelaki melecur di bahu dan belakang badan selain terpaksa menerima 27 jahitan di kepala selepas disimbah air panas dan dibelasah sehingga pengsan hanya kerana berlaku perselisihan faham berkaitan telefon bimbit.

Semuanya berpunca apabila mangsa dikenali sebagai Ho, 29, terlanggar seorang lelaki di hadapan Medan Putra Business Park, Kepong, di sini menyebabkan telefon bimbit milik lelaki itu terjatuh.

Tindakan mangsa itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka sebelum mangsa dibelasah dan disimbah dengan air panas.


KEPALA Ho yang berjahit akibat dibelasah.


BADAN mangsa melecur teruk disimbah air panas.

Mangsa yang cedera parah dan berlumuran darah serta badan melecur kini dirawat di Hospital Pantai, Cheras. Laporan polis mengenai kejadian itu dibuat petang semalam.

Ho berkata, sebelum kejadian, dia pada mulanya sedang makan steambot di restoran di Medan Putra Business Park, Kepong jam 1.30 pagi Sabtu lalu.


“Bagaimanapun, ketika saya bangun untuk mengambil makanan, saya terlanggar seorang lelaki menyebabkan telefon bimbit lelaki terbabit terjatuh.

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MEGA GIVEAWAY ANAK MERDEKA MALAYSIA

Klik Banner Untuk Join

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah... setelah sebulan lebih perancangan, akhirnya dapat juga saya lancarkan buat julung kalinya Mega Giveaway 2014.

Give Away ini adalah sempena bulan kelahiran saya dan anak merdeka Faiqah iaitu pada tanggal 31 Ogos. Mega Give Away ini dianjurkan oleh pemilik blog ini dan ditaja oleh ramai blogger untuk mencari ramai pemenang.

Mega Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh:
03 Ogos 2014 hingga 16 September 2014 [23:59PM]

Hadiah:
Cash RM30
Cash RM20
Cash RM20
1 Naskah al-Quran
Buku terbitan Ana Muslim
Buku Agama x 1 Pemenang
Kain Ela 2Meter Warna Plain
Wallet Sophie Paris
Wallet
Widescreen Sticker
Voucher RM5 untuk barang preorder di Cayesha
Brooch
2 Car Perfume
Keychain Sarawak
EXO-M Postcard
Bookmark dan Keychain
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 1
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 2
Topup RM5 x 2
Header Blog x 2
Watermark x 5
Review Blog x 2
Hadiah Misteri x 2

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Segmen Blogwalking Syawal by Prettyiz

http://prettyiz.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-syawal-by-prettyiz.html
 
Klik banner untuk join

30 Syawal = 26 Ogos 2014
Jika sambutan menggalakkan tarikh akan dilanjutkan sehingga akhir bulan 31 Ogos 2014

Pengumuman pemenang akan dibuat 3 hari selepas tarikh segmen tamat.
SENARAI HADIAH
First Top Referral akan menerima Vitamin C (kulit cerah, bebas jerawat) bernilai RM92.50
Second Top Referral akan menerima Ostematrix (kalsium, lawas) bernilai RM61.00
Third Top Referral akan menerima Lecithin (pecah, bakar lemak) bernilai RM52.50 

2 peserta bertuah akan menerima ole-ole berupa duit raya sebanyak RM5 setiap sorang.


Cabutan akan dibuat menggunakan random.org..

 
 
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Giveaway #CikMielaBukaKedai


Assalamulaikum. Giveaway ini dibawakan oleh Cik Miela sempena pembukaan kedai Ladya Shops


Hadiah:
1x Long dress
1 x Long Tee
1 x Toup RM10
30 x mystery gift untuk 30 peserta pertama
Gambar hadiah:


Klik sini untuk join

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenyataan apakah ini?


Adakah anda setuju dengan kenyataan ini. Saya ada dapat ni dari whatsap dan FB tentang ni..Apa yang uolls rase especially yang dah bergelar isteri. Marah, sakit hati, atau Redha je dengan kehendak dari Nya..Hubby saya pun ada jugak forward benda ni kat saya..Mula-mula baca agak terasa jugaklah kan..Jadi pe lagi saya punya mengeluarkan lah saya pun statement atau pendapat saya..Lebih kurang cam ni lah bidasan terhadap statement tu:

"Memang suami bukan hak kita. Tapi bukan hak suami untuk meyakiti hati seorang isteri. Allah juga tak bagi seorang suami menyakit hati seorang isteri. Isteri dilupakan bila ada seseorang mula menghampiri. Dan isteri juga bukan hak suami. Kenapa ada kes-kes dera isteri, kes bunuh isteri. Itu bukan hak seorang suami. Memang tak ada sebesar zarah pun dalam dunia ni milik kita. Tapi bila kita bernikah dengan seorang yang bergelar suami, hati kita, sayang kita dicurahkan kepada suami. Kita kena pertahankan hubungan itu. Sebab tu lah dalam Islam penceraian tu boleh tapi dibenci oleh Allah. Seorang suami mesti suka dapat statement macam ni dari seorang perempuan kan..Tapi perlu diingat, nak pasang dua, tiga dan empat ni, kewangan cam na..Kalau poket kosong, asyik bocor je. Pikirlah 1 juta kali dulu yea.."


Kalau uolls dapat statement macam statement "Syikin Jamal"tu apa yang uolls rasa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Segmen : blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah


klik banner untuk join
Jom kawan-kawan kita memeriahkan segmen ni
Segmen yang cukup simple. Saya suka segmen yang cam ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Macam Mana Nak Kurus.



Bulan Ramadhan dah melabuhkan tirai. Kini Syawal menjelma..Apa lagi meriah dengan makanan lah kan..Ada rendang, lemang, ketupat, nasi impit, laksa, mi bandung dan bermacam-macam lagi lah..Belum lagi termasuk kuih raya. Puasa sebulan boleh turun 5 kg, tapi baru sehari Raya dah naik 5 kg..Ish..ish..cam no nak buet ni..Tak kan nak pandang je makanan tu bila orang dah hidang kan..Lepas raya makin bambam dah badan ni..aiyo yo, byk berat ooo…

Maka dengan rasa ingin menyihatkan dan mengecilkan diri yang semakin bamban ni, maka saya pun nak memulakan aktiviti berjoging..Tapi tak start lagi. Baru semalam, pusing-pusing kawasan Putrajaya tengok tempat-tempat best untuk berjoging. Pusing punya pusing jumpalah Pullman Putrajaya..Macam menarik je..Ni boleh try ni..

Tapi setakat nak berjoging je, tapi makan pun pakai hentam keromo je, pun tak jadi jugak kan..So saya pun godek2 lah menu2, tips-tips untuk orang diet a.k.a orang nak kurus.hehehe.. Sape nak diet macam saya jom tengok ..

Pemakanan sihat untuk menurunkan berat badan:

  1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kalori seperti makanan bergoreng dan makanan segera.
  2. Kurangkan pengambilan semua jenis minyak dan lemak (tepu, monotaktepu, politaktepu).Contoh: Minyak kelapa sawit, soya, jagung, bijan, zaitun, minyak kacang.
  3. Kurangkan pengambilan makanan mengandungi gula ringkas. Contoh: Gula-gula, sirap, minuman ringan, biskut manis, kuih-muih, kek, coklat, agar-agar, aiskrim, susu pekat manis, kaya dan jem.
  4. Hadkan pengambilan kabohidrat kompleks sesuai dengan keperluan tenaga. Contoh: Nasi, mee, meehon, kuey-teow, roti, ubi-ubi dan semua hasil tepung.
  5. Kurangkan minuman berakohol.
  6. Elakkan makanan tinggi kolesterol. Contoh: Otak, usus, hati, hempedal, buah pinggang, kuning telur (2/3 kali seminggu), telur ikan, ikan bilis dengan kepala dan perut.
  7. Hadkan makanan laut (ketam, udang, sotong, kerang, siput dll)
  8. Kurangkan pengambilan hasil tenusu tinggi lemak (keju, susu penuh krim, susu segar). Elakkan makanan tinggi lemak tepu. Contoh: Minyak kelapa, santan, mentega, minyak sapi, lemak daging, lemak dan kulit ayam, lemak susu.





sumber ilham dari

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NUFFNANGERS WHO RECENTLY VIEWED YOUR BLOG

Assalammualaikum

Hari ni nak share blogger2 yang sudi datang kat blog Cikdelima..Kunjungan kawan-kawan amatlah saya hargai...Kat Bawah Cik Delima Hadiahkan Serangkap Pantun..Yang mana pandai berpantun, cer balas cikdelima nye pantun hehehe..



Buah Selasih Buah kelubi
Di dalam dulang Hidangan Pagi
Terima Kasih Daun Keladi
Ada Masa Datanglah Blog Cikdelima  Lagi

Jom kita terjah blog kawan-kawan kita di bawah ni..Anda ingin saya terjah blog anda, just tinggalkan link di ruangan komen atau chatbox. Pasti saya terjah kembali dan klik2 kalau ada iklan yang berjoget2 dangdut atau tarian zapin..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Remaja Perempuan China kemaruk tayang ketiak berbulu

Beijing: Kegilaan terbaru melanda ramai wanita China apabila mereka berlumba-lumba menayangkan ketiak selekeh dan berbulu kerana tidak dicukur.

Gambar ketiak masing-masing kini dilaporkan memenuhi laman sesawang Weibo yang berfungsi seperti Twitter di China bagi menyahut cabaran untuk peraduan selfie bulu ketiak terbaik. 

Peraduan yang diumumkan melalui Internet pada 17 Julai lalu itu berjaya menarik lebih 28.5 juta orang yang mula menyumbang ribuan gambar dalam tempoh hanya lima hari. 



Penganjur peraduan Gadis Yang Tidak Mencukur Bulu Ketiak itu berkata, ia bertujuan mewujudkan sikap positif di kalangan wanita terhadap persepsi kecantikan di mata masyarakat.
“Wanita perlu mempunyai keyakinan diri sama ada anda bercukur atau tidak,” katanya di laman sesawang itu.


Walaupun peraduan tidak menawarkan sebarang hadiah berakhir pada 22 Julai lalu, namun ramai wanita daripada terus memuat naik gambar ketiak mereka dengan hashtag berkenaan.

Sebelum ini ada negara lain menggalakkan wanita berkongsi gambar bulu ketiak, bulu kaki dan sebagainya. - Agensi

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lori muatan babi terbalik


Johor Bahru: Hampir 30 babi berkeliaran di atas jalan selepas terjatuh daripada lori muatan yang terbalik di persimpangan bertingkat Jalan Pontian-Skudai di sini.

Dalam kemalangan jam 11 pagi tadi, lori terbabit dalam perjalanan ke pusat penyembelihan babi yang terletak di Taman Bukit Kempas di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abd Rahman berkata, badan lori yang menempatkan haiwan berkenaan terbalik secara tiba-tiba ketika tiba di selekoh persimpangan bertingkat itu.
 
 
 
"Apabila sampai di selekoh, badan lori itu terbalik menyebabkan semua babi ini jatuh sebelum berkeliaran di atas jalan raya," katanya.

Bagaimanapun, katanya pemandu lori dilaporkan tidak mengalami kecederaan dan tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu.
 
sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seni janggut tiada bandingan

New York: Setiap kisah janggut yang cantik, sudah tentu ada seorang wanita hebat di sebaliknya.Isaiah Webb, pekerja di syarikat Sony di San Fransisco, kini menjadi terkenal kerana janggutnya yang menakjubkan.

Setiap Isnin, Webb akan menyiarkan gambar janggutnya yang digubah menjadi bentuk luar bias“Isteri saya meminati fesyen, dan dia menyukai janggut,” katanya kepada Huffington Post.Antara gambar yang disiarkan Webb yang paling mendapat perhatian adalah janggutnya yang berbentuk mangkuk.

Dengan cita rasa hebat isteri Webb dalam fesyen, ia menjadikan minat luar biasa suaminya berbaloi sehingga mereka berdua terpilih menjadi satu karektor dalam buku terbaru Ripley's Believe It Or Not!, ‘Reality Shock!’ yang akan diterbitkan pada 9 September depan. Webb mula berjanggut ketika dia berusia 11 tahun.


SATU lagi bentuk yang dibuat daripada janggut Webb.


WEBB makan mi daripada janggutnya.


Empat tahun lalu, janggutnya itu sudah cukup panjang untuk dijadikan pelbagai bentuk.“Kami tidak sangka ia akan menarik perhatian orang ramai. “Ia amat menyeronokkan dan kami mengambil keputusan membentuknya sekerap mungkin,” kata Webb.

Tetapi akhirnya mereka kehabisan idea untuk mencipta rekaan baru dan mula meminta pendapat peminat.Kini, Webb mula menceburkan diri dalam perniagaan penjagaan rambut. Dia bakal mengeluarkan sikat khas yang diciptanya untuk mereka yang berjanggut panjang.

“Ia mempunyai berus khusus yang boleh menguraikan janggut yang bergulung. Anda boleh menyikat janggut anda walaupun ia basah,” katanya.Menurutnya, ini bukan satu-satunya impiannya.

Webb berkata, dia benar-benar mahu membawa pendedahan meluas terhadap pertandingan janggut di Amerika Syarikat. - Agensi

sumber dari
myMetro


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Segment BlogWalking Ogos By Karya Mahirah

klik banner untuk join
tamat pada 15 Ogos 2014


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...