Biarpun hanya
mengadakan majlis berendoi puteri mereka, Nur Latifah Chantiq Hanania yang
berusia 48 hari dan turut meraikan ulang tahun putera ketiga mereka, Ahmad
Haziq Hanania yang berusia dua tahun, majlis kenduri anjuran Johan Raja Lawak
dan isterinya, Ozlyn berlangsung meriah seolah-olah ia adalah majlis
perkahwinan.
Paling menarik
perhatian, di ruang dalam lokasi berlangsungnya majlis itu di Villa Casa
Heliconia, Kuala Lumpur Sabtu lalu, terdapat pelamin cantik berwarna putih yang
menjadi tumpuan ramai jemputan sama ada untuk bergambar mahupun merakamkan
kenangan bersama pasangan ini.
Bukan saja
menyediakan makanan yang lazat, pasangan ini turut mengundang Sharifah Shahira
dan Azmir Cuit sebagai pengacara bagi memeriahkan majlis dua dalam satu itu.
Paling menarik,
Johan sanggup berhabisan membawa persembahan badut serta permainan lain bagi
memeriahkan majlis itu sekali gus menceriakan tiga anak lelakinya serta
kanak-kanak lain yang hadir.
Bahkan acara cabutan
bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah berupa basikal, kipas angin serta
kereta mainan turut diadakan bagi menambah kemeriahan majlis.
Mengenali pasangan
ini, boleh dikatakan mereka tidak lokek mengadakan majlis kenduri kesyukuran
bagi berkongsi rezeki yang diperoleh dengan orang lain. Saban tahun mereka
tidak ketinggalan menganjurkan majlis begini.
Apatah lagi tahun
lalu, Johan mencapai kejayaan cemerlang dalam kariernya. Selain sukses dengan
tugasnya sebagai penyampai radio ERA, artis bernama sebenar Mohd Yazid Lim
Mohamad Aziz, 32, ini turut menyerlah apabila muncul juara Super Spontan 2014
dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan kereta Toyota Camry.
Tambah mengujakan
apabila isteri tercinta, Ozlyn melahirkan Nur Latifah Chantiq Hanania pada 25
November lalu sekali gus mengakhiri penantian mereka yang begitu inginkan
cahaya mata perempuan.
Majlis ini
dimeriahkan dengan kehadiran rakan artis antaranya Fasha Sandha bersama
suaminya Jejai (Rizal Ashram) yang turut membawa dua anak mereka; Amyza Aznan
bersama suaminya, Khairil Izhar dan anak mereka; Ezad Lazim dan isterinya, Nor
Azeana serta anak mereka dan Azza Elite.
Tidak ketinggalan
Raja Azura serta pasangan Johan dalam segmen Johara ERA iaitu Ray.
Walaupun nampak
penat, Johan tetap melayan permintaan tetamu yang ingin bergambar dengannya.
Baginya, dia puas kerana majlis yang dirancang dalam tempoh dua minggu itu
berjalan lancar.
"Majlis ini
adalah pembuka 2015 kerana kami akan buat kenduri empat kali setahun. Kali ini
kami pilih tema keceriaan kerana mahu menggembirakan Ahmad Haziq yang konsepnya
Ozlyn pilih.
"Dia juga
cetuskan idea konsep bersanding dan saya sokong kerana dengan cara ini hubungan
kami akan jadi lebih akrab. Memang setiap kali buat majlis, kami akan
melakukannya secara besar-besaran. Bukanlah kami nak menunjuk-nunjuk tetapi
hanya bertujuan meraikan tetamu termasuk anak yatim yang turut dijemput.
"Saya anggap
mereka seperti anak saya sendiri. Setakat ini saya ada empat rumah anak yatim
yang dijadikan anak angkat dan saya akan jemput mereka ikut giliran,"
katanya yang turut menyumbang kelengkapan persekolahan kepada 30 anak yatim
yang datang.
Majlis itu
berlangsung dua sesi apabila jemputan sesi berendoi dikhaskan untuk keluarga
dan rakan terdekat manakala sambutan ulang tahun kelahiran dibuka untuk semua
tetamu termasuk peminat.
"Saya bersyukur
kerana majlis berendoi disempurnakan oleh pak cik saya sendiri yang juga imam
di Masjid Kampung Pandan dan saya gembira kerana nenek dan mak cik saya dari
sebelah emak yang berketurunan Cina turut hadir ke majlis ini menjadikannya
sangat bermakna.
"Peminat yang
hadir pula terdiri daripada ahli kelab peminat saya dan Jozan. Mereka beruntung
kerana dapat melihat wajah bayi saya. Ini kali pertama saya dedahkan Nur
Latifah kepada mereka," katanya.Selesa sebagai
penyampai radio
Berbicara mengenai
kerjaya, Johan mengakui komitmennya kini sebagai penyampai ERA.
"Buat masa ini
saya nak berehat daripada ambil tawaran lain. Kerja sebagai penyampai radio pun
mencabar kerana saya perlu berada di konti awal pagi.
Saya hanya ambil
tawaran yang tak memerlukan saya menghabiskan banyak masa di luar kerana saya
kena baÂnyak berehat," katanya.
Diusik soalan
mengenai pasangannya, Zizan yang kini bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2014
bersama Tauke dan Yus dalam kumpulan Virus, Johan ketawa sambil memberi
pendapat peribadi.
"Saya lihat
Virus belum ada keserasian sehinggalah pada persembahan minggu kesembilan baru
ada perubahan. Mereka ada idea dan konsep lawak tapi keserasian belum muncul
sepenuhnya. Apapun saya percaya mereka mampu buat yang terbaik dan layak ke
pentas akhir," katanya.
sumber dari