RSS

Barang syirik dalam rumah


Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam diberitahu, penyanyi rock, Awie menemui pelbagai barangan berunsur syirik, khurafat dan tahyul di beberapa lokasi kediamannya dan mengesyaki barangan itu kepunyaan isterinya Rozana Misbun, 37.

Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Awie berhujah antara barangan yang dijumpai adalah darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil dan kemaluan lelaki yang diperbuat daripada emas tulen serta patung logam termasuk tangkal yang dibungkus dalam kain hitam dan kuning.

Menurut Zaidi, Awie mendakwa menemui pelbagai barangan terbabit disorok bawah tilam, di dalam almari pakaian, ditanam dalam pasu bunga serta disembunyikan dalam rak barangan perhiasan rumah.

Dia berkata demikian pada hujahan lisan ketika sebutan kes permohonan ubah perintah sebelah pihak (ex-parte) hak penjagaan anak pasangan itu di hadapan Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain.

Tambahnya, ia antara alasan Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Osman, 47, memfailkan permohonan hak penjagaan sementara tiga anak mereka, Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, pada 22 Julai 2014.


Dalam hujahnya juga, Mohd Zaidi berkata, antara alasan lain yang menyebabkan dia mengemukakan permohonan itu adalah Rozana mengaku menggunakan botox untuk mengubah wajahnya dan memasang susuk pada wajah untuk kelihatan cantik.

sumber dari

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

lia ummiirfan berkata...

mak aihh..! biar betull..

Normi Nieza berkata...

adoiii..macm2..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...