RSS

Isteri diulit Mat Afrika

Kuala Lumpur: Luluh hati seorang lelaki sejurus menangkap isterinya sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki ‘Mat Afrika’ di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kontraktor dilapor menyerbu bilik hotel bersama dua anak saudara dan diiringi anggota polis.
Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap dan sering datang ke ibu kota untuk bertemu lelaki warga Nigeria itu.
“Susulan itu lelaki berusia 50-an terbabit mengatur jerat dengan berpura-pura mahu pergi ke selatan tanah air atas urusan perniagaan.

“Lelaki itu bagaimanapun menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum mengekori isterinya itu yang didapati meninggalkan rumah,” katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya mengekori wanita itu sehingga ke ibu kota.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit yang yakin isterinya mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, di sini, bergegas ke balai polis berhampiran meminta bantuan pihak berkuasa untuk melakukan serbuan.

“Telahan lelaki itu terhadap kecurangan isterinya ternyata tepat apabila serbuan mendapati wanita itu sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria.
“Malah ketika ditemui, wanita itu dilapor dalam keadaan tidak berpakaian lengkap,” katanya.

Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut.

Dalam laporannya, lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan menegaskan wanita terbabit masih isterinya.

Sementara itu, sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997).





sumber dari
myMetro


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Foto papar sayap pesawat




PETUGAS keselamatan menutup cermin bagi mengelakkan jurugambar mengambil gambar suasana pilu di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda.


Jakarta: "Biasanya dia akan memuat naik foto sama ada dirinya seorang atau dia dan juga teman lelakinya. Tetapi kita tertanya-tanya apakah maksud profil terakhir Nisa itu mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Nisa," kata seorang teman pramugari AirAsia Indonesia, Khairunisa Haidar Fauzi, 22, yang menjadi mangsa nahas pesawat malang QZ8501, Ahad lalu.

Dia sempat memuat naik foto profil Blackberry Messengernya (BBM) yang memperlihatkan sayap pesawat itu sedang melalui sebuah kawasan lautan.
Memetik laporan berita Tribunsumsel.com, perkara itu disedari keluarga dan rakan Khairunisa atau lebih dikenali sebagai Nisa ketika melihat foto profil di BBM milik gadis yang berasal dari Palembang itu.

Menurut temannya itu, keluarga dan rakan Nisa tertanya-tanya mengenai foto profil Nisa yang terakhir itu kerana Nisa tidak pernah memuat naik foto profil itu.
Foto itu juga tidak menunjukkan tanda bahawa pesawat itu meluncur menuju ke arah laut.

sumber dari
myMetro



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Derma barang rosak kepada mangsa banjir

Shah Alam: Sukarelawan yang berkhidmat di pusat pengumpulan barang sumbangan untuk mangsa banjir kesal apabila terdapat segelintir individu menjadikan pusat berkenaan sebagai tempat untuk ‘membuang’ barangan tidak diingini.

Tinjauan di pusat pengumpulan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) mendapati keadaan di pusat berkenaan berbau selain dipenuhi barang lama yang sudah rosak.

Pakaian kebanyakannya sudah rosak malah terdapat pakaian yang tidak dibasuh selain kasut yang sudah rosak dihantar ke lokasi itu.

Setiausaha Muslim Care Abdul Razak Mohamed berkata, pihaknya sangat berterima kasih atas sumbangan orang ramai yang mendermakan pakaian serta kelengkapan lain kepada mangsa banjir.

“Namun dikesalkan apabila terdapat segelintir penderma menjadikan pusat pengumpulan sebagai tempat untuk membuang barang yang mereka tidak gunakan lagi.

“Bukan semua bersikap demikian namun jika ingin membuat kebajikan lakukanlah dengan ikhlas seolah-olah mahu memberi hadiah kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pihaknya terpaksa mengasingkan barangan berkenaan dan ia mengambil masa lama.

Aktivis Muslim Care Amina Tahir, 25, berkata, dia pernah dimarahi penderma kerana enggan menerima pakaian terpakai yang didermakan mereka.

ABDUL Razak menunjukkan pakaian kotor dan rosak yang disumbangkan segelintir individu

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tonton Istikharah Cinta Episod 4





Episod 4



Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Episod 21Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25
Episod 26Episod 27Episod 28

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tonton Istikharah cinta episod 3





Episod 3


Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Episod 21Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25
Episod 26Episod 27Episod 28

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tonton Istikharah Cinta Episod 2





Episod 2



Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Episod 21Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25
Episod 26Episod 27Episod 28

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tonton Istikharah Cinta Episod 1






Tajuk: Istikharah Cinta

Channel : TV3

Ganti : Bila Hati Berbicara
Slot : Akasia

Mula Tayangan : 23 Disember 2014

Masa: [Setiap Isnin-Khamis, 7 mlm

Jumlah Episode : 28

Lagu Tema : Kau Tercipta - Lah Ahmad


Barisan Pelakon : Zul Ariffin, Faye Kusairi, Nonny Nadirah, Lia Natalia, Zarina Zainuddin, Hamidah Wahab, Elly Mazlein






Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasi Lemak Mudah Dimasak Sedap Dimakan

Assalammualaikum

Hari Isnin lepas Encik Suami request nak makan nasi lemak…So atas permintaan Encik Suami nak buatlah hari Khamis (Hari krismas). Tetapi keadaan tak mengizinkan ditunda kepada hari Sabtu. Kebetulan pulak member2 dia ajak memancing dan Encik Suami pun suruh buat banyak sikit. Untuk bekalan memancing. So mana-mana yang teringin nak masak nasi lemak jom tengok resepi kat bawah..Sonang jer..

Bahan Untuk Nasi:

3 cawan beras (untuk 5 orang makan)
1 kotak santan
3 cawan air
3-4 hirisan halia
2-3 helai daun pandan
1 biji bawang dihiris

Bahan untuk Sambal
10 ulas bawang merah- dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
1 mangkuk cili kering dikisar
1 mangkuk ikan bilis
Segenggam ikan bilis (dikisar bersama cili kering)
3 biji buah keras
Sedikit gula Melaka (nak guna gula biasa pun boleh)
Sedikit air asam jawa
Sedikit belacan (tak nak letak pun tak pe)
Garam
Minyak untuk menumis

Cara masak Nasi Lemak

1         1. Basuh beras beberapa kali. Masukkan santan, air, halia, bawang, dan daun                pandan yang disimpul
2        2.  Masak didalam periuk bertutup. Kalau guna rice cooker, sentiasa tengok dan  kacau supaya nasi masak sekata.          

Cara Masak Sambal
1.    Kisar bawang merah bawang putih , buah keras dan asingkan
2.    Kemudian kisar cili kering bersama segenggam ikan bilis
3.    Panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan buah keras yang dikisar. Goreng sampai naik bau dan warna keperangan. Kemudian masukkan cili kering yang dikisar bersama ikan bilis
4.    Kacau sehingga naik minyak. Kemudian masukkan gula Melaka
5.    Perasakan dengan garam dan air asam jawa.
6.    Masukkan ikan bilis. (saya tak masukkan sebab nak buat sambal tanpa ikan bilis)
7.    Dan sebati, kecilkan api dan mendapat kepekatan yang disukai. Kalau pekat boleh tambah air. Sambal dimasak agak lama untuk mendapat sambal yang sedap dan tahan lama..
8.    Sedia dihidang bersama timun, kacang, telur goreng, atau ayam goreng.
9.    Sedap dimakan panas-panas..



Inilah hasil nya...nyum..nyum...Ikan bilis saya tak letak. Sebab saya dah kisar dengan cili. Tapi yang nak letak, terpulang pada anda.  .selamat mencubal


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Simple GA: Friendship fridge magnet.


klik banner untuk join

tamat pada 11.59 malam, 31/12/2014 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1st Giveaway by Mass-Naim


klik banner untuk join

Syarat-syaratnya sangat simple

>> Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia.

>> Wajib Like Page Pu3 Outlet 

>> Follow blog Mass-Naim dan follow google+ mass-naim yang ada di side bar sebelah kanan blog.

>> Buat entri bertajuk " 1st Giveaway by Mass-Naim "

>> Copy coding yang disediakan dan paste kan ke ruangan HTML entri anda.

>> Backlink kan URL entri anda di kotak komen dibawah entri ini.

>> Keputusan pemenang 100% menggunakan random.org

>> Keputusan yang berjaya akan diumumkan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2015.

Senarai hadiah :

** Cathy Choo 24k Active White Gold
Top Referral - 1 x Pemenang

** Shawl
3 x Pemenang Pertama, KeDua & KeTiga

** Topup RM5
2 x Pemenang Saguhati

Mari join beramai-ramai (^_^)

So, Good Luck semua =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mayat bayi dalam beg






Kuala Lumpur: Mayat bayi lelaki yang baru 36 jam dilahirkan ditemui di dalam tandas wanita kompleks membeli-belah di Kepong 3.20 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mayat itu ditemui tukang cuci yang terhidu bau busuk ketika masuk ke tandas berkenaan."Dia kemudiannya menemui beg di hujung tandas sebelum memaklumkan kejadian kepada pengawal keselamatan. Selepas beg dibuka ada mayat bayi di dalamnya.

"Siasatan polis di tempat kejadian mendapati mayat bayi ini diletakkan di dalam beg kanvas berwarna merah hitam," katanya. Beliau berkata, pemeriksaan lanjut anggota forensik mendapati bayi berkenaan cukup sifat namun masih belum dapat dipastikan bangsanya.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

" #1 GIVEAWAY FROM LANGKAWI BY MISS YANA"


klik banner untuk join

Jom sama-sama kita memeriahkan segmen ini...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Year End Giveaway by Ftintsha


klik banner untuk join

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mini Giveaway #1


klik banner untuk join

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Istikharah Cinta - Episod 1






Tajuk: Istikharah Cinta

Channel : TV3

Ganti : Bila Hati Berbicara
Slot : Akasia

Mula Tayangan : 23 Disember 2014

Masa: [Setiap Isnin-Khamis, 7 mlm

Jumlah Episode : 28

Lagu Tema : Kau Tercipta - Lah Ahmad


Barisan Pelakon : Zul Ariffin, Faye Kusairi, Nonny Nadirah, Lia Natalia, Zarina Zainuddin, Hamidah Wahab, Elly Mazlein



Sinopsis Istikharah Cinta- Episod 1

Pembukaan cerita mengisahakan Airil (Zul Ariffin) yang pernah berkahwin dengan Aiza(Nonny Nadirah) namun bercerai talak satu disebabkan oleh pihak ketiga. Tempoh perkahwinan Airil dan Aiza begitu singkat hanya dalam tempoh setahun bernikah. Aiza tidak tahan bila dia sentiasa ditinggalkan keseorangan di rumah kerana tuntutan kerja Airil yang sentiasa outstation. Selepas Aiza habis tempoh edah dia telah berkahwin dengan teman lelakinya .

Tempoh 4  tahun penceraian memberi kesan mendalam kepada Airil. Dia masih mengingati saat-saat manis sepanjag perkahwinan dia dengan Aiza.

Pertemuan tidak diduga diantara Airil dan Dina Alia di sebuah restoran . Dina datang semasa pelanggan ramai dan pelayan restoran menyatakan tiada meja kosong, tetapi Dina mengtakan tipu kepada pelayan restoren kerana dia ternampak ada meja kosong. Dia terus ke meja Airil dan makan bersama dengan Airil yang tidak dikenalinya. Dina seorang yang peramah dan bersikap terbuka. Disitulah bibit2 pertemuan Airil dan Dina.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Giveaway untuk Bloggers

Hadiah pertama
Telekung dan Mini Tasbih x 1 orang

Hadiah kedua
Custom made clock lokal produk x 1 orang
Custom Made Clock-WORLD FLY WHITE (Jam Dinding) yang bernilai RM 75.00 termasuk penghantaran, sumbangan dari pop local Inc. untuk view Custom made lokal produk tekan SINI

Hadiah ketiga
Topup tambah nilai prabayar RM 10.00 x 3 orang

Hadiah ke Empat
2 Pcs SHISEIDO FACE MASK ( pencerahan wajah dan pemutihan) x 2 Orang

Hadiah kelima
Wang Tunai bernilai RM 70.00

Hadiah Keenam
Wang Tunai RM 20.00

Hadiah Ketujuh
Wang Tunai RM 10.00

Jom kita terjah.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

"Zahira" slot Samarinda terbaru di TV3

Slot Samarinda di TV3 mempersembahkan drama bersiri terbaru berjudul Zahira yang menampilkan barisan pelakon popular masa kini seperti Adi Putra, Zara Zya, Bea Balqis, Ryzal Jaafar dan Fazreen Rafi.

'Cinta itu buta' dan sebab itulah Zahira tidak pernah mengendahkan nasihat daripada sahabatnya Amira supaya berhati-hati dengan kekasihnya. Bagi Zahira, Sufian merupakan keutamaannya di samping ibu angkat yang telah menjaganya sejak kecil iaitu Mak Ani. Selain impian Zahira ingin mengahwini Sufian, dia juga bercita-cita untuk mendapat pekerjaan dan membantu mengurangkan beban Mak Ani dengan membayar hutang keluarga mereka.

Selepas tamat pengajian, Zahira dan Sufian berusaha mencari pekerjaan. Suatu hari, Zahira ditawarkan pekerjaan di syarikat kejuruteraan Datuk Othman iaitu Intellect Sdn Bhd dan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.

Sehari sebelum temuduga itu, Zahira telah berkongsi perisian yang diciptanya kepada Sufian. Ini membuatkan Sufian merasa cemburu dan mencuri ciptaan tersebut tanpa pengetahuan Zahira.

Keesokan harinya sewaktu ditemuduga, pihak pengurusan memaklumkan bahawa Zahira sememangnya memiliki ciri-ciri pekerja yang mereka cari. Akan tetapi, seorang lagi calon yang ditemuduga sudah membentangkan idea sama yang dikemukakan Zahira. Zahira bertambah hairan memandangkan perisian yang diciptanya itu sememangnya baru dan tidak terdapat di pasaran lagi.

Apabila ditanya siapakah calon tersebut, Zahira amat terkejut apabila mendengar nama Sufian. Ini membuatkan Zahira benar-benar kecewa. Apatah lagi apabila mendapat tahu Sufian diterima bekerja di sana dan kini Zahira pula yang menganggur. Setelah berjaya, Sufian mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.

Kekecewaan itu menambahkan lagi semangat Zahira untuk mendapat pekerjaan kerana terutamanya dengan sokongan kawan baiknya Amira dan Mak Ani. Tanpa berfikir panjang, Zahira mencuba nasib dalam bidang perhotelan. Pada hari sesi temuduga itu, Zahira terlambat dan tidak berjaya bertemu dengan penemuduga iaitu Syed Iqbal Hakim, seorang yang mementingkan disiplin.

Syed Iqbal telah memberitahu pengurus hotelnya agar jangan terima sesiapa yang lambat termasuklah Zahira. Perwatakan Zahira yang ceria dan sangat pandai mengambil hati pengurus hotel membuatkan dia diterima bekerja tanpa pengetahuan Syed Iqbal.


Bagaimana perjalanan kehidupan Zahira setelah bekerja di hotel dan berpisah dengan Sufian? Saksikan episod Zahira seterusnya menerusi slot Samarinda pada setiap Rabu dan Khamis, jam 10.00 malam hanya di TV3!


Sumber dari

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tiga maut kereta bertembung di Machang



ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa yang maut. 

Machang: Tiga termasuk dua beranak maut manakala tiga lagi cedera selepas dua kereta bertembung di Kilometer 25.6 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran kuarters tentera di Kok Lanas, 7.30 malam tadi.

Azmad Harun, 46, seorang guru maut bersama anaknya Aidil Adieq Alias, 14, dipercayai akibat tersepit, manakala Tuan Iswadi Tuan Ismail dari Gua Musang meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Machang, di sini.

Mangsa yang cedera adalah anak Azmad iaitu Azra Afifah, 16, Aidil A'zim, 11, dan Adam Aqif, 6, semuanya dirawat di Hospital Machang.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Tuan Iswadi dari arah Machang terbabas dan memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dipandu Azmad.

Azmad yang memandu dari arah Kota Bharu gagal mengelak, mengakibatkan kedua-dua kenderaan berkenaan remuk teruk di bahagian hadapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sumber dari 
myMetro
http://www.hmetro.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lima negeri, 45,000 mangsa banjir

Kuala Lumpur: Lebih 45,000 mangsa banjir kini ditempatkan pusat pemindahan sementara di lima negeri - Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis, tengah malam tadi.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir naik kepada 22,225 orang berbanding 21,601 pada kira-kira 8 malam semalam, di 107 pusat pemindahan sementara di sembilan jajahan.

Sungai Golok di Rantau Panjang pula mencatatkan bacaan 10.29 meter (m), Sungai Kelantan di Tambatan Diraja (5.62m), Sungai Lebir di Tualang (40.90m) dan Sungai Galas di Dabong (44.01m).

Sekurang-kurangnya 22 jalan di Kelantan ditutup, termasuk Jalan Gua Musang-Lojing-Simpang Pulai di yang mengalami tanah runtuh.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir turut naik kepada 16,452 orang membabitkan 3,728 keluarga yang ditempatkan di 106 pusat pemindahan.
Paras air lapan sungai di Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu dan Setiu pula dilaporkan melebihi paras bahaya.

Bagaimanapun, semua jalan utama boleh dilalui kenderaan.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di Pahang menurun kepada 6,160 orang daripada 8,193 orang manakala 25 jalan ditutup untuk semua kenderaan.

Antara laluan di tutup di Pahang adalah

* JLN KG ORANG ASLI BUKIT BANGKONG,PANCHING-PARAS AIR 1.5M JARAK 100M

* KM31 JLN KUANTAN SG LEMBING PARAS AIR 1.0M JARAK 100M

* JLN BANDAR SG LEMBING PARAS AIR 1.5M JARAK 400M

* JLN KG NADAK SG LEMBING PARAS AIR 1.0M JARAK 150M

* JLN KG AIR HITAM/JAYA GADING PARAS AIR 1.2M JARAK 1KM

* KM22 JLN KUANTAN PANCHING JARAK 150M

* JALAN TANAH PUTIH PARAS AIR 0.6M JARAK 40M

* KM86 JLN LIPIS GUA MUSANG

* KM91 JLN LIPIS MERAPOH PARAS AIR 1.5M JARAK 500M

* KG PERSIT MERAPOH PARAS AIR 0.5M JARAK 500M

* JALAN KE KG CHEGAR PERAH PARAS AIR 1.5M JARAK 100M

* JLN KM 6 JERANTUT KE KUALA TAHAN PARAS AIR 0.5M JARAK 20M
* JLN SIMPANG SEPIAL PARAS AIR 1.03M JARAK 52M

* KM 48 JALAN PEKAN-SALONG KG AIR AIR HITAM PARAS AIR 0.1 M (JALAN RUNTUH)

* 4.25. KM 2 JALAN BELIMBING-PALOH HINAI PARAS AIR 0.7 M (JALAN TERPUTUS)

Di PERLIS, jumlah mangsa ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perlis sehingga meningkat kepada 124 mangsa berbanding 107 sebelum ini.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 415 orang pada berbanding 240 orang, pada 5 petang semalam.


DUA lelaki terpaksa menyelamatkan diri di atas bumbung rumah kerana air naik mendadak di Bandar Lama Gua Musang.

sumber dari
myMetro


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Banjir Terengganu semakin buruk



KEADAAN Balai Polis Kuala Jengal Dungun menyebabkan sembilan keluarga anggota polis berpindah sejak malam tadi


Kuala Terengganu: Banjir di Terengganu semakin buruk apabila bilangan mangsa ditempatkan pusat pemindahan sementara meningkat mendadak kepada 12,350 orang sehingga 11 pagi ini berbanding 5,910 orang malam tadi.

Sehingga jam 11 pagi tadi, semua mangsa banjir adalah daripada 2,952 keluarga yang ditempatkan di 95 pusat pemindahan berbanding 1,575 keluarga di 62 pusat pemindahan sebelum ini.

Menurut portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu, Kemaman mencatatkan bilangan mangsa tertinggi dengan 5,592 orang daripada 1,291 keluarga ditempatkan di 36 pusat pemindahan.

Kuala Terengganu pula mencatatkan 2,803 orang daripada 583 keluarga ditempatkan di 11 pusat pemindahan manakala di Dungun, 2,664 orang daripada 718 keluarga ditempatkan di 21 pusat pemindahan.

Di Hulu Terengganu, seramai 680 orang daripada 206 keluarga ditempatkan di 14 pusat pemindahan manakala di Besut, seramai 495 orang daripada 119 keluarga ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.

Di Marang, seramai 94 orang daripada 28 keluarga di dua pusat pemindahan dan Setiu mencatatkan jumlah mangsa terendah iaitu hanya 22 mangsa daripada tujuh keluarga di tempatkan di dua pusat pemindahan.


Beberapa laluan masih ditutup iaitu Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris (FT185), Jalan Kuala Berang/Tanggol/Wakaf Tapai (T107) dan Jalan Matang/Nibong/Kuala Telemong (T139) di Hulu Terengganu serta Jalan Chukai/Air Putih (FT237), Kemaman dan Jalan Buluh Gading/Jeram/Pulau Bahagia,Kuala Terengganu.

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

No ID Cosway- Jom membeli di cosway

Assalammualaikum

Sesiapa yang tak mahu buat kad ahli Cosway bolehlah guna no ahli CDM..
.
.
.
.
.
.
Barang Cosway pun byk yang menarik....
.
.
.
.
jeng2x ini dia no ahli CDM..; VPY363697

Tapi...yang mane kerap guna barang Cosway tuh..baiklah daftar jadi ahli..

Jom...tak mahal pun..cuma RM30.00 untuk setahun..nak renew pergi je Cosway berdekatan...tiap2 bulan dapat catalog promosi dari Cosway..Menarikkan..untuk catalog bulan Disember 2014 dah sampai rumah CDM..Nampaknya CDM dah ade target dah nak beli ape..berbaloi2..


(Nilah akibat tak de kerja kat opis...hehehhe..peace no war..)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan


Klik banner untuk join

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Simple GA: Vietnam Shawl.


Syarat ringkas je..

- Follow blog Dr Shikin Zainal 
- Kalau nak jadikan Dr Shikin bloglist pun boleh.
- Tepek banner & backlinkkan ke entri Giveaway.
- Tinggalkan URL entri kat comment box Giveaway.
- Hadiah dipilih secara random.org
- Tamat bila-bila masa..
(Mungkin dalam masa 24jam).


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...