RSS

Resepi Biskut Sarang Semut Sedapp...


Assalammualaikum..

Lagi berapa hari saja lagi kita akan menyambut bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan..Cepat je masa berlalu kan..Pejam celik, pejam celik dah nak pose balikkan..So uolls mesti dah terpikir thn ni baju raya tema warna apa..nak buat biskut raya apa..ok, CDM nak kongsikan satu resepi kuih raya yang menjadi menu wajib CDM tiap kali raya... nak tau pe..jom tengok bawah..


BISKUT SARANG SEMUT




BAHAN-BAHAN

1.       1 buku butter
2.       1 cawan gula caster
3.       2 cawan tepung gandum
4.       2 cawan tepung kastard
5.       Untuk hiasan:
6.       Coklat rice
7.       Ceri merah @ hijau
8.       Cup kertas.

CARA-CARA

1.       Pukul butter dan gula sehingga putih @ kembang.
2.       Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung kastard.
3.       Gaul sehingga menjadi doh lembut.
4.       Ambil sedikit doh dan parut. Parut 1 arah sahaja.Jangan bertukar arah,nanti x berapa lawa panjang adunan tu.
5.       Masukkan ke dalam cup. Jangan terlalu penuh. Kemudian taburkan coklat rice.
6.       Bakar selama lebih kurang 15 minit @ sehingga adunan bertukar kekuningan.



Inilah hasil air tanganku..hehehe…uolls tak nak cuba ke..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Zai Zamree berkata...

mcm sng tp xtau sempat buat ke x

cikdelimamerah berkata...

Senang je..cuma nak parut je ambik masa skit@zai zamree

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...