RSS

Dibelasah dek telefon bimbit

Kuala Lumpur: Seorang lelaki melecur di bahu dan belakang badan selain terpaksa menerima 27 jahitan di kepala selepas disimbah air panas dan dibelasah sehingga pengsan hanya kerana berlaku perselisihan faham berkaitan telefon bimbit.

Semuanya berpunca apabila mangsa dikenali sebagai Ho, 29, terlanggar seorang lelaki di hadapan Medan Putra Business Park, Kepong, di sini menyebabkan telefon bimbit milik lelaki itu terjatuh.

Tindakan mangsa itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka sebelum mangsa dibelasah dan disimbah dengan air panas.


KEPALA Ho yang berjahit akibat dibelasah.


BADAN mangsa melecur teruk disimbah air panas.

Mangsa yang cedera parah dan berlumuran darah serta badan melecur kini dirawat di Hospital Pantai, Cheras. Laporan polis mengenai kejadian itu dibuat petang semalam.

Ho berkata, sebelum kejadian, dia pada mulanya sedang makan steambot di restoran di Medan Putra Business Park, Kepong jam 1.30 pagi Sabtu lalu.


“Bagaimanapun, ketika saya bangun untuk mengambil makanan, saya terlanggar seorang lelaki menyebabkan telefon bimbit lelaki terbabit terjatuh.

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 comments:

✿INA AINAA✿ berkata...

Allahuakbar.. kesiannyaa... hurmmmm

Kupukupu berkata...

meremang bce... gara2 tu pon boleh dpt luka teruk mcm nie... panas baran sgt org tu...

Unknown berkata...

errkk...menakutkan..

Anak IbuAyah berkata...

Ya Allah takut nya.. orang sekarang ni mcm2 lah ragam..

cikdelimamerah berkata...

tak takut undang2@nur as

Karya Mahirah berkata...

dasyat ya..kerana gadget je sanggul bergaduh?

cikdelimamerah berkata...

itulah..tak de toleransi langsung@Karya Mahirah

drshikinzainal @ ekin berkata...

Adoii..
Kene be extra careful takut jadi kat diri sendiri.
Nauzubillahiminzaalik.

Mimie berkata...

asoiii zalim betul la org yg buat tuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...