Melecur Akibat main mercun bola
Labels:
Padah raya
Kuantan: “Saya
mengetahui kejadian itu apabila mereka balik dalam keadaan muka melecur dan
terlompat-lompat sambil anak saudara saya menjerit dan memberitahu dia tidak
dapat melihat sehingga menimbulkan rasa panik kami sekeluarga.
Saya langsung tidak
menyedari bila mereka keluar bermain mercun kerana sebelum itu, saya melihat
mereka berada di ruang tamu bersama sanak saudara lain,” kata seorang wanita
yang hanya mahu dikenali sebagai Intan, 38, ibu angkat kepada dua mangsa mercun
yang nyaris buta dalam kejadian kelmarin.
Katanya, anak
angkatnya, Mohd Zawawi Osman, 9, bersama sepupunya, Mohd Zazali Che Dahek, 10,
keluar dari rumah keluarganya di Kampung Setajam, Rompin pada jam 11 pagi,
namun dia tidak mengetahui ke mana arah tuju mereka kerana sibuk mengemas
barang untuk pulang ke rumahnya di Chengal, Alor Setar, Kedah.\
MOHD Zazali terbakar
dan melecur di muka ketika bermain mercun bola.
Intan berkata, beberapa minit kemudian, dia
mendengar jeritan Mohd Zazali sebelum melihat kedua-dua mereka dalam keadaan
basah kuyup dengan beberapa anggota badan termasuk muka dan tangan melecur.
“Mohd Zawawi
memberitahu saya bahawa mereka cuba menyalakan mercun bola yang sudah pecah
menggunakan pemetik api, namun belum sempat berbuat demikian, api secara
tiba-tiba menyambar belerang mercun berkenaan dan meletup di depan muka mereka
berdua.\
sumber dari
myMetro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
Ya Allah..nih semua lah nih..x serik serik
Catat Ulasan