RSS

Macam Mana Nak Kurus.



Bulan Ramadhan dah melabuhkan tirai. Kini Syawal menjelma..Apa lagi meriah dengan makanan lah kan..Ada rendang, lemang, ketupat, nasi impit, laksa, mi bandung dan bermacam-macam lagi lah..Belum lagi termasuk kuih raya. Puasa sebulan boleh turun 5 kg, tapi baru sehari Raya dah naik 5 kg..Ish..ish..cam no nak buet ni..Tak kan nak pandang je makanan tu bila orang dah hidang kan..Lepas raya makin bambam dah badan ni..aiyo yo, byk berat ooo…

Maka dengan rasa ingin menyihatkan dan mengecilkan diri yang semakin bamban ni, maka saya pun nak memulakan aktiviti berjoging..Tapi tak start lagi. Baru semalam, pusing-pusing kawasan Putrajaya tengok tempat-tempat best untuk berjoging. Pusing punya pusing jumpalah Pullman Putrajaya..Macam menarik je..Ni boleh try ni..

Tapi setakat nak berjoging je, tapi makan pun pakai hentam keromo je, pun tak jadi jugak kan..So saya pun godek2 lah menu2, tips-tips untuk orang diet a.k.a orang nak kurus.hehehe.. Sape nak diet macam saya jom tengok ..

Pemakanan sihat untuk menurunkan berat badan:

  1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kalori seperti makanan bergoreng dan makanan segera.
  2. Kurangkan pengambilan semua jenis minyak dan lemak (tepu, monotaktepu, politaktepu).Contoh: Minyak kelapa sawit, soya, jagung, bijan, zaitun, minyak kacang.
  3. Kurangkan pengambilan makanan mengandungi gula ringkas. Contoh: Gula-gula, sirap, minuman ringan, biskut manis, kuih-muih, kek, coklat, agar-agar, aiskrim, susu pekat manis, kaya dan jem.
  4. Hadkan pengambilan kabohidrat kompleks sesuai dengan keperluan tenaga. Contoh: Nasi, mee, meehon, kuey-teow, roti, ubi-ubi dan semua hasil tepung.
  5. Kurangkan minuman berakohol.
  6. Elakkan makanan tinggi kolesterol. Contoh: Otak, usus, hati, hempedal, buah pinggang, kuning telur (2/3 kali seminggu), telur ikan, ikan bilis dengan kepala dan perut.
  7. Hadkan makanan laut (ketam, udang, sotong, kerang, siput dll)
  8. Kurangkan pengambilan hasil tenusu tinggi lemak (keju, susu penuh krim, susu segar). Elakkan makanan tinggi lemak tepu. Contoh: Minyak kelapa, santan, mentega, minyak sapi, lemak daging, lemak dan kulit ayam, lemak susu.





sumber ilham dari

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

Unknown berkata...

camtu hari2 makan bubur jerk laa... :D

cikdelimamerah berkata...

camtulah nampaknye..@acik idah

Kupukupu berkata...

whuarghh...mcm payah je nk buat..tpi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kan...

cikdelimamerah berkata...

tul tuh..usaha tangga kejayaan. bukan susah nak naik tangga..hehehe@Noura Qifays

Unknown berkata...

Bagus entri ni :D

Karya Mahirah berkata...

suka entry ni... boleh cuba ni..

cikdelimamerah berkata...

jom sama2 kita cuba...@Karya Mahirah

Mimie berkata...

thanks sharing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...