RSS

Kemalangan Maut. Lima korban raya

Gua Musang: Hanya dalam tempoh tiga jam, daerah ini yang menjadi antara laluan utama anak Kelantan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri mengorbankan lima orang, manakala empat lagi parah dalam dua kemalangan berasingan, semalam.

Kemalangan pertama berlaku di Jalan Chiku–Aring di Aring 8, dekat sini, jam 10.30 pagi, dan menyaksikan dua sekeluarga maut apabila Perodua Alza dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina.

Mangsa yang maut adalah pemandu Perodua Alza yang juga kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Terengganu, Terengganu, Mohd Kosim Rashid, 39, dan adik iparnya Azliana Ab Kadir, 30, guru yang mengajar di Sarawak dan pulang bercuti untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung.

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat tiga mangsa dari kereta.


Isteri Mohd Kosim yang hamil tujuh bulan, Arini Ab Kadir, 37 bersama anak mereka Mohd Aniq Izat Mohd Kosim, 10, Umairi, 9, dan Alisha Balkiq, 6, parah dan kini dirawat di Hospital Gua Musang.

Kemalangan kedua berlaku di Kilometer 17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai jam 1.30 petang membabitkan Proton Wira yang bertembung dengan bas persiaran mengorbankan tiga sahabat.
Tiga sahabat, Suhariza Hassan, 35, Zulkifli Talib, 46, dan Mohd Zuki Ariffin, 41, meninggal dunia di tempat kejadian.

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

PCL berkata...

Selamat hari raya aidilfitri cikdelima..kadang kita amat berhati hati bila memandu dan ikuti segala peraturan jalan raya...tapi malang tidak berbau...hanya berserah kpd yg Maha Kuasa semoga melindungi perjalanan dgn selamat ke destinasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...