Aktiviti tidak bermoral itu bagaimanapun dibongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Asisten Superintendan Mohd Shukri Abdullah melakukan serbuan di premis itu jam 11 malam kelmarin.
“Polis berjaya menahan 12 GRO warga asing berusia lingkungan 20 hingga 36 tahun. Seramai 10 daripadanya GRO itu adalah wanita warga Thailand manakala dua lagi berasal dari Filipina dan Indonesia,” katanya.
Menurutnya, semua GRO berpakaian menjolok mata itu ditahan ketika sedang leka melayan pelanggan sambil mengambil minuman keras.“Pihak polis turut merampas wang tunai sebanyak RM99 serta dua keping bil tunai. Kami difahamkan terdapat pelanggan membuat bayaran menggunakan perkhidmatan kad kredit untuk menyewa GRO terbabit.
“Ada kemungkinan GRO terbabit turut menawarkan perkhidmatan seks di luar premis itu,” katanya.Beliau berkata, pihaknya turut merampas peralatan audio di premis berkenaan kerana beroperasi tanpa memiliki lesen sah.
“Seorang pekerja lelaki warga Indonesia berusia 20-an yang baru dua bulan bekerja ditahan kerana tidak memiliki pasport.
“Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sungai Way di sana, untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
2 comments:
wahhh.. memang lumayan la sbb harga rendah boleh buat mcm2. apa nk jd dgn negara ni
Selagi kerajaan bagi kelulusan buka premis macam ni..selagi tulah kejadian tak bermoral ni tetap menjadi-jadi. Dorang tu dah tau sebenarnye tapi sebab nak kaut keuntungan.
Catat Ulasan