Maut terseret dirempuh kereta
Labels:
kemalangan
Johor Bahru: Seorang
pekerja kilang terbunuh selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan
dengan kereta di Jalan Tahana, Tampoi di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam
6.45 petang, mangsa Saiful Nizam Sukaji, 20-an, meninggal dunia akibat cedera
parah dipercayai turut terseret sebelum dilanggar kereta dalam kemalangan itu.
Ketua Polis Daerah
Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata,
siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca apabila motosikal mangsa
hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh sebelum terbabas dan memasuki
laluan bertentangan.
Menurutnya, mangsa
yang bekerja di Kawasan Perindustrian Tampoi dipercayai terseret sebelum
dilanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.
"Mangsa yang
berasal dari Kampung Tahana parah di kepala dan badan dan meninggal dunia
ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA)," katanya.
Saiful dipangku
ahli keluarganya selepas kemalangan di Jalan Tahana, Tampoi, kelmarin.
sumber dari
myMetro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
Salam Ukhwah, Jemput join Segmen GA Mycherita yang sedang berlansung sekarang ye.. Ini Link nya..>>> Segmen Giveaway MyCherita
Catat Ulasan