16 polis ditahan
Labels:
macam macam
Alor Setar: Enam
belas anggota polis pelbagai pangkat sudah ditahan kerana disyaki terbabit
dalam kegiatan penyeludupan pelarian etnik Rohingya dan warga Bangladesh di
kawasan sempadan Malaysia-Thailand sehingga hari ini.
Penahanan mereka
semua disahkan Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi
Korporat) Datin Asmawati Ahmad ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Menurutnya, empat
anggota polis itu ditahan sendiri Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala 12 lagi
ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Semua yang
ditahan terdiri daripada pelbagai pangkat," katanya.
Ketua Polis Negara,
Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dalam satu kenyataannya berkata, dua
anggota polis berpangkat koperal dan lans koperal ditahan pihaknya selepas
dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan manusia di kawasan sempadan.
"Mereka yang
bertugas di balai polis di kawasan sempadan tanah air dipercayai berperanan
memberi laluan kepada penyeludup untuk menyeludup pelarian dari sempadan
Thailand ke Malaysia," katanya.
Harian Metro hari
ini melaporkan, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi sebagai
berkata, PDRM menahan empat anggota polis kerana disyaki terbabit dalam
sindiket penyeludupan manakala lapan lagi ditahan SPRM.
"Mereka ditahan
ketika operasi pemerdagangan manusia Ops Pintas dari Mac lalu hingga
sekarang," katanya turut memberitahu 43 penyeludup juga ditahan sepanjang
tempoh berkenaan.
sumber dari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
salam. ada baca juga pasal ni, menyedihkan betul kan?
anyway, saya membalas kunjungan n done follow sini juga #285
Diari Seorang Mama
eish eish,, tatau nak kata apa..
Catat Ulasan