Banjir Terengganu semakin buruk
Labels:
Berita
KEADAAN
Balai Polis Kuala Jengal Dungun menyebabkan sembilan keluarga anggota polis
berpindah sejak malam tadi
Kuala Terengganu:
Banjir di Terengganu semakin buruk apabila bilangan mangsa ditempatkan pusat
pemindahan sementara meningkat mendadak kepada 12,350 orang sehingga 11 pagi
ini berbanding 5,910 orang malam tadi.
Sehingga jam 11 pagi
tadi, semua mangsa banjir adalah daripada 2,952 keluarga yang ditempatkan di 95
pusat pemindahan berbanding 1,575 keluarga di 62 pusat pemindahan sebelum ini.
Menurut portal Info
Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu, Kemaman mencatatkan bilangan
mangsa tertinggi dengan 5,592 orang daripada 1,291 keluarga ditempatkan di 36
pusat pemindahan.
Kuala Terengganu
pula mencatatkan 2,803 orang daripada 583 keluarga ditempatkan di 11 pusat
pemindahan manakala di Dungun, 2,664 orang daripada 718 keluarga ditempatkan di
21 pusat pemindahan.
Di Hulu Terengganu,
seramai 680 orang daripada 206 keluarga ditempatkan di 14 pusat pemindahan
manakala di Besut, seramai 495 orang daripada 119 keluarga ditempatkan di
sembilan pusat pemindahan.
Di Marang, seramai
94 orang daripada 28 keluarga di dua pusat pemindahan dan Setiu mencatatkan
jumlah mangsa terendah iaitu hanya 22 mangsa daripada tujuh keluarga di
tempatkan di dua pusat pemindahan.
Beberapa laluan
masih ditutup iaitu Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris (FT185), Jalan Kuala
Berang/Tanggol/Wakaf Tapai (T107) dan Jalan Matang/Nibong/Kuala Telemong (T139)
di Hulu Terengganu serta Jalan Chukai/Air Putih (FT237), Kemaman dan Jalan
Buluh Gading/Jeram/Pulau Bahagia,Kuala Terengganu.
sumber dari
myMetro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan