Tiga maut kereta bertembung di Machang
Labels:
kemalangan
ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa yang maut.
Machang: Tiga
termasuk dua beranak maut manakala tiga lagi cedera selepas dua kereta
bertembung di Kilometer 25.6 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran kuarters
tentera di Kok Lanas, 7.30 malam tadi.
Azmad Harun, 46,
seorang guru maut bersama anaknya Aidil Adieq Alias, 14, dipercayai akibat
tersepit, manakala Tuan Iswadi Tuan Ismail dari Gua Musang meninggal dunia
ketika dirawat di Hospital Machang, di sini.
Mangsa yang cedera
adalah anak Azmad iaitu Azra Afifah, 16, Aidil A'zim, 11, dan Adam Aqif, 6,
semuanya dirawat di Hospital Machang.
Kejadian dipercayai
berlaku apabila kereta dipandu Tuan Iswadi dari arah Machang terbabas dan
memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dipandu Azmad.
Azmad yang memandu
dari arah Kota Bharu gagal mengelak, mengakibatkan kedua-dua kenderaan
berkenaan remuk teruk di bahagian hadapan.
Kes disiasat
mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
sumber dari
myMetro
http://www.hmetro.com.my/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan