RSS
Memaparkan catatan dengan label Berita Gaza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Gaza. Papar semua catatan

Kekejaman Zionis rompak RM10 juta

Ramallah: Ketika rejim Zionis melakukan kempen tangkapan besar-besaran di Tebing Barat, kononnya untuk mencari pembunuh tiga remaja Israel, tentera dan polis Israel sekurang-kurangnya membuat 18 serbuan sehari ke dalam rumah rakyat Palestin, badan amal dan pusat perniagaan.

Menurut laporan Pemerhati Hak Asasi Manusia Euro-Mid, tentera dan polis Israel mencuri wang tunai dan harta rakyat Palestin bernilai kira-kira RM10 juta keseluruhannya. “Jika tentera Israel telah benar-benar mencari remaja yang hilang, mengapakah banyak harta peribadi dirampas mereka? 

"Penduduk di Tebing Barat terdiri daripada golongan yang susah dan miskin, jumlah harta dan wang tunai yang dicuri bertujuan untuk melumpuhkan kemampuan setiap individu," Kata Pegawai Perundangan Euro-Mid, Ihsan Adel.
Berdasarkan siasatan yang dibuat oleh Euro-Mid, sebanyak RM950,000 wang tunai dicuri tentera dan polis Israel sepanjang pemeriksaan dibuat.


Pemeriksaan sebanyak 387 kali itu juga melibatkan kecurian kereta, komputer, telefon bimbit, barang kemas serta menyita harta benda dari kawasan perumahan, klinik, agensi media dan pusat penukaran matawang asing dianggarkan bernilai RM8.6 juta.

Tindakan rejim Zionis mencuri wang dan harta kepunyaan orang awam Palestin dan pertubuhan sivik adalah melanggar artikel 27 dan 33 Konvensyen Geneva Keempat, yang mana melarang penjarahan dan tindakan balas terhadap orang awam dan barangan milik mereka.

Badan antarabangsa digesa membuat siasatan menuntut kerajaan Israel dan meminta rakyat Palestin memfailkan tuntutan balik barang-barang mereka atau pembayaran balik yang mencukupi dengan segera. - Agensi

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Israel Semakin kejam

Gaza (Palestin): Seramai 13 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza, awal pagi ini, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 118 orang.

Menurut jurucakap kementerian kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata, rejim Zionis turut menyerang persatuan kebajikan orang kurang upaya menyebabkan dua terbunuh di Beit Lahiya, utara Gaza, manakala serangan kedua di barat Gaza mengorbankan tiga mangsa.Lapan lagi mangsa yang terkorban adalah susulan serangan udara rejim Zionis Israel.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan wakil kerajaan Palestin, masjid-masjid dan kediaman pimpinan Hamas menjadi sasaran utama serangan Israel di sekitar Gaza, sejak awal pagi ini.Israel memulakan Operasi Perlindungan Sempadan Selasa lalu, dalam usaha untuk menghentikan serangan roket rentas sempadan kononnya didalangi kumpulan militant Palestin.

Kumpulan militan itu didakwa melepaskan sekurang-kurangnya 520 mortar ke arah Israel, manakala serangan 140 roket berjaya dipintas oleh Iron Dome, sebuah sistem pertahanan peluru berpandu milik Israel, dalam kenyataan yang dikeluarkan tentera Israel.Setakat ini tiada kematian warga Israel dilaporkan.


ANTARA serangan udara Israel yang memusnahkan sebahagian bandar Gaza. FOTO AFP


ORANG ramai mengusung jenazah Sahir Abu Namus, 4, antara mangsa kekejaman Zionis. FOTO AFP


Serangan sepanjang lima hari berturut-turut itu merupakan yang terburuk sejak November 2012, dengan peningkatan jumlah roket yang dilancarkan ke atas Jerusalem dan Tel Aviv dan juga jauh ke utara seperti Haifa.


Israel juga telah memanggil 40,000 anggota pasukan simpanannya, Khamis lalu bagi melancarkan serangan darat. - AFP

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...