RSS
Memaparkan catatan dengan label Kisah Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Hati. Papar semua catatan

56 tahun tanggung derita...

Guizhou: Seorang lelaki yang mengalami kecacatan teruk pada mulutnya selepas diserang seekor serigala ketika kanak-kanak, akan menjalani pembedahan pemulihan 56 tahun selepas kejadian itu.

Wu Xiuyou, 65, dari Kampung Datang di wilayah Guizhou, barat daya China, diserang seekor serigala ketika dia berusia 11 tahun. Haiwan berkenaan mengoyakkan mulutnya menyebabkan Wu mengalami kecacatan teruk dan hanya boleh makan makanan cecair. 

Kerana wajahnya yang buruk akibat kejadian itu, dia tidak pernah ke sekolah, tidak berkahwin dan tidak diterima bekerja.
Dia hidup bersendirian saja.




Pakar bedah, Doktor Chen Fei yang akan melakukan pembedahan itu berkata: “Wu hilang semua mulutnya. Rahangnya rosak teruk. “Ia akan menjadi pembedahan paling mencabar sepanjang karier saya selama 15 tahun.”

Menurut Chen, pihak hospital turut menghubungi pakar di Beijing, Chengdu dan Leshan untuk mendapatkan nasihat. Pembedahan akan membabitkan kira-kira 20 doktor dari 10 jabatan.

“Kami akan membaiki bibir atas dan bawah serta otot mukanya yang rosak teruk. Ia akan membabitkan pengambilan otot paha dan memindahkan pada mukanya. Ia membabitkan terlalu banyak jahitan deria dan salur darah,” kata Chen.

Di samping itu, Wu akan menjalani pembedahan kedua untuk menyusun semula giginya enam bulan selepas pembedahan pertama. - AFP

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerna Terpaksa....




Kerna Terpaksa aku Melangkah Pergi
Kerna Terpaksa ku Turut Kata Hati
Gementar Tubuhku Dengan Keputusan Ini
Biarpun Pedih ku Teruskan Jua

Di Antara Kita Mengapa Ada Dia
Biarpun Hanya Kawan Biasa
Tapi ku Rasa Berlainan Caranya
Hingga Mencakar Perasaanku
Terpaksaku
Terpaksaku Membuat Pilihan
Mengundurkan Diri Untuk Kebahagiaanmu

Kerna Terpaksa aku Rela Sendiri
Kerna Terpaksa Lalu aku Menangis
Tertutup Hatiku Untuk Bercinta Lagi
Tidak ku Tahu Bila Kan Terbuka

Di Antara Kita Mengapa Ada Dia
Biarpun Hanya Kawan Biasa
Tapi ku Rasa Berlainan Caranya
Hingga Mencakar Perasaanku
Andainya ku Melakukan Begitu
Bagaimanakah Perasaanmu
Terpaksaku
Terpaksaku Membuat Pilihan
Mengundurkan Diri Untuk Kebahagiaanmu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila Hati Berbicara…



Tiada sesiapa pun yang mampu melawan takdir. Semua ketentuan telah ditentukan Maha Pencipta.
Mungkin kaum lelaki beranggapan
KENAPA yea perempuan suka merajuk..?
KENAPA ye perempuan selalu cemburu..?
KENAPA ye perempuan selalu risaukan sesuatu..?

Dan Jawapan dari seorang insan yang bernama Perempuan…
“Kami MERAJUK  mungkin ada sesuatu yang menyentuh hati, mungkin ada yang terkilan. Kami CEMBURU.. tapi bersebab
RISAU kami juga bersebab. Perasaan yang lahir dari hati nurani kami. Bukan di pinta tapi ianya ANUGERAH dari ALLAH. ALLAH ciptakan kami punya hati yang terlalu HALUS. Punya 9 nafsu dan 1 akal. Bukan tak mampu berfikir, tapi dah fitrah kejadian tidak dapat lari dari hati kami. HATI KAMI mudah tersentuh…

Ketahuilah kaum ADAM,  sekuat mana perempuan pada luarannya, namun ia tetap seorang perempuan. Sekalipun dia mampu menakluki dunia, namun dia tetap perempuan.

DICIPTA ..kami dari tulang susuk kiri seorang insan yang bernama lelaki, bukan untuk
DISAKITI… bukan untuk DILUKAI tapi kami ingin DILINDUNGI..Disisi kamu jugalah kami ingin DIKASIHI.

KENAPA kami merajuk…kami merajuk keranan inginkan PERHATIAN. RAJUK kami tak lama. Andai dipujuk pasti akan terukir sebuah senyuman. RAJUK kami bukan pada sesiapa. RAJUK kami pada SESEORANG YANG BERADA DI HATI.

Wahai kaum ADAM, hargailah seorang perempuan , jagalah hati seorang perempuan. Janganlah nanti hanya ada tangisan kekesalan andai kedua-dua matannya dah tertutup rapat menghadap MAHA PENCIPTA.






Nota: Hanya Nukilan Rasa..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...