RSS

56 tahun tanggung derita...

Guizhou: Seorang lelaki yang mengalami kecacatan teruk pada mulutnya selepas diserang seekor serigala ketika kanak-kanak, akan menjalani pembedahan pemulihan 56 tahun selepas kejadian itu.

Wu Xiuyou, 65, dari Kampung Datang di wilayah Guizhou, barat daya China, diserang seekor serigala ketika dia berusia 11 tahun. Haiwan berkenaan mengoyakkan mulutnya menyebabkan Wu mengalami kecacatan teruk dan hanya boleh makan makanan cecair. 

Kerana wajahnya yang buruk akibat kejadian itu, dia tidak pernah ke sekolah, tidak berkahwin dan tidak diterima bekerja.
Dia hidup bersendirian saja.




Pakar bedah, Doktor Chen Fei yang akan melakukan pembedahan itu berkata: “Wu hilang semua mulutnya. Rahangnya rosak teruk. “Ia akan menjadi pembedahan paling mencabar sepanjang karier saya selama 15 tahun.”

Menurut Chen, pihak hospital turut menghubungi pakar di Beijing, Chengdu dan Leshan untuk mendapatkan nasihat. Pembedahan akan membabitkan kira-kira 20 doktor dari 10 jabatan.

“Kami akan membaiki bibir atas dan bawah serta otot mukanya yang rosak teruk. Ia akan membabitkan pengambilan otot paha dan memindahkan pada mukanya. Ia membabitkan terlalu banyak jahitan deria dan salur darah,” kata Chen.

Di samping itu, Wu akan menjalani pembedahan kedua untuk menyusun semula giginya enam bulan selepas pembedahan pertama. - AFP

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

Noura Qifays berkata...

Ya Allah... takut tengokk... semogs pembedahan dy berjayaa...

Norniwanie Nasarudin berkata...

Allahu..takutnyee...tak terkata...

Cikdelima merah berkata...

harap-harap berjaya@Noura Qifays

Fadzi Razak berkata...

MasyaAllah, teruk jugak kena serang serigala sampai macam tu sekali. semoga lepas ni die terus sihat.

ika zulkefli berkata...

kesian plak tngok..emm :)

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata...

Kesian tengok orang tu...

mujahidah maisarah berkata...

Allahuakbar. kesiannya :(

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK berkata...

Gerun saya bayangkan keadaan mulut die dirobek serigala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...