Rendang Ayam Mudah
Labels:
Resepi
Berlalu lah sudah Ramadhan
Sebulan Berpuasa
Kini Syawal kita Rayakan
Dengan rasa gembira…
(ni bukan pantun uolls tapi lagu raya yea..Cam
ne raya uolls. Mesti tengah sibuk open house lagi ni . Raya kan sebulan
kan..hehhehe. Kat open house biasa uolls cari menu apa..Lemang?Ketupat? Laksa?Rendang?
atau tak kisah..Yelah tak kisah lah menu
apa2 kan. Tuan rumah dan jemput, makan je. Rezeki jangan di tolak..tak gitu..Yang sebenar2 nya
saya nak berkongsi resepi rendang yang mudah, senang, dan ringkas gitu..Nak tau
ke. Jom baca kat bawah..Tak try tak tau uolls…
Bahan-bahan
1 ekor ayam
4 biji bawang besar (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
4 batang serai (kisar)
15 tangkai cili kering (kalau suka pedas tambah
lagi) (kisar)
Sedikit serbuk kunyit
3 sudu kerisik
2 cawan santan/2 kotak santan (200ml)
Daun kunyit
Garam
Gula
1 keping asam keping
Cara-cara
memasak
1. Potong dan bersihkan ayam
2. Bawang besar, bawang putih, halia, serai,
cili kering dikisar.
3. Sediakan kuali dan masukkan bahan yang
dikisar tadi. Masukkan sedikit serbuk kunyit supaya Nampak kekuningan. Kalau
nak letak kunyit hidup pun tak pe. Boleh kisar sekali dengan bahan kisar.
4. Dah
agak kering sedikit masukkan ayam.
5. Kacau ayam sehingga sebati. Kemudian masukkan
santan dan kacau perlahan-lahan
6. Bila dah kering sedikit masukkan kerisik,
asam keping
7. Perasakan dengan garam dan gula
8. Dah agak kering dan pecah minyak boleh tutup
api.
9. Boleh lah di gaul dengan hirisan kecil daun
kunyit. Saya suka hiris-hiris sebab nanti bau rendang wangi je. Tak letak pun
tak pe..(ikut suka)
Tadaaa..ini lah rupa ayam rendang saya…..Makan
ngan nasi je..Kalau nak makan dengan nasi impit ke, ketupat pun boleh…Selamat mencuba…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 comments:
sedapnya..
terima kasih berkongsi resepi rendang yang mudah ni :)
Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapakan Selamat.Hari.Raya Aidilfitri.
selamat hari raya juga untuk DR@Nurashikin ZA a.k.a NAZECK
Assalamualaikum dan salam singgah ptg di sini...wah...sedapnyer rendang ayam tu..nak cuba masak ni...singgah dari blog Dayang Deno...salam perkenalan dan salam syawal...
Cubalah...sekali cuba nak lagi..heheheh@Mardiah Diana
Catat Ulasan