RSS

AJL 29 ‘Kemenangan untuk Hip Hop’

Kuala Lumpur: Lagu Apa Khabar menjadi juara bagi Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) yang diadakan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Lagu yang dinyanyikan oleh Joe Flizzow dan SonaOne itu melayakkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.
“Kemenangan ini untuk hip hop,” kata Joe Flizzow ketika memberi ucapan selepas diumum pemenang.

Manakala, naib juara dimenangi oleh lagu Masih Aku Cinta dendangan Shila Amzah dengan membawa pulang RM35,000 dan trofi serta tempat ketiga dimenangi oleh lagu Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah dengan membawa pulang RM20,000 dan trofi.

Sementara itu Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik dimenangi oleh Dayang dan Mojo bersama pemuzik cacat penglihatan Caliph Buskers di mana masing-masing membawa pulang RM12,000.

Selain itu, antara lagu yang dipersembahkan pada AJL29 kali ini ialah Malaikat (Hazama), Percayalah (Indah Ruhaila), Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Gadis Jolobu (Waris & Datuk Hattan), Romancinta (Mojo), Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search), Gilalah (Stacy) dan Lelaki (Najwa Mahiaddin).

Bertemakan Gema Dalam Muzik, anugerah yang disiarkan secara langsung di TV3 itu dihoskan oleh AG Hotfm dan Scha Al-Yahya.


Turut membuat persembahan menghiburkan penonton ialah Datuk M Nasir, semua protege Mentor, kumpulan Headwind, Tomok dan Ronnie.

Lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow (kiri) dan Sonaone muncul juara Anugerah Juara Lagu ke-29. –

sumber dari


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Kak Vit berkata...

lagu ni ke juara AJL 29... tak tengok semalam,,

cikdelimamerah berkata...

haah..lagu ni juara@lia ummiirfan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...