Trauma ibu bayi di serang biawak tak habis
Labels:
Berita
Johor Bahru: Ibu
bapa bayi yang menjadi mangsa serangan biawak, Nur Hidayah Abdul Rahman berusia
lapan bulan akan diberikan kaunseling oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) yang trauma dengan insiden itu.
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Asiah Md Ariff
berkata, langkah itu diambil selepas melihat keadaan ibu mangsa Nur Raudhah
Maisarah Abdullah, 38, yang masih tidak dapat melupakan insiden menimpa anak
tunggalnya itu.
Katanya, keadaan Nur
Hidayah semakin beransur pulih dan ceria, tetapi ibunya Nur Raudhah masih trauma
dengan kejadian itu.
“Kita faham
perasaannya kerana dia sendiri yang menyaksikan kejadian itu dan bergelut
dengan haiwan berkenaan bagi menyelamatkan anaknya.
“Justeru, dalam
musibah atau keadaan apa sekalipun, kita cuba membantu dengan menugaskan pegawai
JKM memberi kaunseling kepada ibu bapa mangsa sehingga keadaan pulih dan ia
mungkin mengambil masa kerana bukan mudah menghilangkan trauma,” katanya.
Beliau berkata
demikian selepas mengadakan lawatan ke Wad Kanak-kanak Hospital Sultanah Aminah
(HSA) bagi meninjau keadaan Nur Hidayah semalam turut disertai Ketua Penolong
Pengarah JKM negeri Hashim Kidam dan Pegawai JKM Daerah Johor Bahru Manayi
Ibrahim.
Sempena lawatan
berkenaan, Asiah menyampaikan sumbangan kepada Nur Raudhah Maisarah.Menurut Asiah, ibu
bapa mangsa bagaimanapun tidak dikenakan tindakan atau didakwa mengikut Akta
Kanak-Kanak 2001.
“Mereka tidak
didakwa kerana ia bukan berpunca daripada kecuaian dan kejadian itu berlaku di
luar jangkaan. Tambahan, kawasan pulau itu sememangnya menjadi habitat bagi
haiwan berkenaan,” katanya.
ASIAH mendokong Nur
Hidayah yang semakin pulih daripada kecederaan akibat diserang biawak.
Sementara itu,
Pegawai Perubatan Bahagian Pembedahan Plastik HSA Dr Low Tzuemn Ling berkata,
keadaan Nur Hidayah bertambah stabil dan kini dalam pemantauan hospital.
Low berkata,
pihaknya tidak mengesan sebarang jangkitan pada Nur Hidayah dan memantau
keadaannya sehingga pulih.
“Sebenarnya, kita
turut terkejut dengan apa yang berlaku dan berusaha memberi rawatan sebaik
mungkin kepadanya.
“Akibat serangan
reptilia itu, Nur Hidayah menerima lebih 150 jahitan di dalam dan luar kawasan
cedera iaitu pipi, dahi dan kepala.
“Bagaimanapun, Nur
Hidayah bernasib baik kerana tidak menerima jangkitan setakat ini dan mungkin
berada di wad untuk tempoh seminggu lagi bagi menerima rawatan susulan,”
katanya.
sumber dari
myMetro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
Alhamdulillah.
Lega dengar keadaan baby Hidayah tu selamat tanpa sebarang komplikasi, especially infection.
Catat Ulasan