RSS

Derma barang rosak kepada mangsa banjir

Shah Alam: Sukarelawan yang berkhidmat di pusat pengumpulan barang sumbangan untuk mangsa banjir kesal apabila terdapat segelintir individu menjadikan pusat berkenaan sebagai tempat untuk ‘membuang’ barangan tidak diingini.

Tinjauan di pusat pengumpulan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) mendapati keadaan di pusat berkenaan berbau selain dipenuhi barang lama yang sudah rosak.

Pakaian kebanyakannya sudah rosak malah terdapat pakaian yang tidak dibasuh selain kasut yang sudah rosak dihantar ke lokasi itu.

Setiausaha Muslim Care Abdul Razak Mohamed berkata, pihaknya sangat berterima kasih atas sumbangan orang ramai yang mendermakan pakaian serta kelengkapan lain kepada mangsa banjir.

“Namun dikesalkan apabila terdapat segelintir penderma menjadikan pusat pengumpulan sebagai tempat untuk membuang barang yang mereka tidak gunakan lagi.

“Bukan semua bersikap demikian namun jika ingin membuat kebajikan lakukanlah dengan ikhlas seolah-olah mahu memberi hadiah kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pihaknya terpaksa mengasingkan barangan berkenaan dan ia mengambil masa lama.

Aktivis Muslim Care Amina Tahir, 25, berkata, dia pernah dimarahi penderma kerana enggan menerima pakaian terpakai yang didermakan mereka.

ABDUL Razak menunjukkan pakaian kotor dan rosak yang disumbangkan segelintir individu

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

NAZLIANA SI CUTE berkata...

tu la sedih tengok nak derma pun agak2 la kan sumbangan yg di beri tu biar la ikhlas sepenuh hati..bagi la pakaian yg boleh di guna agak2 xboleh guna buang jer la..ada juga org seperti tu kan..mungkin dia belum terima lg musibahnya..

Unknown berkata...

hadoi la derang ni..niat dah baik tapi agak2 la barang tu klu tak leh dipakai buat ape nak sumbang kat orang...emmm

Nana Liena berkata...

nak beri tu biar la ikhlas.. tp kalau tak mampu nak beri,tp nak beri yg terpakai, make sre dah bersih bukan yg jenis sedia utk dibuang.

cikdelimamerah berkata...

betul tu..kalau lah kita dalam keadaan mereka macam mana lah agaknya..sebelum hantar ke pusat pengumpulan tengok dulu boleh pakai ke x.. ni satu keje plak nak asing yang mane ok ke x ..@nor nazliana

Cikna berkata...

Hadoiii,jgnla naya kt org smpi mcmtu skli... Cuba kena kt sndri 'apa ko rasa'.....?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...